Thursday, 3 October 2013

#DRAFT 1 : Alhamdulilah,Kurniaan Terindah Ayah Bonda

As Salam~~~

Alhamdulilah, syukur pada Allah S.W.T diatas kurniaanNya yang satu ini. Allah memakbulkan doa aku dan ChintaHati untuk sekian lamanya. Seperti yang pertama, kurniaan yang kedua ini juga sangat kami nantikan... 

Apabila lihat double line di UPT test aku tersenyum, batin ini menjerit sekuat hati...tapi pada DPO 12 aku masih rahsiakan pada ChintaHati lg. Aku tahu, dia tak nak menaruh harapan terlalu tinggi diatas keputusan yang belum pasti. Pada hari sepatutnya aku CD1, aku berdebar2, xsabar nak buat UPT test lagi...sepanjang hari aku asyik ke toilet, memeriksa sama ada miss P datang atau tidak. Alhamdulilah, sehingga ke malam miss P tak kunjung tiba. 

Keesokan harinya, sebelum siapkan sahur, aku terus buat UPT test..ya!!! sangkaan aku mmg tepat. Aku hamil lagi!!!!!!!!. Aku masih tidak beritahu ChintaHati, mahu rahsiakan selama mungkin. Tapi.............. kesabaran aku taklah tinggi mana, tengah hari tu juga aku bg tahu dia. Reaksi nya???? mungkin korang tak akan percaya... Dia hanya senyum dan sempat memerli pada aku.."Jangan terlalu excited sangat Baby, nanti makan diri " . Aku hanya diam, dan tersenyum-senyum sepanjang hari... hahahhahahaha

Pada malamnya, ChintaHati datang pada aku.. "Baby betul2 pregnant kew ni??? " Aku hanya diam dan senyum sahaja. Dia sambung lagi "Ok, kalau betul baby pregnant, jaga baik2 ya... kali ini  kita diam sahaja, tak payah beritahu pada sesiapa " . Aku hanya mengangguk. Aku akui, mungkin kekhilafan kami, terlalu excited masa kehamilan aku yang pertama. Mencanang sana sini dengan semua orang. Untuk yang kedua kali ini, kami telah belajar daripada kesilapan....


Ya Allah, lindungilah zuriat kami ini. Biarlah ia membesar dalam rahim ku ini. Amin~~~

Draft:
Date : 23 July 2013 / 14 Ramadhan 1434H
Waris Ayah Bonda : 4 weeks 1 day
DPO : 16


love,

No comments:

Post a Comment