Thursday 3 October 2013

#DRAFT 12: Mengidam #3 (Cendol + Rojak Manis)

As Salam~~~

Semalam tengok rancangan TV  " Best in The World" yang di hoskan oleh Razif. Biasalah, tengah mengandung ni semua makanan nampak sedap.. tapi satu yang aku tertarik dalam rancangan semalam bila dia makan Rojak Manis dengan Cendol. Aku pun mulalah ngencis. Lepastu, kepala otak ni pun mulalah ligat ingat lokasi makan mana yang aku boleh cari 2 makanan ni sekaligus.

Dan dengan sekelip mata aku teringat gerai makan di Kampung Baru, Sg Mas. Gerai Mama Jelly ni memang dah TOP dekat situ....menu diorang memang special dan limited, ada Mee Rebus, Laksa Johor, Rojak Petis, Rojak Manis, Soto Nasi dan Soto Mee. Minuman special, Cendol dan Air Kelapa lah... air lain pun ada jual juga. Tapi, setiap kali aku datang sini..aku memang akan oder Cendol dan Laksa Johor. Cuma hari ni lah...aku oder Cendol dan Rojak Manis.

Oleh kerana hari ni aku balik kampung, jadi tak da hal ChintaHati menurut keinginan aku ni. Perjalanan dari Pasir Gudang ke Bukit Waha melalui Highway Desaru memang akan melalui gerai ni...Jadinya, aku memang langkah kanan lah. Sampai jew gerai aku pun terus oderlah menu aku tukan..Chintahati macam biasa, menu dia Mee Rebus dan Cendol Pulut. 

Alhamdulilah...hilang ngencis aku. Tapi dalam rancangan "Best in The World" , Rojak Manis dia ada letak sambal sotong..yang kat sini takdalah. Tu jelah yang aku kecewa sikit..tapi time makan tu, aku tetap bayangkan yang aku makan ni rasanya sama dengan Rojak Manis Taman Titiwangsa dalam rancangan tu!!! hahahaha..

Lepas dah selesai makan, aku bungkus 2 Laksa Johor lagi... Menu wajib lah katakan.. tak dapat makan kat situ aku tapau lah..





Draft:
Date :28 September 2013 /22 Zulkaedah 1434H
Waris Ayah Bonda : 13 weeks5 Days


 love,



No comments:

Post a Comment