As Salam~~~
Hari ni ada appointment dengan Dr Hasmah untuk 2nd checkup. Dr nak lihat sama ada benih di rahim aku ini membesar atau tidak. Sepatutnya,appointment aku jam 9 pagi, tapi aku boleh terlajak tido pulak... Jadinya aku sampai di Hospital Penawar tadi jam 10 pagi.
Sampai-sampai jew tengok dah ada 3/4 orang yang menunggu...fuh!!! lama lah gini aku kena tunggu. Lepas daftar aku terus duduk menunggu nama dipanggil. Dalam 1/2 jam duduk tu...tetiba nurse datang kat aku...katanya aku tak dapat nak di check sebab Dr Hasmah kena pergi dewan bedah sebab dah ada pesakit tunggu nak beranak..lor...macam mana ni!!!
Lepastu, nurse tu double confirm kan balik dengan Dr Hasmah sama ada aku sempat check atau tak.Ha...................nasib baik aku orang yang last yang datang,so Dr Hasmah sanggup check aku. Fuh!!! lega.....
Sebelum masuk bilik Dr Hasmah, nurse suruh aku buang air dulu...Aku dah pikir, ni mesti kena scan melalui Miss V ni..Masuk jew bilik, Dr Hasmah tanya aku puasa ke tidak. aku cakaplah puasa. Pastu dia cakap, "habistu macam mana nak scan melalui Miss V ni....Tak pelah, scan kat atas jewlah. Kalau tak nampak baru scan melalui Miss V" .
Masa dia letak alat untuk scan tu, Alhamdulilah............nampak!!!! . Ada peningkatan perubahan size. Dr cakap, yang minggu ni lagi jelas dari minggu lepas. Wah....aku tengok ChintaHati tersenyum lebar. Alhamdulilah..doa kami agar kandungan ini membesar dan sihat dimakbulkan. Tanpa lengah masa, Dr terus bagi injection pada aku...Kena inject kat bontot wow. ....Sengal nya sampai sekarang terasa. Fuh!!! tak pew..semua ni demi mu anak =)
Lepas dah selesai semua, Dr cakap....semuanya ok sekarang ni, appointment seterusnya 2 minggu dari sekarang, iaitu jatuh pada 16hb Ogos. Next appointment nak lihat sama ada heartbeat ada atau tidak...
Syukur untuk nikmat ini Ya Allah. Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami. Sihatkan lah kandungan hamba Mu ini. Amin~~~~
Draft:
Date : 1 August 2013 /23 Ramadhan 1434H
Waris Ayah Bonda : 5 weeks
DPO : 25
Date : 1 August 2013 /23 Ramadhan 1434H
Waris Ayah Bonda : 5 weeks
DPO : 25
love,
No comments:
Post a Comment