Wednesday, 25 December 2013

Kelas Keibu Bapaan oleh KKM

As Salam~~~

Jumaat yang lepas aku dan ChintaHati pergi ke kelas yang telah disediakan oleh KKM untuk ibu bapa yang akan menimang cahaya mata untuk pertama kalinya .Kelas ni boleh datang berseorangan atau berdua dengan suami, pihak klinik akan memberi MC untuk yang bekerja. 

Kelas dijadualkan bermula jam 8.30 pagi... Tapi kami sampai KK Masai  jam 9.00 pagi...Nasib baiklah belum mula lagi. Lepastu, terus daftar kat kaunter...bayar yuran RM10 dan dapat doorgift =).

Isi Doorgift

Jam 9.10 pagi baru kelas bermula.. Sepanjang kelas ni berlangsung, ceramah disampaikan oleh Dr Rohayah bte Abdullah, Pakar Perubatan Keluarga KK Masai. 

Banyak input yang kami terima, Dr Rohayah banyak menyentuh tentang kesihatan ibu ketika dan selepas bersalin. Katanya, ramai yang tak ambik tahu pasal ni..sebab tu tahun 2009 kes ibu meninggal selepas bersalin tinggi. Tapi sekarang...selepas kelas diadakan kes berkurangan...Dalam sesi ceramah ni juga, Dr Rohayah bagi penerangan tentang tumbesaran baby dalam rahim.



Kelas rehat jam 11.30 tengah hari, sebelum sesi makan pagi...kami semua diajar cara-cara periksa jaundice/kuning baby, bersihkan tali pusat baby dan mandikan baby...


Lepastu...sambung balik ceramah...Kali ni ceramah banyak menyentuh tentang penyusuan ibu, keadaan di dalam dewan bersalin dan cara merancang keluarga.

Habis jew ceramah...ada sesi demonstrasi cara-cara nak bersalin dan peranan suami di dewan bersalin nanti...


Ceramah habis jam 12.15 tengah hari. 


love,



No comments:

Post a Comment