Friday 18 July 2014

Perlukah Penggunaan Buaian Pada Baby?

As Salam,

Entry kali ni aku nak berkongsi info pasal penggunan buaian pada baby (macam gambo kat atas ni r...) Sebenarnya masa aku pregy lagi aku dan ChintaHati dah nekad tak nak tidurkan anak dalam buai. Bukan masalah nanti anak susah nak tidur jika tiada buai...masalahnya kesan penggunaan buai itu sendiri pada anak nanti...

Yelah....jika ikutkan mak-mak kita memanglah dia suruh kita tidurkan anak dalam buai..katanya, nanti anak tidur nyenyak dan kita nak buat kerja pun senang.Tapi,kita pun tak boleh nak salahkan mereka, mereka bercakap dari pengalaman mereka. Tapi...kita ni sebagai ibu yang berada di zaman modern yang maklumat ada di hujung jari...Rerajin kan lah diri mencari info pasal penjagaan anak ini.

Kat bawah ni aku kongsikan kesan penggunaan buai pada baby:-

1)Buaian boleh menjadi satu punca kepada kecederaan kepala bayi dan boleh mengakibatkan kerosakan pada otak bayi.

2)Penggunaan buai untuk menidurkan bayi boleh mengakibatkan pendarahan otak atau subdural haemorrhage.
Hakikatnya, kebanyakan kes pendarahan otak subdural yang bukan melibatkan kes penderaan boleh dikaitkan dengan penggunaan buai.

3)Otak bayi sebenarnya terapung dalam tengkorak dan jika bayi digerakkan dengan kuat, otak akan bergerak pada hala yang bertentangan dengan tengkorak.Akibatnya, saluran darah yang bersambung pada permukaan otak ke tengkorak pecah menghasilkan pendarahan otak subdural.

4)Henjutan buai yang perlahan-lahan itu tidak berbahaya tetapi pergerakan melantun buai dengan springnya menghasilkan pergerakan atas bawah seolah-olah seperti menggoyang bayi dalam tangan dengan kuat, menghasilkan kecederaan yang sama.

5)Hayunan buai juga boleh mengakibatkan kepala bayi terhantuk dinding. Pernah berlaku di mana abang kepada bayi yang berumur dua tahun yang gemar menghayun buai tidak sedar kepala bayi sedang menghentak dinding.

6)Ada juga kes di mana rangka besi buai jatuh menghempap bayi dan juga spring atau tali putus.

7)Ada juga bahaya yang lain seperti tercekik atau strangulation. Bila bayi sudah mula memusing badan ia mungkin terjaga dari tidur, memusingkan mukanya ke bawah dan leher boleh tersepit dalam lipatan kain buai.

 Pada awalnya memang aku tak buaikan Zara ni...Lagipun, Zara ni memang senang nak tidurkannya....Bagi je 'nenen' pastu tepuk-tepuk bontot dia...mulalah dia melayan mata.Tapi...masa Zara demam minggu lepas, dia tak boleh tidur...Aku pun bawaklah pergi rumah mak cik ChintaHati. Lepas bagi ubat dan bedung..mak cik ChintaHati terus masukkan dalam buai..Tapi tak henjutlah..cuma ayun je. Nyenyak betul Zara tidur...

Jadinya...aku dan ChintaHati pun terpaksalah beli set buai yang gantung kat tangga je...maknanya, kami tak gunakan rangka buai tu. Lagi satu...kami tak henjut ya..kami hayun kiri kanan je.Kadang-kadang langsung tak buat apa-apa. Lepas 'nenen' je terus masuk buai...lama juga dia tidur dalam buai tu. Buat masa ni..jika Zara tak meragam dan aku tak da kerja..memang buai tu tak digunakan. Kami memang had kan penggunaan buai untuk Zara.Kekadang aku tengok buai kat tangga tu macam hiasan pula...

