Tuesday 1 April 2014

Tom Dalam Kenangan...

As Salam~~~

Tom dah semingu demam....aku dan ChintaHati risau tengok keadaan dia yang tak nak makan.Tapi dalam lemah-lemah dia..ada hati juga nak bergurau dengan kami dan Hart. Hari makin hari...Tom makin lemah. Aku ambil keputusan untuk hantar dia ke Vet. Doktor Fauzan hanya bagi dia pil demam dan vitamin. Doktor Fauzan cakap kalau tak baik dalam masa 3 hari, Tom kena refer balik kat dia. Aku paham arahan tu.

Sampai rumah...Tom hanya melepek jew kat tilam atau dimana-mana tempat yang dia rasa selesa. Kalau dulu ada juga dia makan sikit...tapi balik dari Vet kali ni langsung dia tak nak makan. Cukup 3 hari tempoh yang Doktor Fauzan bagi..Tom masih tak sihat dan makin lemah. 

Aku makin risau melihat keadaan dia yang makin lemah...nafasnya turun naik laju sangat...badannya panas. Aku dan ChintaHati terus hantar Tom ke Vet. Dekat Vet..aku terus jumpa Doktor Fauzan. Aku cakap Tom makin lemah, tak makan langsung, air kencing dia bertukar hijau...Tom jalan kengkang-kengkang dah. Doktor Fauzan terus cek Tom. Bila Doktor Fauzan pegang jew perut Tom...Tom merengek...dia seperti beri tahu yang kat tempat tu yang sakit. Sedih aku tengok dan dengar rintihan dia. Tapi aku tak mampu nak tolong..aku hanya mengusap-usap kepala dia.  Doktor Fauzan suruh tinggalkan Tom di wad, dia tak tahu Tom sakit apa. Jadinya, kami kena tunggu panggilan dari Doktor Fauzan untuk pengesahan penyakit yang Tom hadapi.

Seharian masa berlalu...Doktor Fauzan tak da telefon memberitahu keadaan Tom. Aku fikir positif, mungkin Doktor Fauzan masih mencari masalah yang Tom hadapi. Keesokan harinya, dalam jam 11.00 pagi Doktor Fauzan telefon. Doktor Fauzan cakap...."Hati Tom dah kena jangkitan kuman, keadaan hati nya dah rosak...mungkin Tom tak dapat nak bertahan lama". Doktor Fauzan cakap lagi...buat masa ni Tom akan dimasukkan air dalam badan. Kami hanya mengiyakan sahaja apa yang Doktor Fauzan nak buat pada Tom. Kami tahu...itu yang terbaik.

31 March 2014, seawal pagi lagi aku dah keluar rumah sebab ada appoinment dengan Doktor kerana kandungan aku dah overdue. Hampir sahaja selesai urusan aku di klinik, aku dapat panggilan dari ChintaHati suruh ambik Tom di Vet. Pada awalnya dalam hati ni rasa lega sebab Tom dah keluar wad...tapi, dihujung perbualan, ChintaHati bagi tahu...yang Tom sudah mati.....sebak sangat hati ni hanya Allah yang tahu. Seboleh mungkin aku menahan air mata ni dari mengalir ketika dalam klinik. 

Masuk jew kereta...air mata ni keluar seperti tak dapat ditahan-tahan lagi. Sampai di Vet aku mengesat air mata ni. Cuba menahan air mata ni dari keluar...aku terus jumpa Doktor Fauzan, Doktor Fauzan cakap keadaan Tom memang dah kritikal, hatinya dah rosak sebab kena jangkitan kuman..pagi tadi Doktor Fauzan cakap Tom dah nazak..nafasnya dah sekat-sekat. Aku hanya mendengar tanpa buat sebarang ulasan. Hati aku sebak melihat Tom dalam balutan plastik.Aku pasrah....

Sampai jew rumah...aku suruh ChintaHati bukak balutan plastik dan kertas pada Tom. Aku nak tengok dan belai Tom untuk kali terakhir. Masa ChintaHati bukak balutan tu...Hart datang dan cium-cium Tom. Air mata aku makin laju turun tanpa boleh disekat lagi. Aku usap badan Tom berkali-kali....kaku dan sejuk aku rasa. 

Tanpa buang masa, Kami segerakan tanam Tom. Kami tanam di kawasan tempat permainan Tom sewaktu hayatnya ada. Di situ juga tempat ChintaHati tanam janin Waris kami yang pertama. Sepanjang proses mencangkul dan tanam Tom..Sanggha dan Hart perhati dari jauh sahaja. Aku tahu..mereka juga rasa kehilangan seperti kami.Bersemadilah Tom dengan aman dan damai disana...


Tom....
Anak manja Acik n Acik Mad...
Selepas ni...
Tiada lagi yang nak ngempeng dengan Acik n Acik Mad..
Tiada lagi yang teman kami tidur sehingga kepagi...
Tiada lagi yang minta tangan ini mengusap matanya...
Tiada lagi kedengaran rengekan suara yang comel dan halus..
Tiada lagi peneman sang merpati makan...
Tiada lagi kelihatan muka monyok ketika merajuk...
Tiada lagi bulu halus yang ditinggalkan di baju kami...
Tiada lagi sisa kepala ikan diatas kapet...
Tiada lagi saat kita bersama...



love,