As Salam~~~
Cherita Jumaat Lepas.
Tetiba jew tengah-tengah malam ni terbayang pretzel Auntie Anne's... Tengok jam dah 12.00 mlm. Memang tak dapat lah kalau aku mintak dengan ChintaHati waktu-waktu gini ni kan..
Tapi aku suarakan juga keinginan aku ni pada dia...Seperti yang aku jangka, dia kata esok lah kita cari..Memalam buta gini mana ada yang bukak.
Seperti yang dijanji, selepas kami siap mengemas rumah, kami terus sahaja menuju ke KSL City. Kalau di Johor Bahru ni, ada 2 jew cawangan Auntie Anne's ni, satu di KSL City, satu lagi di Plaza Pelangi.
Sampai jew di KSL City, kami pun pusing-pusing lah cari kedai Auntie Anne's ni. Oleh kerana malas nak memusing jejauh sangat, kami terus pergi tanya kat kaunter pertanyaan. Lepas dah dapat panduan dari akak yang jaga kaunter pertanyaan tu..kami pun terus jelah menuju ke Auntie Anne's ni..
Bila nampak jew logo Auntie Anne's kat tiang tu..senyum lebar lah aku kan...Lepastu aku terus beratur... macam biasa, aku oder Pretzel Almond. Aku oder 3, 2 untuk aku, 1 untuk ChintaHati. Bagi aku, perisa Almond paling sedap...sebab dapat sos caramel sekali.Kalau makan memang cair lah dalam mulut...
Dapat jew pretzel ni, kami terus balik kampung...
Jadinya, aku makan dalam kereta lah...
Alhamdulilah... hilang ngencis aku. Dapat jew pretzel ni terus lena tido...hahaha
Date:7 Oktober 2013/ 2 Zulhijjah 1434H
Waris Ayah Bonda: 15 weeks
love,
No comments:
Post a Comment