Tuesday 19 November 2013

Snek Sihat Untuk Ibu Mengandung

 As Salam~~~

Hari ni nak kongsi sikit pasal snek yang sihat untuk ibu mengandung... Sekarang ni aku dah masuk Trimester k-2, perut ni sentiasa rasa kosong dan mintak diisi. Oleh kerana ini kandungan yang pertama..jadinya, aku rajin lah mengGoogle mencari info tentang pemakanan yang terbaik untuk ibu mengandung ini.
Jadi harini meh kita cerita, snek apa la yang baik untuk ibu mengandung ye?
1. Buah-buahan
- Ha, yang ni memang tak dapat disangkal la, kadang-kadang terasa nak mengunyah kan? dari duk makan coklat ke kek ke apa-apa yang manis la, cuba makan buah, kan ke lebih sihat? sedap pun sedap.(Aku selalu makan epal hijau dan pisang, kadang-kadang beli juga buah delima)

2. Kismis
- Sape suka manis? ha, kismis sesuai lah untuk anda,Kismis ni ada fiber, zat besi dan juga kalium tau. Dan orang kata kismis boleh kuatkan ingatan kan? (Aku makan kismis Anugerah...)
3.Yogurt
- Ok, sapa suka makan yogurt adalah sangat baik. Kenapa? sebab yogurt ada kalsium dan probiotics jugak yang bantu sistem penghadaman anda! (Aku makan Yogurt brand Nestle, peberet flavour>>>Mixed Berries)

4. Baby carrot(Lobak merah)
- Lobak merah ada vitamin A. Vitamin A baik untuk mata, jadi insyaallah anak anda akan mempunyai penglihatan yang jelas bila dilahirkan:)

5. Whole grain cerals
- Sebab wholegrain cereals ada fiber!dan cereal2 sekarang dahn banyak yang difortified dengan asid folik yang sangat penting untuk ibu mengandung. Jadi jom amalkan! (Aku suka makan Koko Krunch & Honey Stars)


nak tahu lebih sila rujuk sini . Ini adalah versi yang telah diedit dan diterjemah ke dalam bahasa melayu.Selamat mencuba!

love,



Happy Anniversary Marriage>>> 2Years Old and Still Counting ^.^

As Salam~~~

Alhamdulilah Ya Rabb...

Sudah 2 tahun aku berumah tangga dengan ChintaHati... Alhamdulilah kerana ulang tahun kedua ini diisi dengan kehadiran Waris yang sedang membesar di dalam rahim aku ini.

(18 sebelas 2011-18 sebelas 2013) 

Oleh kerana, pada siang hari kami bekerja..jadinya kami raikan ulang tahun ini pada malam hari. Kami makan-makan di Senibong jew... lepastu dating kat Bandar JB.


Untuk ChintaHati ;
Selamat Ulang Tahun Imam ku~~~
Moga Panjang Umur Kita Sentiasa Bersama~~
Moga Sampai Jannah Kita Masih Sentiasa Bersama~~
Bersyukur Dalam Setiap Rezeki Yang Kita Ada~~
Sikit Banyak Asal Kita Makan Bersama~~
Harap Terus Menjadi Imam Yang Sentiasa Mencium Ubun ku Sehingga Bila-Bila dan Jemaah-Jemaah yang Akan Datang~~~
Insyaallah~~~
Baby Sayang Abang Sangat-Sangat...


love,



Tuesday 12 November 2013

Checkup / Scan 20 weeks =)

 As Salam~~~

Semalam genap usia Waris 20 minggu. Jadinya...kami ambil keputusan untuk buat checkup dan buat scan sekali...Oleh kerana siangnya kami sibuk bekerja, kami buat scan ni pada waktu malam di Poliklinik Yuslina Pasir Gudang.

Semalam ramai pulak orang kat klinik ni...Adalah hampir 1/2 jam kami tunggu sebelum masuk bilik Doktor. Masuk jew bilik Doktor, terus cakap nak scan baby sebab dah masuk 20 minggu tapi tak dapat rasa baby gerak lagi.

Doktor terus suruh baring atas katil... Masa Doktor letak jew alat untuk scan baby tu..terus nampak si Waris gerak-gerak. Doktor cakap... "tengok tu dia tengah mengunyah" .. ah ah lah..nampak  sangat pergerakan mulut dia tu. Lepastu Doktor terus alih-alihkan alat scan tu ke tangan dan kaki Waris.... bukan main ligat lagi dia bergerak..... ChintaHati tanya "tu waris gerak...rasa tak??? " Aku cakaplah "tak da rasa pun..."