Bagi kami, walaupun orang cakap benda tu skema, tapi kami tetap ambil kira. Ye lah...kami tunggu Zara ni dah lama...tak kan kami nak bahayakannya dengan perkara yang kami tahu kesannya. Walau macam manapun terpulanglah pada ibu bapa sendiri untuk menjaga anak memasing.
Harap perkongsian ini boleh membantu ibu bapa diluar sana.


love,



Thursday 17 July 2014

Ergo Baby Carrier

As Salam,

Pencarian aku pasal baby carrier ni sebelum Zara keluar lagi. Sebenarnya aku dah lama berkenan dengan brand Ergo ni...Kat bawah ni aku list kan ciri-ciri Ergo yang menawan kolbu ini...

Info mengenai Ergo Baby Carrier:
-Mempunyai 3 cara carry baby : Di depan, di belakang dan di sisi
-Boleh menampung bayi dari 3.2kg - 20kg
-Mempunyai "hood" untuk menutup kepala baby
-Designnya sangat selesa untuk ibu/bapa yang mengendong, kerana tali di bahu tebal dan empuk. Dukung lelama pun tak sakit...
-Mempunyai tali sokongan dibelakang..Jadinya, taklah kita sakit pinggang kalau mengendong baby...
-Recommended frog-leg (cara katak duduk)





















-Mempunyai pelbagai patern, warna dan design yang lawo-lawo. Tetapi....corak yang lawo-lawo ni bergantung pada stock. Kalau habis...habis lah ye...Kat bawah ni antara corak dan patern ergo.























-Ergo baby carrier ni boleh pakai dari baby new born lagi...Tapi kena pakai dengan infant insert lah.. Kalau tak..habis tenggelam kang baby nya dalam carrier ni. Apa pula infant insert ni ye??? Ha...kat bawah ni lah rupanya ya...















-Di bawah ni aku bagi gambar rajah cecara nak pakai ergo baby carrier ni ye...

1)Posisi Depan dengan Menggunakan Infant Inser
:-Kaki baby boleh dikeluarkan atau biarkan sahaja dalam infant insert tu...bergantung pada size baby..

2)Posisi Depan
:-Pastikan dagu kita bersentuh dengan kepala baby.

3)Posisi Sisi Badan
:-Pastikan leher baby dah kuat dan kepalanya dah cukup tegak. Tidak sesuai untuk baby bawah 4 bulan.



4)Posisi Belakang
:-Pastikan leher baby dah kuat dan kepalanya dah cukup tegak. Tidak sesuai untuk baby bawah 4 bulan.


Ok...tu saja review aku mengenai ergo baby carrier ni.

Seperti biasalah...yang aku punya mestilah ChintaHati yang pilih designnya...Dan, mestilah aku beli online..sebab masa aku beli ni aku masih dalam pantang lagi ;) .
Zara selesa dalam ergo ni r...sampai tetido dia.Aku pun tak penat kendong dia...

love,



Wednesday 16 July 2014

Iftar bersama Anak Didik Rino

As Salam,

Semalam kami berbuka puasa bersama anak didik Rino Printing. Mereka ni pelajar praktikal PIS sebenarnya...Setiap satu sem,kami akan mengambil seorang pelajar praktikal PIS untuk belajar selok belok design,printing dan berniaga. Sekarang ni baru 3 orang jelah...Harap dapat berkongsi ilmu pada ramai lagi pelajar praktikal yang akan datang.
Kami berbuka di Senibong, seperti biasa..kami akan pilih Anjung Senibong. Bagi aku dan ChintaHati, di Anjung Senibong ni makanannya mengikut cita rasa kami. Sebelum datang, kami dah booking dulu..Kami ambik set untuk 6 orang, menunya...
Nasi Putih
Ikan Siakap 3 Rasa(Boleh tukar Bakar atau Stim)
Kailan Ikan Masin
Sotong Goreng Tepung
Udang Butter
Kupang Sambal(Boleh tukar Lala)
Tom Yam Campur
Air Laici(Boleh tukar Fresh Orange)

Macam biasa...Zara tido masa berbuka...Senang sikit bonda nak makan =)

Alhamdulilah...rezeki yang ada dikongsi bersama =)
 


love,



Tuesday 15 July 2014

Iftar + Shoping Baju Zara

As Salam...
11 July 2014
13 Ramadhan 1435H
Iftar di luar yang tidak dirancang..Pada awalnya, memang kami bekerja pada hari ni..Tapi tetiba je ChintaHati ajak keluar sebab tiada kerja di kedai. Jadinya...kami pun keluarlah ke Jusco Tebrau. Jam 4 petang kami baru keluar dari rumah...Sampai di Jusco dah jam 5 petang, kami terus booking table di Pizza Hut untuk berbuka nanti.

