Monday 23 September 2013

Monday 9 September 2013

Dating in September #1

As Salam~~~

Hari Sabtu lepas dating dengan ChintaHati kerana hari Ahad nya dia nak memancing di Tioman. Jadi hari Sabtu ni menghabiskan masa berdualah..melayan semua kerenah aku...hahahaha

Mula2 kami lunch di RasaMas , Jusco Tebrau....ChintaHati yang teringin nak makan nasi ayam pepper. Untuk menu 2 orang yang kami pilih, ada 2 nasi , 1/2 ekor ayam pepper , 2 sup, 1 sup bebola ayam,1 sayur campur,1 kentang goreng dan 2 gelas air gas. Sebenarnya untuk ayam ada dua pilihan, sama ada pepper atau paprik. Tapi aku pilih pepper sebab permintaan ChintaHati.Semua yang dihidangkan memuaskan hati dan sedap!!!.Tapi, oleh kerana perut kami berdua ni kecik..jadi tak habislah semua makanan tu...tapaulah jawabnya.



Lepas dah kenyang....Kononnya nak tengok movie..tapi macam tak da mood pula. jadinya, kami jalan-jalan jelah di Jusco tu r...Nak shopping pun tak dan ...

Oleh kerana dah kebosanan merayap di Jusco...kami pun keluar dan pergi Pantai Lido. Kat sana melepak-lepak makan ice cream dan tahu bakar sambil tengok orang cari gemis...

Pada malamnya, mak aku call..cakap nak datang umah Along. Jadi...sepanjang malam tu kami habiskan masa dengan family aku lah...

Balik rumah dah kepenatan...tapi tolong juga ChintaHati packing barang nak pergi memancing keesokan harinya...

love,

Wednesday 4 September 2013

Reunion Raya wif Schoolmate ^.^

As Salam~~~

Seperti tahun2 yang sudah, tahun ni juga kami mengadakan perjumpaan raya merangkap reunion bekas2 pelajar SMKBE . Tahun ni kami semua berkumpul di rumah Nadia Tamin pada raya ke 3, 10 August 2013 (Sabtu). 

Tahun ni ada juga muka2 yang dah lama kami tak jumpa selepas SPM. 
Alhamdulilah...perjumpaan reunion raya ni mengeratkan lagi hubungan kami yang dapat berkumpul reramai begini setahun sekali...
 








 love,

Tuesday 3 September 2013

Keadaan Terkini Tom

As Salam~~~

Hari ni genap 9 hari kami menjaga si Tom. Alhamdulilah...walaupun sepanjang menjaga si Tom ni banyak dugaan kami tetap bersabar dan mengambil ia sebagai cabaran. Setiap hari kena paksa dia makan menggunakan picagari. Memberi makan ubat dan mengelap cecair dan darah yang keluar di bahagian mata yang dibuang.

Semalam, kami hantar Tom pergi checkup selepas 7 hari membuang matanya. Doktor Fauzan cakap semuanya dah stabil. Luka di rahang nya dah kering...sebab itulah sekarang Tom dah boleh makan sendiri. Jadi, kami tak perlulah memberi 'makan paksa' pada si Tom. Gigi taring bahagian bawah  terkeluar sebab luka yang besar . Jahitan di mata si Tom terbuka sebab dia asyik menggaru di bahagian jahitan itu. Tapi Doktor Fauzan kata itu tak memudaratkan dia, cuma sekarang kena letak ubat titik di mata dia yang dah berlubang tu jelah... Selepas check semua, Doktor Fauzan memberi injection untuk antibodi si Tom. Selepas ni, Tom dah tak perlu datang checkup lagi. Semuanya sekarang terletak pada antibodi dan semangat dia untuk hidup.

Sekarang ni, si Tom masih tak boleh untuk makan makanan keras. Kami hanya memberi makan ikan rebus tanpa garam. Sekali ngadap 2 ekor jugalah dia habiskan. Si Tom pun dah nak bergurau2 dengan Hart dan Sanggha. 




Semoga semuanya baik-baik sahaja selepas ini .Amin~~~


love,