Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Monday, 16 December 2013

KR:Puding Roti Bakar + Sos Kastard =)

As Salam...


 Terlaksana juga keinginan nak makan puding roti dengan sos kastard time pregy ni.... Oleh kerana aku malas nak cari kat mana-mana tempat yang jual puding ni..jadinya, aku pun buatlah sendiri...

Kat bawah ni aku kongsikan resepi dan cara-caranya ya.. 


Bahan-Bahan Puding
8 keping roti
2 biji telur
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar butter/marjerin (dicairkan)
2 sudu besar kismis
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh esen vanilla
500 ml susu segar

Cara-cara


1. Masukkan telur,gula pasir,susu segar,marjerin dan serbuk kayu manis, esen vanilla, 1 sudu besar kismis dalam satu bekas. Gaul rata semua bahan-bahan diatas.(Aku guna garfu jew....tak payah guna mixer)


2. Masukkan roti yang telah dipotong atau di racik/dikoyak-koyakkan.(Aku suka belah dua,kalau korang nak koyak-koyakkan pun boleh..)
3.Rendam bahan-bahan diatas 5-10 minit.

4. Masukkan bahan-bahan tadi dalam loyang atau mangkuk kaca tahan panas. 
5. Baki kismis 1 sudu besar lagi tabur diatas roti.
6. Bakar 180'C dalam 30 minit.

7.Tadaaaaa... siap dah 

Bahan-Bahan Sos Kastard
1 tin susu cair
1/4 tin air masak (daripada tin susu)
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar tepung kastard

Cara-Cara
1.Masukkan semua bahan-bahan didalam satu periuk
2.Kacau dulu sehingga sebati (Kalau tak dikacau sebati nanti tepung castardnya berketul-ketul)
3.Masak di atas api sederhana.
4.Kacau sehingga mendapat kepekatan yang diingini..

Lepastu bolehlah dihidangkan...Tersangatlah senang nak buat resepi ni... 
Jangan lupa untuk mencuba =)


love,



Monday, 29 April 2013

KR:Kek Coklat Kukus Lapis Cheese + Topping Choc Ganache =)

As Salam ~~~


Yay...akhirnya dapat juga buatkan dessert untuk ChintaHati setelah sekian lama mixer itu tidak berpusing..hahahah

Ok....hari ni aku nak berkongsi satu resepi favaret kami...Aku suka coklat, ChintaHati suka Cheese..Bila digabungkan..nyum2 sangat!!! ..Ok jom tengok resepi nya ;)

*Mula2 siapkan adunan cheese dulu..

Cream Cheese 

Bahan 2: 
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sudu besar tepung gandum

Cara2 : 
Satukan bahan-bahan dan blend hingga sebati.Letak tepi dulu

*Lepastu siapkan bancuhan adunan coklat pulak.Sebelum nak mulakan adunan kek coklat ni..bolehlah menenggek pengukus diatas dapur untuk panaskan airnya... 

 
Kek Coklat Kukus

Bahan2 :
Bahan A :
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair - aku tukar susu segar
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

Semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Bahan C :
4 biji telur -pukul guna garfu sahaja

Cara2 :
Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk aje.

*Bila kedua2 adunan dah siap bolehlah start mengukus.
Mula2 masukkan adunan kek coklat di dalam bekas plastik/loyang, suku bekas sahaja...kukus selama 15 minit 
Selepas itu masukkan adunan cheese semuanya ya...kukus lagi selama 10 minit.
Last sekali masukkan baki adunan kek coklat dan kukus lagi selama 15 minit atau sehingga masak... 

*Sementara tunggu kek masak..bolehlah buat choc ganache..

Topping Choc Ganache. 
 
Bahan2 :
200 grm coklat masakan 
100 ml susu cair @ 150 ml whipp. cream (guna salah satu)
1sdt butter

Cara2 :
1.Double boiler susu bersama coklat masakan.
2.Dah agak cair tu tutup api dan kacau2 lagi bg larut semua coklat..
3.Masukkan butter dan kacau sebati
4.Biarkan seketika... 

*Setelah kek sejuk dan diletakkan diatas pinggan..boleh lah tuang coklat ganache yang telah siap...dan boleh dihidangkan =)



SELAMAT MENCUBA!!!

#kalau ada yang xpaham boleh tanya =)

love,