Lepastu, macam biasalah..ukur lilit perut, tangan dan kaki Waris. Dan yang paling awesome sekali dapat dengar degupan jantung Waris...



Doktor cakap...waris masih kecik, sebabtu tak dapat rasa lagi. Tapi keseluruhannya...Waris sihat dan membesar mengikut yang sepatutnya.

Alhamdulilah... semuanya dalam jagaanMu ya Allah.. Semoga dipermudahkan segala urusan kami selepas ini. Amin~~~


Date:12 November 2013/8 Muharam 1435H
Waris Ayah Bonda : 20 weeks 1 day

 love,



Monday 11 November 2013

Bila Boleh Rasa Baby Gerak Dalam Rahim???

As Salam~~~

Bagi yang tengah mengandung anak pertama mesti tertanya-tanya bila boleh rasa gerakan baby dalam perut ni kan.. Sama juga lah situsinya dengan aku sekarang ni...Bila balik kampung tanya kawan dan Kak Teh aku semua cakap dah rasa baby gerak-gerak dalam perut.. Tapi aku tak rasa lagi... Aku pun mulalah risau dan macam-macam persoalan yang terawang-terawang di kepala otak aku ni...  

So, macam biasalah.... aku pun mulalah tanya Mr. Google. Selepas 2-3 artikal aku baca.. baru aku dapat jawapannya. Kesimpulan daripada semua artikal yang aku baca,  biasanya first baby ni memang kita lambat sikit rasa pergerakan baby tu, kita akan mula rasa dari minggu ke 20-24, tapi bila dah anak 2nd and seterusnya mungkin seawal minggu ke 16 kita dah boleh rasa dah.

Legalah sikit lepas baca artikal-artikal ni.. Kat bawah ni aku sertakan aritikal "Kenali Corak Pergerakan Bayi" dari majalah Pa & Ma

Kenali Corak Pergerakan Bayi

Aktiviti bayi iaitu menendang, berguling dan bergoyang yang anda rasai berbeza sepanjang tempoh kehamilan. INTAN JASTINA JAMALUDDIN membantu anda memahami corak pergerakan bayi.
 
Pengalaman merasai bayi berputar, menggeliut, menumbuk, menendang dan tersedu merupakan salah satu daripada fasa kehamilan yang anda lalui. Ada ketikanya anda mungkin gusar tentang pergerakan bayi. Persoalan seperti adakah bayi cukup menendang atau terlalu banyak selalu muncul di minda. Tidak kurang juga ada yang beranggapan bayi mempunyai 2 pasang kaki disebabkan kekerapan dia menendang.
 
Trimester Pertama
Bermula daripada awal usia kehamilan hingga penghujung 3 bulan pertama, trimester awal ini merupakan masa di mana perkembangan pantas dan menakjubkan berlaku. Namun, jangan pula menjangka sebarang pergerakan bayi. Ketika ini, bayi masih terlalu kecil untuk membolehkan anda mengalaminya. Biarpun begitu, di dalam rahim, ketahuilah dia sudah boleh melonjak tetapi sayangnya, anda tidak mungkin dapat merasainya.
 
Trimester Kedua
Pada trimester ini, bayi anda sudah mampu sekurang-kurangnya menghisap ibu jari, menendang dan menghentam. Sesetengah wanita yang terlalu kurus atau yang pernah hamil sebelum ini mungkin boleh merasai pergerakan pertama bayinya seawal bulan ke-4. Namun, kebanyakan wanita tidak perasan atau mengenal pasti sentakan dan pergerakan pantas di mana ia dapat dirasai seperti angin atau kekejangan otot.
 
Pada bulan ke-5 pula, kebanyakan wanita dapat merasai kegelisahan dan rasa gemuruh bayi. Pergerakan bayi akan mula menjadi seperti gerakan akrobatik sebaik sahaja ototnya kuat dan kemahiran motornya berkembang. Namun, dia masih kecil untuk melakukan pergerakan tungging terbalik.
 
Apabila anda mula merasai “karate” pertamanya, jangan panik jika ia berlaku semula selepas beberapa jam. Malah ada juga yang merasainya selepas sehari atau dua. Pada tahap ini, saiz bayi masih kecil. Jadi, adalah normal untuk anda tidak merasai pergerakan yang tetap. Walau bagaimanapun, jika anda tidak merasai sebarang pergerakan sehingga pertengahan bulan ke-5, pastikan doktor yang merawat melakukan ujian imbasan ultra bunyi untuk memantau keadaan bayi.
 
