Entry kali ni aku nak berkongsi info pasal penggunan buaian pada baby (macam gambo kat atas ni r...) Sebenarnya masa aku pregy lagi aku dan ChintaHati dah nekad tak nak tidurkan anak dalam buai. Bukan masalah nanti anak susah nak tidur jika tiada buai...masalahnya kesan penggunaan buai itu sendiri pada anak nanti...
Yelah....jika ikutkan mak-mak kita memanglah dia suruh kita tidurkan anak dalam buai..katanya, nanti anak tidur nyenyak dan kita nak buat kerja pun senang.Tapi,kita pun tak boleh nak salahkan mereka, mereka bercakap dari pengalaman mereka. Tapi...kita ni sebagai ibu yang berada di zaman modern yang maklumat ada di hujung jari...Rerajin kan lah diri mencari info pasal penjagaan anak ini.
Kat bawah ni aku kongsikan kesan penggunaan buai pada baby:-
1)Buaian boleh menjadi satu punca kepada kecederaan kepala bayi dan boleh mengakibatkan kerosakan pada otak bayi.
2)Penggunaan buai untuk menidurkan bayi boleh mengakibatkan pendarahan otak atau subdural haemorrhage.
Hakikatnya, kebanyakan kes pendarahan otak subdural yang bukan melibatkan kes penderaan boleh dikaitkan dengan penggunaan buai.
3)Otak
bayi sebenarnya terapung dalam tengkorak dan jika bayi digerakkan
dengan kuat, otak akan bergerak pada hala yang bertentangan dengan
tengkorak.Akibatnya, saluran darah yang bersambung pada permukaan otak
ke tengkorak pecah menghasilkan pendarahan otak subdural.
4)Henjutan
buai yang perlahan-lahan itu tidak berbahaya tetapi pergerakan melantun
buai dengan springnya menghasilkan pergerakan atas bawah seolah-olah
seperti menggoyang bayi dalam tangan dengan kuat, menghasilkan
kecederaan yang sama.
5)Hayunan
buai juga boleh mengakibatkan kepala bayi terhantuk dinding. Pernah
berlaku di mana abang kepada bayi yang berumur dua tahun yang gemar
menghayun buai tidak sedar kepala bayi sedang menghentak dinding.
6)Ada juga kes di mana rangka besi buai jatuh menghempap bayi dan juga spring atau tali putus.
Pada awalnya memang aku tak buaikan Zara ni...Lagipun, Zara ni memang senang nak tidurkannya....Bagi je 'nenen' pastu tepuk-tepuk bontot dia...mulalah dia melayan mata.Tapi...masa Zara demam minggu lepas, dia tak boleh tidur...Aku pun bawaklah pergi rumah mak cik ChintaHati. Lepas bagi ubat dan bedung..mak cik ChintaHati terus masukkan dalam buai..Tapi tak henjutlah..cuma ayun je. Nyenyak betul Zara tidur...
Jadinya...aku dan ChintaHati pun terpaksalah beli set buai yang gantung kat tangga je...maknanya, kami tak gunakan rangka buai tu. Lagi satu...kami tak henjut ya..kami hayun kiri kanan je.Kadang-kadang langsung tak buat apa-apa. Lepas 'nenen' je terus masuk buai...lama juga dia tidur dalam buai tu. Buat masa ni..jika Zara tak meragam dan aku tak da kerja..memang buai tu tak digunakan. Kami memang had kan penggunaan buai untuk Zara.Kekadang aku tengok buai kat tangga tu macam hiasan pula...
Bagi kami, walaupun orang cakap benda tu skema, tapi kami tetap ambil kira. Ye lah...kami tunggu Zara ni dah lama...tak kan kami nak bahayakannya dengan perkara yang kami tahu kesannya. Walau macam manapun terpulanglah pada ibu bapa sendiri untuk menjaga anak memasing.
Harap perkongsian ini boleh membantu ibu bapa diluar sana.
Bagi kami, walaupun orang cakap benda tu skema, tapi kami tetap ambil kira. Ye lah...kami tunggu Zara ni dah lama...tak kan kami nak bahayakannya dengan perkara yang kami tahu kesannya. Walau macam manapun terpulanglah pada ibu bapa sendiri untuk menjaga anak memasing.
Harap perkongsian ini boleh membantu ibu bapa diluar sana.
love,
No comments:
Post a Comment