Wednesday 25 December 2013

Scan 4D Waris Ayah Bonda =)

As Salam...

Seperti yang telah dirancang dengan ChintaHati...hari Jumaat (20/12/2013) yang lepas kami telah pergi Poliklinik Yuslina untuk scan 4D Waris... Sebelum tu, kami dah buat appointment seminggu awal dengan Poliklinik Yuslina. 

Untuk pengetahuan, scan 4D di sini hanya dibuat paa hari Jumaat dan Ahad sahaja...dan kena buat appointment dulu ya!!!! Wang kosnya pula RM90 jew...Bagi aku yang kaki survey ni....ini dah cukup murah untuk scan 4D. Jadinya...sesiapa yang merancang nak buat scan 4D ni, boleh lah ke sini ya =) .

Ok...untuk pertama kalinya..kami kongsikan Waris kami =)
 
Waris malu...yew tutup muka...

Ha....baru nampak mukanya lepas dipujuk...pandai anak Bonda =)

 Graft degupan jantung Waris...

Dalam bilik doktor..

 Menunggu untuk pembayaran....Muka puas aku dan ChintaHati lepas dapat tengok Waris...Hahahaha

Lepas dah bayar bil, dapat CD, gambar dan 4 paket susu Frisomum (2 paket aku dah minum..hahaha)

Alhamdulilah...Semuanya dalam jagaan Mu ya Rabb...

Date:20 Disember 2013/ 17 Safar 1435H
Waris Ayah Bonda: 25 weeks 4 days

love,



Kelas Keibu Bapaan oleh KKM

As Salam~~~

Jumaat yang lepas aku dan ChintaHati pergi ke kelas yang telah disediakan oleh KKM untuk ibu bapa yang akan menimang cahaya mata untuk pertama kalinya .Kelas ni boleh datang berseorangan atau berdua dengan suami, pihak klinik akan memberi MC untuk yang bekerja. 

Kelas dijadualkan bermula jam 8.30 pagi... Tapi kami sampai KK Masai  jam 9.00 pagi...Nasib baiklah belum mula lagi. Lepastu, terus daftar kat kaunter...bayar yuran RM10 dan dapat doorgift =).

Isi Doorgift

Jam 9.10 pagi baru kelas bermula.. Sepanjang kelas ni berlangsung, ceramah disampaikan oleh Dr Rohayah bte Abdullah, Pakar Perubatan Keluarga KK Masai. 

Banyak input yang kami terima, Dr Rohayah banyak menyentuh tentang kesihatan ibu ketika dan selepas bersalin. Katanya, ramai yang tak ambik tahu pasal ni..sebab tu tahun 2009 kes ibu meninggal selepas bersalin tinggi. Tapi sekarang...selepas kelas diadakan kes berkurangan...Dalam sesi ceramah ni juga, Dr Rohayah bagi penerangan tentang tumbesaran baby dalam rahim.



Kelas rehat jam 11.30 tengah hari, sebelum sesi makan pagi...kami semua diajar cara-cara periksa jaundice/kuning baby, bersihkan tali pusat baby dan mandikan baby...


Lepastu...sambung balik ceramah...Kali ni ceramah banyak menyentuh tentang penyusuan ibu, keadaan di dalam dewan bersalin dan cara merancang keluarga.

Habis jew ceramah...ada sesi demonstrasi cara-cara nak bersalin dan peranan suami di dewan bersalin nanti...


Ceramah habis jam 12.15 tengah hari. 


love,



Wednesday 18 December 2013

Mengidam #6 (Pisang Goreng Keju)

As Salam~~~


 Ha...nampak!..mengidam lagi....Teringinnya pisang goreng keju ni adalah berpunca daripada kawan aku si Sidah ni r...ada ke patut dia upload picture pisang goreng keju yang gebus-gebus tu  kat wall FB. Lepastu...yang paling tak boleh blah...aku pulak ter tengok picture tu jam 1.30pg. Tak ke menaya tekak dan perut pada waktu dan ketika itu....Jadinya, terpaksalah aku menahan sehingga keesokan harinya...

 Ha...tengok! sape yang tak kecur tengok picture macam ni memalam buta kan...

Macam biasalah kan...cakaplah dengan ChintaHati nak makan pisang goreng keju ni..Lepastu Sidah pun dah bg arah tuju nak kedai tu. Seperti yang dihajatkan..kami pun pergilah mencari di kampung Pasir Putih...Masuk jew kampung Pasir Putih tu terus nampak kedai nya....Ramai juga yang menunggu...famous amous betul mak cik ni...