Bayi akan mula banyak bergerak setelah usianya mencecah 6 bulan. Pergerakan kakinya lebih mengikut irama dan anda akan mula perasan tepukan kaki si kecil. Disebabkan kesibukan anda menjalani rutin harian, anda mungkin perasan bahawa bayi lebih aktif sebaik anda beristirehat terutamanya di waktu malam. Malah selepas anda mengambil snek pun, dia menjadi aktif apabila kandungan gula dalam darah memberi tenaga tambahan kepadanya. Antara lain, sewaktu anda berasa gemuruh, pengalaman yang sama dapat dirasai kerana adrenalin memberi kesan yang sama kepada bayi.
 
Trimester Ketiga
Pada usia kandungan 7 bulan, rahim semakin sempit. Namun, bayi masih mempunyai ruang untuk berpusing dan melambung. Dia juga semakin kuat. Jadi, tumbukannya benar-benar boleh membuatkan anda terkejut. Perlu anda ingat! Bayi adalah individu. Corak pergerakannya dengan bayi yang lain adalah berbeza. Jadi, jangan bandingkan pergerakannya dengan bayi dalam kandungan wanita yang lain. Malah, anda jangan tertekan jika bayi kurang aktif.

Berat bayi yang semakin bertambah pada usianya 8 bulan membuatkan ruang dalam rahim semakin sempit. Pergerakan akrobatiknya semakin berkurangan tetapi anda akan tetap boleh merasai dia menggeliang geliut dan berputar. Pada ketika ini juga, anda mungkin boleh merasai tusukan siku dan lututnya.
 
Pada usianya 9 bulan, anda tidak dapat merasai tendangan yang menumbuk-numbuk tetapi lebih kepada senggutan dan sepakan hingga menyentak anda daripada apa sahaja yang sedang anda lakukan ketika hal ini berlaku. Malah, anda mungkin akan mengalami kesakitan setiap kali kaki bayi terkena rusuk anda. Untuk melegakannya, ubah posisi atau miringkan pelvik anda.
 
Pergerakan Di Akhir Kehamilan
Pada minggu-minggu terakhir, bayi akan berada di dalam mangkuk pelvis dan bersiap sedia untuk dilahirkan. Kepala bayi dapat dirasai seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis.
 
Pergerakan Pertama
Kebanyakan wanita akan merasai pengalaman tendangan pertama bayi sekitar minggu ke-13 hingga ke-25. Sesetengahnya dapat merasai bayi bergerak seawal minggu ke-13 hingga ke-16. Pergerakan pertama ini dikenali sebagai quickening. Ia sering digambarkan sebagai getaran. Ia mungkin sukar untuk tentukan sama ada apa yang anda rasai ialah angin atau pergerakan bayi. Namun, lama-kelamaan anda berupaya mengenal pasti corak pergerakannya. Ibu yang pertama kali hamil mungkin tidak dapat merasai pergerakan ini seawal seperti yang dialami oleh ibu hamil beberapa kali. Ketahuilah, ada ibu baru yang langsung tidak berpeluang melalui pengalaman ini sehingga kehamilannya masuk minggu ke-18 hingga ke-20.

Apabila kepala bayi “turun” ke dalam pelvis, anda akan terasa “ringan”, disebabkan kurangnya tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk. Pada peringkat ini, anda tidak lagi merasai pergerakan yang biasa dilakukan bayi. Sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak henti-henti di bawah tulang rusuk sama ada di sebelah kiri atau kanan (dipengaruhi oleh posisi bayi).
 
Carta Tendangan
Kebanyakan wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan. Anda perlu merekod pergerakan bayi sehingga jumlahnya mencecah 10 tendangan. Sebaik-baiknya pada waktu yang sama setiap hari. Carta ini membantu anda memahami pola gerakan bayi. Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, berjumpalah dengan doktor anda dengan segera untuk mengetahui puncanya.


#Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk bakal-bakal ibu di luar sana =)
 

  love,



Wednesday 6 November 2013

Bila dan Tujuan Sebenar Ujian Ultrasound Dilakukan.

As Salam~~


Sebelum ni ramai yang beranggapan bahawa ujian ultrasound ketika hamil dilakukan adalah untuk melihat jantina anak di dalam kandungan. Oleh itu, di sini aku sertakan artikel bila dan tujuan sebenar ujian ultrasound ketika hamil ini perlu dilakukan.

