As Salam~~~
Entry kali ini aku buatkan khas untuk mereka yang pernah senasib dengan aku ... Mungkin pengalaman yang aku akan kongsikan ini ada diantara kamu diluar sana telah lakukan...tapi masih belum berhasil. Teruskanlah usaha anda dan sentiasa berdoa untuk kurniaan yang terindah ini... Di bawah ini adalah ikhtiar2 yang aku lakukan bersama ChintaHati untuk memperolehi zuriat setelah 5 bulan usaha secara semulajadi. Setelah 5 bulan usaha secara semula jadi, baru kami iktiar seperti di bawah ini. Alhamdulilah, akhirnya setelah 1 tahun 8 bulan usaha kami mendatangkan hasil =)
1)SUSU KAMBING SEGAR + KURMA
Mungkin dah ramai yang tahu tentang petua dari Arab ni. Tapi aku kongsikan cara yang aku buat dengan ChintaHati melalui perkongsian ilmu yang kami perolehi daripada Al Kuliyah di TV3.
Bahan2: Kurma dan Susu Kambing Segar.
Cara2: Masukkan 1 gelas susu kambing dalam blender, lepastu...suami dan Isteri ambil segenggam kurma(kalau ikut tangan aku dan suami, seorang 2 biji) . Selawat 3 kali dan baca doa Nabi Zakaria semasa menggenggam kurma tu...Lepastu buang biji kurma, dan masuk kan di dalam blender yang ada segelas air susu kambing tadi. Lepastu blender sampai sebati dan tuang dalam gelas. Suami dan Isteri minum dari gelas yang sama sekali seumur hidup.
2)BERURUT
Oleh kerana aku ni asal dari kampung, jadinya amalan berurut ni memang dah sebati dalam usaha untuk berubat. Sebelum-sebelum ni aku hanya pergi berurut kalau demam dan sakit-sakit badan jew. Tapi untuk ikhtiar hamil ni aku pergi berurut untuk lihat kedudukan dan betulkan peranakan aku. Menurut bidan yang urut aku, kedudukan peranakan aku tinggi, mungkin sebab itu kami belum dikurniakan zuriat. Jadinya, semasa berurut tu...Bidan tu pun betulkan peranakan aku.Kali pertama urut agak sakit sikitlah..tapi kali k2 dan k3 dah biasa dah....
3)MINUM AIR REBUSAN DARI BUAH ZURIAT
Kami juga mengamalkan minum air rebusan daripada buah zuriat ini. Kami minum selama 3 bulan berturut... Rasa air rebusan buah zuriat ini seperti air kundur tak bergula, ada rasa kelat-kelat sikit. Kami beli online di Facebook. Ni link kedai dan cara buat air buah zuriat >>> Buah Zuriat Dan Serbuk Debunga Kurma Madinah
4)JUMPA PAKAR SAKIT PUAN/GYNAE
Setelah usaha mengikut sunnah dan cara kampung, kami nekad untuk berubat menggunakan teknologi terkini. Kami beranikan diri untuk berjumpa sakit puan untuk mengetahui lebih lanjut dan jelas tentang masalah yang kami hadapi. Kami pilih Hospital Penawar PG kerana ada Doktor perempuan.
Setelah menetapkan tarikh appointment kami pun jumpa Doktor Hasmah. Mula-mula doktor tanya sejarah kesihatan aku dan ChintaHati. Setelah itu, baru dia akan buat pemeriksaan rahim. Alhamdulilah kedudukan rahim aku amat sempurna mengikut kata Doktor Hasmah. Untuk appointment pertama ini aku di sahkan tiada masalah. Appointment kedua diatur untuk membuat pemeriksaan sperma ChintaHati dan kadar progestron dalam badan aku pula.
Alhamdulilah, setelah appointment kedua, Doktor Hasmah cakap kami sihat dan tiada masalah untuk memperolehi zuriat. Sambungnya, mungkin kami belum sampai rezeki kami.
Seminggu selepas appointment kedua, kami terima berita gembira, kami dikurniakan zuriat pertama...namun, bertahan selama 6 minggu sahaja. Kami redha..dan teruskan berusaha lagi.
