Thursday, 3 October 2013

# DRAFT 11 : Hye-hye 2nd Trimester ^.^

 As Salam~~~

Alhamdulilah....hari ini kandungan aku genap 13 minggu. Maknanya.... kandungan aku dah masuk 2nd Trimester. Berakhirlah sudah mimpi-mimpi ngeri 1st trimester. Walaupun dah masuk 2nd Trimester ni..aku masih berjaga-jaga dalam menjaga kandungan ini. Risau jika "pisang berbuah 2 kali"

Pada awalnya memang aku nak beritahu yang terdekat tentang kandungan aku ni setelah masuk 2nd Trimester...Tapi, rasa macam belum bersedia lagi.. Sebab itulah entry kali ini juga adalah draft. Mak aku pun pesan...jangan nak heboh2 sangat, biarlah mereka yang bertanya baru kita yang memberitahu. Aku pun mengikut sahaja nasihat mak aku. Lagipun, perut aku masih belum kelihatan lagi...Kalau makan banyak, baru lah nampak si comel baby bump ni =)

Minggu ni juga kami ambil keputusan untuk melihat waris melalui Ultrasound . Kami memilih Poliklinik Yuslina, Pasir Gudang untuk melihat Waris. Faktor utama kami nak buat disana sebab kat sini Doktor perempuan sepenuh masa. So, terjagalah aurat ni kan...

Masa Doktor mula-mula nak scan aku berdebor juga lah kan...apa khabor lah Waris kat dalam tu.. Lepastu, dah nampak bayangan si Waris tu..terus aku ketawa..dah takda nak senyum2 dah. Teruja sangat nampak Waris!!!Doktor mula ukur anggota badan waris satu per satu. Alhamdulilah..Doktor cakap semuanya normal... . Dan yang lagi best...Doktor bagi kami dengar degupan jantung Waris.. laju jew bunyinya..DupDupDupDup....Time ni, Bersyukur sesangat... Aku tengok ChintaHati pun teruja yang amat.

Mengikut kata Doktor, Waris matang 1 minggu. Kalau ikut tarikh period sepatutnya 13 minggu..tapi size Waris sekarang 14 minggu.Size Waris sekarang  9.57cm, lebih kurang besar buah lemon =)

Membesarlah dengan sihat dan sempurna Waris Ayah Bonda =)


Draft:
Date :23 September 2013 /17 Zulkaedah 1434H
Waris Ayah Bonda : 13 weeks


 love,



2 comments:

  1. Tahniah.. Moga mmbsr dgn ampurna dgn sihat dan selamat.. Ameen.

    ReplyDelete