 Selesai je booking terus ke surau untuk solat Asar.Sekali.........penuh gila kot surau tu. Nak sembahyang pun kena beratur. Sapa yang dah siap solat terus kena bangun..tak payahlah nak solek bagai kat tikar sejadah tu. Aku pun pakai tudung kat toilet je..nak pakai kat surau tu memang sempit yang amatlah...kesian kat orang lain yang menunggu untuk solat..

Lepastu kami ke showroom White House tempat kawan ChintaHati keje. Lepak kat sana kejap sementara tunggu waktu berbuka. Dalam jam 7 petang baru kami ke Pizza Hut. Kami oder Set Citarasa Ramadhan 1, yang ni set untuk 2 orang. Lepastu aku tambah mushroom sup 1. Sapa yang tekak Melayu memang akan sukalah set ni..dia punya pizza memang meletoplah..Kiranya..kalau suka pedas..memang puas lah kalau makan pizza ni... 
 Lepas dah siap iftar dan solat Maghrib...bermulalah misi mencari baju raya Zara...Baru se round, Zara 'popo' pula...pergilah kami kat bilik BF room kat tingkat 3 tu r...siap je tukar pampers..meneruskan misi lagi...Zara menangis pula...nak 'nenen' lah tu...pergi lagi bilik BF room tu...dah selesai 'nenen'..jalan lagi..baru dapat selai baju Zara...dia 'popo' lagi...Alahai anak...awak ni datang Jusco memang nak duduk dalam BF room ni je ke...Pergilah lagi kami ke BF room  lagi...Dah selesai..kami jalan lah lagi....tak lama jalan tu..Zara pun tido..Barulah senang kami nak berjalan dan shoping. Dapatlah beli baju Zara 4 pasang...
 Siap je shoping baju Zara, kami baliklah...jam pun dah pukul 10.30 malam...Zara tidur tak bangun-bangun sampai rumah. Penat sangatlah tu agaknya...

love,



Friday 4 July 2014

Bayi Kembung Perut dan Cara Mengatasinya

As Salam,


Hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku masa Zara kena kembung perut dan cara aku mengatasinya... Masa aku dalam pantang, Zara selalu juga kena kembung perut. Menangis tak henti-henti,kadang-kadang sampai 1 jam menangisnya. Aku pun tak tahu mana silapnya, pening juga aku memikirkan. Ya lah..masa aku dan Zara dalam pantang...semua dijaga rapi.. dari waktu mandi sehinggalah makanan. Lagi satu...Zara kan fully bf, jadinya aku tak jangkalah yang dia boleh kena kembung perut ni.

Aku pun mulalah meng Google... Daripada yang aku baca, Antara faktor bayi kena kembung perut adalah kerana:
1) Bayi yang menyusu badan hanya meminum fore milk. Bayi yang terlalu banyak meminum fore milk akan menyebabkan ia berkumpul di usus dan tidak dapat diuraikan sepenuhnya oleh enzim. Bagaimana nak elakkan perkara ini? Sila lah bagi bayi anda sebelah breast sehingga dia kenyang dan tertidur. Jangan switch breast sedangkan bayi masih lagi belum menyedut hind milk. Kemudian, bila next session, offer breast yang sebelah lagi dan pastikan bayi meminumnya sehingga kenyang.
(Bab menyusu ni memang aku silap...yelah..nenek aku tu yang tak bagi aku susukan sebelah breast je..dia suruh tukar-tukar time Zara nyusu..alasannya nanti breast akan besar sebelah. Lepas dah baca ni..baru aku praktikkan cara susu yang betul..bila nenek aku marah..aku diamkan je...)

