As Salam~~~
Semalam genap usia Waris 20 minggu. Jadinya...kami ambil keputusan untuk buat checkup dan buat scan sekali...Oleh kerana siangnya kami sibuk bekerja, kami buat scan ni pada waktu malam di Poliklinik Yuslina Pasir Gudang.
Semalam ramai pulak orang kat klinik ni...Adalah hampir 1/2 jam kami tunggu sebelum masuk bilik Doktor. Masuk jew bilik Doktor, terus cakap nak scan baby sebab dah masuk 20 minggu tapi tak dapat rasa baby gerak lagi.
Doktor terus suruh baring atas katil... Masa Doktor letak jew alat untuk scan baby tu..terus nampak si Waris gerak-gerak. Doktor cakap... "tengok tu dia tengah mengunyah" .. ah ah lah..nampak sangat pergerakan mulut dia tu. Lepastu Doktor terus alih-alihkan alat scan tu ke tangan dan kaki Waris.... bukan main ligat lagi dia bergerak..... ChintaHati tanya "tu waris gerak...rasa tak??? " Aku cakaplah "tak da rasa pun..."
Lepastu, macam biasalah..ukur lilit perut, tangan dan kaki Waris. Dan yang paling awesome sekali dapat dengar degupan jantung Waris...
Doktor cakap...waris masih kecik, sebabtu tak dapat rasa lagi. Tapi keseluruhannya...Waris sihat dan membesar mengikut yang sepatutnya.
Alhamdulilah... semuanya dalam jagaanMu ya Allah.. Semoga dipermudahkan segala urusan kami selepas ini. Amin~~~
Date:12 November 2013/8 Muharam 1435H
Waris Ayah Bonda : 20 weeks 1 day
love,
No comments:
Post a Comment