Thursday 2 October 2014

1st Solid Food Zara : Puree Apple

As Salam...

Yay!!! Alhamdulilah...Hari ni Zara genap 6 bulan...maknanya Zara dah boleh makan!!! Wah....excitednya bonda nak suap Zara makan...tak sabar nak tengok riaksi muka Zara. Sebelum ni bukan main kecur lagi bila tengok orang sekeliling makan kan...sekarang giliran Zara pula. Zara dah ready belum???? hahahhaha...(over tau bonda  ni)

Untuk kali pertamanya..aku kenalkan Zara pada puree dulu. Hari ni aku masakkan Zara apple puree .


Cara-cara penyediaan:
1)Basuh bersih buah epal, kuas kulit dan potong dadu
2)Kukus, gril, panggang, kukus, gril, panggang...
3)Masukkan dalam blender
4)Masukkan susu Bonda/Ibu/Emak/Mummy/Ummi atau air mineral ;)
5)Kisar sehingga halus ya....
6)Asingkan dalam bekas
7)Dan...bolehlah mam!!!


love,

Wednesday 1 October 2014

Checklist/Senarai Keperluan Peralatan Untuk Penyediaan Solid Food Zara

As Salam...

Wah...bukan main semangat lagi aku nak bagi Zara makan kan. Setelah 6 bulan bagi susu badan secara ekslusif pada Zara, sekarang tibalah masanya untuk Zara merasa makanan duniawi...(statement tak agak-agak)..hahahha. Sebelum bagi Zara makan, kenalah ada barang-barang yang bersesuaian untuk penyediaan solid food ni kan..So, di bawah ni ada senarainya :

1)Ilmu Pengetahuan/Knowledge
Seperti biasa...sebelum memulakan sesuatu perkara haruslah mempunyai ilmu. Tanpa ilmu macam mana nak bagi anak makan kan? Apa? Mana nak cari? Sekarang kan zaman modern, semuanya dihujung jari jew...search je lah kat pak cik google tu...mesti berderet-deret keluar. Kalau tak ada internet pun...pergilah kat kedai buku untuk cari bahan rujukan.

Kalau korang tanya aku...aku memang mengGoogl jelah. Dari Zara 4 bulan aku dah mula cari gali ilmu-ilmu pemakanan untuk bayi ni. Dari cara makan, bahan-bahan, resepi, apa yang boleh dan apa yang tak boleh semuanya aku nuntut kat pak cik Google =)

2)Food Processor / Blender
Ok, yang ni memang perlu ada...Rasanya, ni bukan kehendak..tapi lebih kepada keperluan. Yelah...kalau tak ada blender ni macam mana nak kisar makanan kan..tak kan lah nak guna blender dapur kita pula...habis rasa lada, bawang dan segala rempah kat puree tu kan...
Pada awalnya..memang lah aku nak beli yang brand Beaba punya. Namun apakan daya...poket aku ni tak tebal. Setelah mencari dan mencari dan mengkaji...akhirnya, aku pun belilah brand Little Bean ni. Aku memang cari yang ada fungsi steam dan blender...Jadinya, brand Little Bean ni memenuhi kehendak aku dan harganya pun mampu milik.

3)Feeding Set/Baby Storage Container
Benda alah ni pun memang keperluan lah kan... Yalah, janganlah berjimat sangat sampai bagi anak makan guna sudu besi dengan bekas tahu panas tu kan...
Kalau ikut aku, aku senang beli yang bertutup macam ni, senang untuk aku simpan makanan dan bawa bekal ke tempat kerja...Selain itu, bekas bertutup ini juga berfungsi untuk simpan makanan baby di dalam freezer, kalau bertutup kan takdalah berbau ayam,daging, ikan dan segala macam bau freezer  makanan baby kita ni kan. Jadinya...tak payahlah kita buat setiap hari makanan baby ni kan. Boleh buat stok selama 1 minggu. Lagi satu..carilah yang BPA Free . Aku beli brand Simple Dimple.

Untuk sudu pula aku beli special sikit untuk Zara..sudu ni ada fungsi tau...bila kita kacau kat makanan baby yang panas dia akan bertukar menjadi transparent. So...kat sini ada lah ciri-ciri safety lah kan. Takdalah melecur mulut baby kita nanti kan...

4)Bip
 Untuk mengelakkan comot-comot dan bertukar baju setiap kali makan...perlulah ada bip ni...
Untuk aku, aku belikan Zara yang kain alas plastik dan yang plastik... Ya lah kan, aku ni bonda bekerjaya...tak dan nak cuci baju setiap hari =)

5)Liquid Cleanser
Pencuci ini beli lah yang khas untuk mencuci barang baby... bagi aku, benda alah ni pun keperluan juga...Bukannya apa, pencuci pinggan mangkuk yang sedia ada sekarag kan banyak bahan kimia. Jadinya, tak elok lah untuk kegunaan baby. Selain boleh mencuci barang baby...pencuci ni pun boleh mencuci buah-buahan dan sayur untuk bagi baby makan...
Aku pilih brand Pureen, bagi aku..cleanser ni bagus sangat..Bersih je barang-barang Zara aku basuh. Kalau basuh breast pump tu kan...licin je. Takdalah rasa berminyak-minyak lagi...

#Ok, ini sahaja perkongsian aku untuk bonda, ibu, mama, ummi, mummy di luar sana yang sedang buat persiapan untuk anak makan =) . 


love,



Monday 8 September 2014

Zara : Checkup 5 Bulan

As Salam...