Pisang goreng yang ditabur coklat rice, susu pekat manis, serbuk coklat dan keju..nyum2..

 Alhamdulilah...dapat merasa juga =)


Date:18 Disember 2013/ 15 Safar 1435H
Waris Ayah Bonda: 25 weeks 2 days

love,



Monday 16 December 2013

KR:Puding Roti Bakar + Sos Kastard =)

As Salam...


 Terlaksana juga keinginan nak makan puding roti dengan sos kastard time pregy ni.... Oleh kerana aku malas nak cari kat mana-mana tempat yang jual puding ni..jadinya, aku pun buatlah sendiri...

Kat bawah ni aku kongsikan resepi dan cara-caranya ya.. 


Bahan-Bahan Puding
8 keping roti
2 biji telur
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar butter/marjerin (dicairkan)
2 sudu besar kismis
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh esen vanilla
500 ml susu segar

Cara-cara


1. Masukkan telur,gula pasir,susu segar,marjerin dan serbuk kayu manis, esen vanilla, 1 sudu besar kismis dalam satu bekas. Gaul rata semua bahan-bahan diatas.(Aku guna garfu jew....tak payah guna mixer)


2. Masukkan roti yang telah dipotong atau di racik/dikoyak-koyakkan.(Aku suka belah dua,kalau korang nak koyak-koyakkan pun boleh..)
3.Rendam bahan-bahan diatas 5-10 minit.

4. Masukkan bahan-bahan tadi dalam loyang atau mangkuk kaca tahan panas. 
5. Baki kismis 1 sudu besar lagi tabur diatas roti.
6. Bakar 180'C dalam 30 minit.

7.Tadaaaaa... siap dah 

Bahan-Bahan Sos Kastard
1 tin susu cair
1/4 tin air masak (daripada tin susu)
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar tepung kastard

Cara-Cara
1.Masukkan semua bahan-bahan didalam satu periuk
2.Kacau dulu sehingga sebati (Kalau tak dikacau sebati nanti tepung castardnya berketul-ketul)
3.Masak di atas api sederhana.
4.Kacau sehingga mendapat kepekatan yang diingini..

Lepastu bolehlah dihidangkan...Tersangatlah senang nak buat resepi ni... 
Jangan lupa untuk mencuba =)


love,



Risiko dan Bahaya HB Rendah Semasa Hamil & Senarai Kumpulan Makanan Untuk Pekatkan Darah

As Salam~~~

Dua minggu lepas checkup di KK Masai untuk 5 bulan ++ . Macambiasalah..lepas ambil no giliran, tunggu nama di panggil..Masa di makmal untuk cek urine dan HB...terkantoi di situ yew..HB aku rendah..9.8g/dl jew. Lepastu macam biasalah..kenalah dengar nasihat Nurse sebab risiko dan bahaya HB rendah pada baby dan ibu..

Kat bawah ni senarai risiko/kesan Hb rendah dan kepentingan Hb ketika hamil.

RISIKO HB RENDAH:

Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL DAN KESAN PADA BAYI JIKA HB RENDAH:

Kandungan Kurang Dari 5 Bulan
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

Kandungan 5 Bulan ke 7 Bulan
Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

Kandungan 7 Bulan Ke Atas
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. Jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Lepas Nurse dah beri penjelasan panjang lebar ni..Nurse suruh aku tambah quantity vitamin yang aku makan. Pada awalnya..aku makan Iberet Folic sahaja, oleh kerana vitamin ni tak dapat nak menampung untuk kepekatan Hb aku..Nurse suruh makan pil 2 biji pil Iron yang dibekalkan KK.
Selain dibekalkan dengan pil iron ni...Nurse ada bagi senarai makanan yang tinggi kandungan iron. Di bawah ni aku kongsikan senarai makanan mengikut kumpulan makanan...


Sebelum dapat list ni...orang-orang tua selalu suruh makan kerang untuk pekatkan darah kan...Jadinya, lepas dah ada senarai ni..bolehlah aku tukar-tukar menu untuk mengatasi Hb rendah ni.. Tak dalah hari-hari aku kena makan kerang jew kan....(Loya tekak kalau hari-hari kena makan kerang)

#SEMOGA PERKONGSIAN INI DAPAT MEMBANTU MOMMY TO BE DI LUAR SANA =)

love,



Thursday 12 December 2013

Ketahui Jantina Anak:Lelaki @ Perempuan???