5) BERSAMA KETIKA SUBUR
Ni juga salah satu yang kami praktikan untuk mendapat zuriat. Sebelum keputusan ini dibuat, suami dan isteri perlulah ada persefahaman. Suami haruslah bersabar dan menahan sikit nafsu untuk tidak bersama sebelum waktu subur isteri. Ini adalah untuk menjaga quality sperma itu sendiri. Pada mulanya, kami juga mempunyai masalah dalam mencapai persefahaman ini, tapi berkat kesabaran dan niat untuk mendapatkan zuriat kami cekalkan hati ini.
Walaupun cycle aku tetap dan boleh mengagak bila waktu subur...tapi aku tetap menggunakan OPK untuk menentukan hari subur dengan tepat. Untuk pembelian OPK yng murah bolehlah beli di sini>>>OPK Murah
Mengikut dari nasihat Doktor Hasmah, kami perlu bersama selang 1 hari. Kebiasaannya kami akan bersama daripada 2 hari sebelum waktu subur sehinggalah satu minggu.
Untuk mengetahui waktu subur, bolehlah rujuk di sini >>> Cara Menentukan Masa Kesuburan
6)PETUA/TIPS KETIKA BERSAMA
Ketika bersama waktu subur, bolehlah amalkan petua/tips ini. Ini juga salah satu usaha ya!!!
>Tips pertama
30-60 minit sebelum melakukan seks pastikan anda kencing dahulu dan bersihkan alat kelamin anda sebersihnya.
>Tips kedua
Setelah selesai melakukan seks jangan bergerak atau bangun.sebaiknya terus tidur atau baring dalam masa 30-60 minit untuk memberi ruang kepada sperma untuk berenang ke dalm faraj dan mencari telur ovari.
>Tips ketiga
Jangan sekali-kali membersihkan faraj anda setelah selesai melakukan hubungan intim bersama suami anda.
>Tips keempat
Lakukan persetubuhan pada hari yang subur(biasanya hari ke 14)sekurang-kurangnya 5 kali..=)
>Tips kelima
Sebelum ejakulasi pastikan zakar suami betul-betul keras dan masukkan kedalam faraj sedalam yang mugkin dan pancutlah air mani dengan laju.
>Tips keenam
Gunakan teknik Tok Janggut dimana ianya memerlukan kedua kaki wanita kengkang keatas dan masukkan zakar yang betul-betul tegang keras padu dan mantap terus kefaraj dari arah depan.
>Tips ketujuh
Cuba teknik che siti wan kembang dari kelantan iaitu dengan menggunakan lapik bantal dibawah punggung perempuan.tujuannya bagi memudahkan zakar masuk sedalam-dalamnya ke dalam faraj.teknik puteri saadong juga merupakan teknik yang hampir sama dengan teknik che siti wan kembang.teknik ini telah memberikan peratusan yang tinggi untuk wanita hamil.jadi anda juga boleh mencuba teknik ini.
>Tips kelapan
Apabila anda selesai memancutkan air mani ke dalam faraj biarkan zakar di dalam faraj untuk beberapa minit.Apabila zakar anda sudah kecut barulah anda tarik keluar.
7)MENGAMALKAN AMALAN SEDEKAH
Selain itu, aku dan ChintaHati juga sentiasa mengamalkan amalan sedekah ini. Amalan sedekah ini kami tidak terhad memberi kepada manusia dan diisi di tabung-tabung sahaja. Kami juga memberi sedekah kepada haiwan yang ada di sekeliling kami. Contohnya, setiap kali makan di mana-mana kedai makan kami akan membeli ikan atau ayam goreng untuk diberi pada kucing yang berkeliaran di kedai makan tersebut. Semasa memberi makan kepada kucing tersebut, aku selalu bercakap dengan kucing tu supaya doakan aku dan ChintaHati di kurniakan zuriat....
Ini sahaja perkongsian ikhtiar/usaha kami untuk mendapatkan zuriat. Kami harap perkongsian yang sedikit ini mampu membantu anda di luar sana. Apa pun yang kita usaha kan, jangan lupa untuk BERDOA dan TAWAKAL...
love,
No comments:
Post a Comment