8 September 2014
Alhamdulilah...Zara dah 5 bulan 6 Hari!!! .  Bulan ni Zara checkup di KK Bukit Waha. Aku menumpang wat checkup kat sini sebab balik kampung masa tu. Kalau ikutkan...memanglah kena pergi KK Masai, tapi dah alang-alang aku kat kampung...buat jelah kt sini kan...

Kalau kat KK Bukit Waha ni aku suka datang pagi sebab boleh saing dengn akak aku yang datang checkup anak dia juga.So, nanti takdalah aku sengsorang menunggu kan...Macam biasalah...lepas dah ambil no, tunggu giliran untuk timbang dan ukur panjang, lepastu terus sesi kaunseling dengan Nurse dan ke bilik suntikan. Kat sini cepat..lepas no dah kena panggil..terus je rawatan nya sampai habis. Tak payah nak tunggu 2 / 3 kali no kena panggil.

Berat Zara 7.6kg dan panjang 66cm. Nurse cakap berat dan panjang Zara normal..sebab Zara masih BF sepenuhnya tanpa campur apa-apa lagi. Alhamdulilah....

Masa suntikan tadi...Zara nangis kejap, tapi bukan nangis masa kena suntik..dia nangis masa keluar dari bilik suntikan. Ketawa Nurse yang ada kat bilik tu...Apalah anak bonda ni..dah siap baru nangis. Mungkin baru rasa bisanya kot....

Nurse ada tanya, sebelum ni Zara ada demam tak lepas cucuk...aku jawablah tak ada. Katanya, kalau sebelum-sebelum ni tak demam...suntikan ni dan akan datang pun tak demam. Tapi, Nurse suruh aku bagi je ubat demam lepas sampai rumah nanti. Kalau ikutkan memang kena tunggu baby demam baru bagi ubatnya....tapi, untuk pencegahan awal dia suruh bagi dulu untuk bagi baby rehat. Aku pun ikut jelah cakap Nurse ni kan...

Ok, selesai checkup Zara untuk 5 bulan =)


love,



Tuesday 2 September 2014

Nenek Kembali kepada penciptaNya

As Salam...

Hari ni genap 4 hari nenek telah pergi meninggalkan kami semua...Hari pertama aku keluar bekerja tanpa bersalam dengan Nenek. Janggal rasanya..seperti ada sesuatu yang tidak lengkap. Pada kebiasaanya..lepas dah salam dengan semua orang kat rumah tu..aku akan ke dapur cari nenek untuk bersalam...Tapi pagi ni..bila pergi ke dapur aku seperti hilang arah..

Masih terngiang-ngiang di telinga ni..."Cu...balik tiap-tiap minggu ya..jangan sampai 2 minggu tak balik..rindu rasanya nanti" berulang-ulang dia ingatkan dan itulah..kata-kata terakhir nenek minggu lepas sebelum aku pulang ke Pasir Gudang. Setiap kali teringat kata-kata itu..terus terbayang muka nenek yang senyum memandang aku... Bila teringat balik..sebak dada ni..pedih sangat hati ini...Air mata berjurai jatuh tanpa dapat disekat-sekat lagi.

Allahuakbar...tak tertahan rasanya rindu ini. Janggal benar duduk di rumah kampung tanpa dengar bebelan nenek. Ya..aku akui, aku selalu berbalas-balas bila nenek cakap...ada sahaja yang aku tidak setuju dengan kata-katanya. Tapi bukan niat aku untuk kurang ajar padanya...aku cuma untuk berhibur dengannya sahaja.

Setiap pelusuk rumah aku pergi..aku akan nampak kelibat nenek. Bila duduk di ruang tamu..nampak kelibat nenek duduk di sofa tertidur...Terdengar suaranya yang nyaring memanggil-manggil cicitnya. Bila di dapur ternampak kelibat dia makan di lantai...bising mulutnya menjamah setiap makanan yang dikunyah.... Kalau gunakan sudu...dia ketuk-ketuk pinggan tu. Teringat setiap kali aku bergaduh kalau nak masak dengan dia... Bila duduk di luar rumah, ternampak kelibat nenek siram pokok bunga, habis basah beranda dia siram juga...

Saat kali terakhir aku menatap wajahnya...Nenek seperti tidur ,mata nenek tertutup rapat, mulut nenek senyum, tiada langsung kedutan diwahjahnya, licin sungguh kulit nenek, harum baunya...
Bertalu-talu aku cium nenek..aku masih memujuk hati ini agar menerima takdir yang Allah bagi. Sebaknya dada ini melepaskan nenek...

 Nenek...
Kami semua relakan nenek pergi kembali kepada pencipta nenek...
Kami akan ingat nenek sampai akhir hayat kami...
Setiap kenangan bersama nenek akan kami pahat teguh di ingatan kami...
Suara nenek akan kami simpan dalam memori telinga ini...
Kasih sayang nenek kepada kami akan kami bawa hingga ke Jannah
Bersemadilah nenek dengan aman di sana...

Ya Allah,
Ampunilah segala dosa nenek , Hjh Subidah Binti Daing Makti.
Tempatkanlah nenek bersama orang-orang yang beriman..
Luaskanlah dan terangilah kubur nenek..


 
AL-FATIHAH.... 


love,