As Salam~~~


Tajuk entry yang suspen jew kan....Kat sini aku akan kongsikan petua orang-orang dulu untuk mengetahui jantina anak dalam kandungan ni...Biasalah...dulukan tak da nak scan-scan ni, diorang pun akan buat andaian daripada pengalaman orang-orang yang terdahulu...

Jom kita tengok tanda-tanda hamil anak lelaki atau perempuan...


Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki

  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan

  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur

Kat bawah ni pula kalau ikut Kalender Cina



Bagi aku....ni cuma andaian jew..so janganlah percaya dan taksub sangat yew.. kalau nak tahu bebetul sebelum baby keluar..buat jew Scan 4D..Insyaallah,nampak jantina baby tu...(Inipun kira nasib juga...kadang-kadang babynya sembunyi tak nak bagi nampak dia punya tu...)

Tak kiralah anak itu lelaki atau perempuan..apa yang lagi penting, baby yang bakal lahir itu sihat dan sempurna..Insyaallah,Amin~~~

love,



Wednesday 11 December 2013

Mengidam #5 (Pizza Hut:Cheesy Bites Trio Tempura King Prawn)

As Salam~~~

Daripada bulan lepas ayik tengok iklan Pizza Hut yang baru tu....Bila tengok iklan jew..telan air liur  ni r....Bila dah tak tahan sangat menahan..aku pun suarakan lah isi hati ni kat ChintaHati.Nasib baiklah ChintaHati ikut jew keinginan aku ni... Jadinya, hari Sabtu lepas tertunailah keinginan aku yang sekian lamanya tertangguh....

Sampai jew Jusco,terus pergi Pizza Hut.... Kami oder untuk set 2 orang Cheesy Bites Trio.. Oleh kerana aku tak minum air bikarbonat ..air Mountain Dew tu aku tukar Twister. Lepastu, ChintaHati tambah Roasted Drummets.


Mengikut tekak aku lah kan...daripada 3 jenis cheese yang dihidangkan ni..aku paling suka bahagian yang isi dalamnya keju campuran warna kuning dan putih daripada isi yang dalamnya putih jew...

Seperti biasa...walaupun kami makan ber "tiga" ....kami tetap tak dapat habiskan makanan yang ber set ni. Jadinya kami pun tapawlah sepotong pizza dan 2 ketul drummet yang tak habis ni...

Alhamdulilah...tertunai keinginan nak makan Pizza Hut ni...

Date:11 Disember 2013/ 8 Safar 1434H
Waris Ayah Bonda: 24 weeks 2 days


love,



Tuesday 10 December 2013

Gigi Taring Tom Dah Tanggal!!!!

As Salam~~~

Ha....asyik cerita pasal Waris dan pregnancy jew kan kebelakangan ni..Entry kali ni kita lari tajuk pula. Kalau ada yang masih ingat...anak bulus aku yang namanya Tom yang excident dulu..Kan gigi taring dia terkeluar tak boleh cabut masa operation sebab luka yang besar.... Jadinya, Doktor Fauzan biarkan jew giginya terkeluar.

Selepas dah 4 bulan jadi hantu gigi...semalam aku tengok giginya dah kebawah. Aku dan ChintaHati pun ambik lah si Tom ni....rupa-rupanya gigi dia dah goyang...Apalagi...pegang tangan dan kaki si Tom..terus rentap jew gigi dia tu...Tapi...dua ke tiga kali jugalah usaha kami berdua bergelut dengan si Tom ni...

Dan...jeng jeng jeng.... tanggal juga akhirnya!!!


 Semoga sihat membesar hendaknya lepas ni yew si Tom.....Makin handsome lepas gigi dah tanggal..  =)

love,



Monday 9 December 2013

Checklist/Senarai Keperluan Ibu dan Baby Untuk Dibawa ke Hospital

As Salam~~~


Sebelum ni aku dah senaraikan list keperluan untuk baby kan... Sekarang ni aku nak kongsikan senarai barang-barang yang perlu di bawa ke hospital pula..Persiapan barang-barang ini hendaklah disiapkan seawal 7 bulan.Kalau boleh lepas dah siap packing barang-barang ni terus jew letak dalam kereta.Yelah...mana tahu terberanak awal...Kita kan merancang, tapi Allah S.W.T yang menentukannya...

Ok, jom tengok senarai yang perlu di packing..