2)Bayi tidak sendawa selepas menyusu.(Bab ni pun aku silap...aku tak sendawakan Zara lepas nyusu..yelah, lepas kenyang je dia terus tidur...tak sampai hati aku nak tepuk-tepuk sendawakan dia. Bila Zara kena kembung perut baru padan muka aku..)

3)Ibu makan tak pantang.(Kalau bab ni...aku memang tak silaplah. Mana taknya...nenek aku tegas kot. Selama pantang, aku makan ikan bakar/ikan asam/ikan goreng dengan sayur sawi+lobak putih bening  bersama nasi panas je kot. Air sejuk ke...sayur sejuk ke..memang aku tak merasa lah..)

Lepas dah tahu punca...baru aku cari penyelesaiannya..Banyak yang aku baca...tapi yang akan aku kongsikan ini adalah yang aku buat dan berkesan pada Zara...
1)Urut perut - Lumurkan minyak pada perut bayi.(minyak angin khas untuk bayi ye...) Lekapkan tangan anda pada perut bayi dan urut secara membulat mengikut arah jam.Ulang beberapa kali sehingga bayi anda kentut.

Jika tidak berkesan..boleh guna cara k2 ni..

2)Tiarapkan bayi atas lutut -Pertama sekali, kita kenalah bersila..lepastu tiarapkan bayi dengan posisi perut bayi diatas lutut anda. Tepuk dan urut belakang bayi sehingga kentut. Jangan lupa untuk urut bahagian betis juga ya...

**Aku gabungkan dua cara ni sekali jalan...lepas dah urut perut aku terus urut dan tepuk-tepuk belakang Zara, tak terkecuali urut betisnya juga. 
**Lagi satu, aku nak kongsi..aku pakaikan Zara Baby Herbal Cream Tropika. Alhamdulilah, selepas guna cream ni Zara jarang kena kembung perut.(Sebelum ni aku pakai minyak telon dan yu yee)




love,



Thursday 3 July 2014

Zara : Checkup 3 Bulan

As Salam,



2 July 2014
Zara dah 3 bulan!!! Hari ni Zara check up lagi... Untuk usia 3 bulan ni Zara check up di Klinik Kesihatan Masai. Untuk pertama kalinya aku bawa Zara di KK Masai ni. Ya Allah!!! ramainya orang.... ni lah yang aku tak sanggup nak buat check up kat sini. Dari pengalaman aku masa mengandung..ada 2 jam nak menunggu ni. Sabo jelah...

Selepas setengah jam menunggu..barulah nombor kami naik. Masa ni Zara baru je bangun tido....jadinya bersuka ria lah dia. Macam biasalah..lepas timbang dan ukur panjang...kami ke sesi kaunseling dengan Nurse pula. Seperti yang lain..Nurse dekat sini pun pertikaikan nama Zara yang cinonet tu. Yelah...zaman modern-modern ni jarang mak bapak yang nak bagi nama anak seketul macam tu....

Hari ni berat Zara 6.3kg dan panjangnya 61cm.
Dekat KK Masai ni Nurse nya tak banyak sangat tanya..mungkin nak cepat sebab ramai lagi orang yang nak dilayan...Lepas dah siap kaunseling dengan Nurse aku kena tunggu lagi untuk injection Zara pula.

Lebih kurang setengah jam juga baru Zara dipanggil untuk injection... Hari ni Zara merengek sikit masa kena injection..Tapi lepastu dia membebel pula. Dah siap semua...pergi farmasi pula ambil ubat demam Zara. Ubat ni dibagi kalau Zara demam selepas kena injection ni... Kalau ikutkan mak-mak kita, lepas balik dari klinik je terus bagi ubat demamnya..Tapi Nurse tak bagi, dia cakap...kalau baby dah demam baru bagi. so..ikut jelah kata Nurse.....

Seperti yang dijangka..2 jam juga proses untuk checkup Zara kat KK Masai ni... Bulan depan mengadap lagi lah kita...


love,