UJIAN IMBASAN BUKAN SEKADAR TAHU JANTINA BAYI.
Tujuan utama ujian imbasan dilakukan adalah untuk meneliti kesihatan janin. Ujian ini dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tempoh kehamilan. Bagaimanapun, dua ujian imbasan sudah memadai jika tiada apa-apa masalah berbangkit. Ujian ini digalakkan untuk dilakukan sebelum minggu ke-12 dan minggu ke-18 hingga ke-24. 

Imbasan awal ( 5-10 minggu )

Mengesahkan usia janin setelah ujian air kencing dibuat. 
Mengesan punca kesakitan dibahagian pelvik dan seterusnya mengesahkan jika terjadinya kandungan luar rahim

Imbasan Tengkuk ( 11 hingga 13 Minggu )
Tempoh masa yang sesuai untuk mengukur translusen nukal dan tulang hidung. Gelombang bunyi yang timbul pada nukal dan keadaan tulang hidung boleh mengesahkan samaada bayi mengalami sindrom down atau sebaliknya.

Imbasan Anamoli Teliti ( 18-24 minggu )

Meliputi imbasan kepala, otak, muka, tulang belakang, jantung, dada, abdomen, buah pinggang, tangan dan kaki. Ketika ini masalah spina bifida, bibir sumbing dan jantung berlubang dapat dikesan.

Imbasan Kesihatan Keseluruhan ( 30-40 minggu )
Pada peringkat ini ujian imbasan dilakukan bagi meneliti kedudukan bayi, placenta, menilai pertumbuhan bayi, isipadu air ketuban dan sebagainya.
Waktu terbaik ujian adalah pada minggu 30 - 32 kerana kebanyakkan masalah perkembangan bayi berlaku semasa trimster ke 3.Waallahualam....

SUMBER : MINGGUAN WANITA BIL.1559


# Jadinya, lepas ni bolehlah kita menyusun jadual dan buat appointment dengan klinik berhampiran untuk buat ujian ultrasound seperti yang dijadualkan diatas. Jika boleh...pergilah bersama suami. Di klinik nanti  bolehlah suami melihat dan mengetahui sendiri bagaimana keadaan zuriatnya di dalam kandungan kita =) . 


 love,



Tuesday 5 November 2013

Happy Anniversary Relationship >>> 11th Years Old and Still Counting =)

As Salam~~~

Alhamdulilah...Jam 6.45 petang tadi genap usia perhubungan aku dan ChintaHati 11 tahun. Ya!!! 11 tahun sudah...Kononya dulu ChintaHati usha-usha jew....Aku pun melayan jew..yelah, usia remaja...semua rasa nak mencuba. Tengok orang couple, kita pun nak couple... 

Banyak halangan dan dugaan yang kami tempuhi sepanjang 11 tahun hubungan ini terjalin.....Tapi Alhamdulilah hubungan "cinta monyet" berakhir dengan lafaz "aku terima nikah nya..."

Untuk ChintaHati;

Terima kasih Sayang kerana menerima kelebihan dan kekurangan diri ini.
Terima kasih Sayang kerana tidak pernah jemu melayan kerenah diri ini.
Terima kasih Sayang kerana melengkapi kekurangan Baby dengan kelebihan Sayang .
Terima kasih kerana sentiasa menjaga Baby.
Terima kasih kerana sentiasa menyayangi Baby.
Terima kasih Sayang untuk segalanya =)

Love Sayang manyak2 =)
Baby



 love,



Salam Maal Hijrah 1435 H

As Salam~~~


Salam Maal Hijrah 1435 Hijrah. Semoga tahun yang mendatang ini kita berhijrah menjadi khalifah yang lebih baik dan soleh/soleha. Berhijrah menuju Jannah...Insyaallah

moga kita sama2 solat 5 waktu sekurang2nya, 
moga kita makin rajin capai quran kita, 
moga kita berkejar membuat kebaikan, 
moga kita seronok mencari syurga dalam segerombolan. 
selamat berhijrah ke arah yang lebih elok. 
walau tak nampak dek mata orang--
kita lebih tahu kita bagaimana. perlahan2lah. 
yang penting terus usaha. 
salam maal hijrah, sekalian yang aku sayang. baik yang kenal atau tidak.
baik yang suka mau pun yang tidak. 
kita semua nyawa x tentu tempohnya. 
selagi sempat-- hijrah. salam alaik. :)
remember--
the only person you need to beat-- is the yesterday you. :)

C&P instagram Fynn Jamal

love,