BARANG UNTUK BONDA
1)Kad Lawatan Hospital/Buku Pink/Buku Merah
2)Kad Pengenalan
3)Handphone
4)Charger Handphone
5)Baju/Blouse (Yang Boleh Buka Di Hadapan-untuk memudahkan penyusuan)
6)Kain Batik
7)Tudung
8)Stokin Tebal
9)Nursing Bra
10)Panties
11)Toiletries (Ubat Gigi,Berus Gigi,Pencuci Muka,Cecair Mandian)
12)Tuala Mandi & Tuala Muka
13)Maternity Pad
14)Selipar
15)Baju Sejuk (Sweater)
16)Air Selusuh
17)Air Zam-Zam
18)Minyak Angin
19)Makanan&Minuman (Air 3in1,Air Masak,Biskut,Kurma)
20)Termos
21)Bag Plastik untuk Baju Kotor
22)Minyak Angin
23)Majalah

BARANG UNTUK BABY
1)Lampin Pakai Buang(Size Newborn)
2)Baju dan Seluar
3)Barut
4)Bedung
5)Sarung Tangan&Sarung Kaki (Mittens&Booties)
6)Tuala Mandi
7)Minyak Telon
8)Wet Tissue
9)Toiletries
10)Hooded Blanket/Selimut
11)Topi

Daripada pemerhatian aku semasa di bilik saringan Hospital Sultan Ismail, Johor. Bila si isteri dah nak masuk dewan bersalin, nurse akan minta si suami 1 lampin pakai buang, 1 baju lengan panjang dan hooded blanket untuk dibawa masuk ke dalam dewan bersalin. Jadinya...untuk 3 barang ni..aku akan asingkan dalam bag lain untuk memudahkan ChintaHati nanti....

**Ingat yew mommy to be..dah siap packing terus simpan dalam kereta tau ... =)

 love,



Checklist/Senarai Keperluan Baby (Newborn)

As Salam~~~


Ha...kemain lagi tajuk entry kali ni kan...Dalam banyak entry nak buat, entry kali ni lah yang paling excited nak type...Yelaaaa, sebelum ni tengok blog-blog mummy to be yang lain dah mengupdate checklist keperluan baby ni kan...Sekarang time kita lah pula...Setelah diseledik,dikaji,diperhati, dan di timbang kira...Di bawah ni lah senarai yang perlu untuk aku dan Waris nanti...

Tapi...buat masa sekarang ni ..aku masih lagi survey-survey..Ya lah, orang tua-tua cakap kalau nak beli barang-barang baby ni dalam 7 bulan keatas...Kita sebagai anak yang patuh cakap orang tua..ikutkan jelah...So, sekarang ni aku ada masa sebulan untuk mengumpul info tempat dan harga untuk aku beli borong nanti...hahahah.

BABY GEAR/PAKAIAN BABY
1)Baju Harian/Baju Siang/Baju Lengan Pendek
2)Baju Tidur/Baju Lengan Panjang
3)Rompers/Jumpsuit
4)Baju Jalan-Jalan
5)Sarung Tangan&Sarung Kaki/Mittens&Booties
6)Topi/Bonnet
7)Baby Bip
8)Barut
9)Bedung
10)Sapu Tangan

DIAPERING/LAMPIN
1)Napkin
2)Lampin Pakai Buang (Size Newborn)
3)Wet Tissue
4)Changing Mat
5)Detergent Khas untuk Mencuci Pakaian Baby

BABY CARE&GROOMING/PENJAGAAN BABY
1)Bedak Baby
2)Losyen Baby
3)Minyak Baby (Baby Oil)
4)Minyak Telon
5)Vicks
6)Cotton Bud
7)Cotton Balls
8)Pengepit Kuku Baby
9)Diapers Cream
10)Methylated Spirit(Ubat Cuci Pusat-Dibekalkan oleh Hospital)

NURSERING(KEPERLUAN TIDUR BABY)
1)Set Tilam
2)Selimut
3)Katil Baby
4)Kelambu

FEEDING/PENYUSUAN (UNTUK SUSU IBU&SUSU FORMULA)
1)Botol Susu-BPA Free
2)Puting Botol Susu
3)Berus Pembersih Botol
4)Cecair Pencuci Botol
5)Drying Rack
6)Breast Pump
7)Breast Milk Storage
8)Nursing Pillow
9)Nursing Cover
10)Nursing Bra
11)Nursing Pad Washable
12)Termos
13)Botol Air Masak

TRAVELLING
1)Bag Baby
2)Baby Sling/Baby Carrier
3)Stroller
4)Car Seat

BATHING/SET MANDIAN
1)Tuala Baby
2)Besen Mandi (Bath Tub)
3)Toiletries Set (Shampoo&Cecair Mandian Baby)

EXTRA
1)Penyangkut Baju Bulat-Kecil
2)Penyangkut Baju Bulat-Besar
3)Almari/Bakul (Simpan Baju Baby)
4)Bakul (Simpan Toiletries Baby)
5)Bakul Baju Kotor

BERPANTANG(UNTUK BONDA)
1)Set Jamu/Set Berpantang
2)Bengkung
3)Kain Batik
4)Baju Sejuk
5)Selipar Rumah
6)Maternity Pad
7)Pad Biasa
8)Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
9)Minyak Urut
10)Tukang Urut

Ha....Tu jelah senarai keperluan untuk aku dan Waris setakat ni...Tapi tak semualah aku beli..ada juga yang orang bagi.. Duit den tak bertingkek-tingkek..Kenalah budjet-budget juga.

*Waris kat dalam ni duk bergolek sana bergolek sini..cam tahu-tahu jew bonda tengah buat persiapan untuk dia...

Date:9 December 2013/6 Safar1435H
Waris Ayah Bonda : 24 weeks

>>>Checklist/Senarai Keperluan Ibu dan Baby Untuk Dibawa ke Hospital

 love,



Tuesday 3 December 2013

Tendangan Pertama!!!

 As Salam~~~



Yay...... akhirnya!!! Aku dapat merasakan penangan tendangan Waris dalam rahim ni. Kali pertama aku rasa pada malam Sabtu,  23/11/13, (Waris :21 Minggu). Masa tu tak confirm lagi sama ada ini gerakan/tendangan Waris... Jadinya aku pun tak dalah excited sangat. Tapi tersenyum-senyum kambing jugalah bila terasa gerakan tu....

Sekarang ni tiap-tiap hari aku dah merasa gerakan Waris dalam rahim ni... Paling active pada waktu pagi, maghrib dan sebelum aku nak tido.ChintaHati pun tak terkecuali menikmati pengalaman ini bersama. Setiap kali Waris gerak..cepat-cepat aku ambik tangan ChintaHati letak di perut ku ini... Kadang-kadang lepas letak tangan ChintaHati, Waris terus tak gerak...malu-malu pula dengan ayahnya. Tetapi....kekadang terlebih over pula...bila letak jew tangan ChintaHati beberapa kali dia buat tendangan..sampai ayahnya pun terkejut...

Alhamdulilah ya Allah....satu lagi pengalaman terindah tertulis dalam diari kehidupan aku dan ChintaHati.Amin~~~

Date:03 December 2013/29 Muharam 1435H
Waris Ayah Bonda : 23 weeks 1 day

 love,



Monday 2 December 2013

Mendidik Anak Genius Bermula Dari Rahim Ibu

 As Salam~~~

Ketahuilah, pembentukan anak yang genius dan soleh bermula ketika dia berada di alam rahim. Jadi, kehamilan merupakan tempoh penting untuk membolehkan si cilik meniti perkembangan positif.

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.” 
Demikian pandangan kaunselor terkenal, Fadzilah Khamsah. Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu. Panduan berikut mungkin dapat membantu anda merealisasikan harapan yang diimpikan.


1- Pemakanan Sihat - Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi. Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.


2-Banyakkan Ibadat - Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Iisnin dan Khamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran. 


3-Amalkan Membaca Al-Quran - Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, Al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.

Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.

Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.


4-Sentuhan Kasih - Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.

Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.


5-Emosi Terkawal - Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.


6-Muzik Klasik - Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.


7-Latihan Matematik dan Membaca - Dipercayai amalan wanita hamil yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, rajin-rajin lah membuat latihan matematik atau soalan-soalan IQ yang menguji minda untuk merangsang perkembangan otak bayi.


Membaca juga boleh meransang kecerdasan anak. Sama seperti membaca al-Quran, membaca bahan-bahan yang ilmiah membantu melahirkan bayi yang bijak dan pandai.

#Semoga Perkongsian ini bermanfaat untuk kita amalkan  =) 

 love,



Azie + Shahrul

As Salam~~~

Sekilas majlis akad nikah, malam berinai dan sambut menantu Azie & Sharul...

"Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikumaWa jamaah baina kuma fee khair"
Mudah-mudahan Allah memberkatkan bagi kamu berdua, dan Tuhan berkatkan atas kamu daripada langit, dan moga-moga Allah himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan.

 

 love,