Showing posts with label 3rd Trimester. Show all posts
Showing posts with label 3rd Trimester. Show all posts

Monday, 17 March 2014

Maternity Shoot Waris Rino =))

As Salam~~~

Yay....akhirnya tercapai juga impian untuk abadikan kenangan ketika mengandung Waris Rino yang pertama ni(eh2..macam dah rancang untuk ke2 dan k3 pula kan...hahaha). Sebenarnya kami dah rancang untuk ambil maternity shoot ni dari 1st trimester lagi... Alhamdulilah, Allah perkenankan hajat kami =) .

Untuk maternity shoot ni kami ambil di pantai Batu Layar, Kota Tinggi. Aku dan ChintaHati memang suka sangat dengan pantai...daripada gambar pre wedding, gambar outdoor wedding sehinggalah gambar maternity shoot ni...semuanya kat pantai (honeymoon kami pun di pantai tau...). Nampak tak taksubnya kami dengan pantai..hahahha

Ok, jom layan gambar-gambar maternity shoot kami =)









Untuk dapatkan gambar-gambar yang ohsem dan cantik cenggini (masuk bakul angkat sendiri pula)... boleh lah tempah dengan Drenjis Photography & Design =)


love,



Tuesday, 11 March 2014

Cara Menguruskan Uri/Tembuni Menurut Islam

As Salam~~~

Dalam waktu menunggu hari ni... aku cari lagi info persediaan untuk menyambut kedatangan Waris nanti... Kali ni aku akan kongsikan cara-cara menguruskan uri/tembuni.



Uri   
- Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
- Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi. 
-Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik. 
- Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Hukum Menanam Uri Adalah HARUS. (JAKIM) 
- Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
- Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
- Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

Cara Menguruskan Uri 
1)      Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2)      Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah.  Jangan guna sabun/shampoo.
3)      Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4)      Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5)      Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6)      Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7)      Letakkan dalam plastik mudah reput seperti plastic tesco, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.
8)      Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9)      Gali tanah sedalam mungkin,  agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
10)   Baca Bismillahirahmannirrahim  dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbusla.
11)   Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan  surau/masjid.
12)   Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13)   Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.
 
*Kalau boleh, biarlan suami yang uruskan uri/tembuni ni =)

love,



Thursday, 6 March 2014

Kencing Kotor Ketika Hamil

As Salam~~~

Kencing kotor ketika hamil??? Aku rasa... ramai juga para ibu hamil yang mengalami situasi ini. Aku salah seorangnya lah kan... Dah nak-nak due ni pula boleh terkena. Aish....memang menimbulkan  kerisauan betul lah kan. Aku dapat detect ni pun sebab semalam ada pemeriksaan kandungan 9 bulan di KK Masai.

Bila masuk bilik doktor, patutnya aku yang tanya...kenapa boleh terjadi kencing kotor ni..sebab aku memang tak ada masalah keputihan langsung sepanjang kehamilan ni.Tapi, ni sebaliknya pula..Doktor tu yang tanya kenapa aku kena kencing kotor. Boleh pula gitu kan... Kesudahannya, doktor bagi aku ubat antibiotik untuk atasi masalah ni dan aku juga diarahkan untuk jalani pemeriksaan semula pada minggu berikutnya.

Dan...seperti biasa, balik jew dari KK Masai, aku pun terus lah meng Google pasal kencing kotor ni.. Kadang-kadang info kat internet lagi senang dapat dan faham dari bertanya dengan doktor depan mata ni.

Kat bawah ni aku kongsikan info yang aku dapat daripada  blog Dr Zubaidi.



Apa itu kencing kotor ??

Urinary Tract Infection (UTI) a.k.a Jangkitan Kuman Di saluran Kencing
Jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing uterer (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra (yang menguhubungkan pundi kencing keluar tubuh)
 
Siapa yang mudah dijangkiti ?? 
 
Wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor kerana mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus berbanding lelaki. 
 
Wanita hamil dan Kencing kotor

Perubahan hormon dikalangan wanita yang hamil selain urethra pendek juga antara sebab mudahnya wanita hamil terkena jangkitan ini.
 
Tahap kandungan hormon yang tinggi ketika hamil, menyebabkan kekuatan otot saluran kencing uterer dan pundi kencing bertambah lemah menyebabkan ianya bertambah merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
 
Pada masa yang sama, rahim juga semakin membesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebakan pergerakkan air kencing tersekat. Bila otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing, ini akan memudahkan kuman di pundi kencing membiak.
 
Selain itu, kuman bakteria mudah membiak di kalangan wanita hamil kerana air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula (akibat perubahan hormon). Atas sebab faktor2 ini lah wanita hamil lebih mudah dijangkiti ‘kencing kotor’.
 
Komplikasi kepada masalah ini adalah jangkitan kuman pada buah pinggang (dinamakan pylonephritis) dan boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian. Bayi dalam rahim juga mengalami kesan yang teruk jika si ibu mengalami komplikasi ini antaranya risiko kelahiran awal dan bayi yg dilahirkan tidak cukup berat. 
 
Simptom Kencing Kotor
  1. Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak. ~ADA~
  2. Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil. ~TAK ADA~
  3. Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk. ~TAK ADA~
  4. Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen. ~TAK ADA~
  5. Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks. ~TAK ADA~
  6. Demam dan seram sejuk. ~TAK ADA~
Rawatan Susulan

Jika ada tanda kuman di dalam air kencing, maka antibiotik harus diberikan walaupun ketika hamil. Antibiotik tertentu selamat dimakan dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi yang dikandung.

Makanlah sehingga habis ubat antibiotic yang diberikan, selalunya untuk tempoh seminggu walaupun demam dan sakit perutnya sudah berkurangan. Minum banyak air akan membantu mengeluarkan kuman yang terdapat dalam pundi atau air kencing (flush out the bladder).

Apabila sudah tamat, buatlah pemeriksaan semula air kencing bagi memastikan tiada lagi jangkitan kuman. Jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan kuman, doktor akan memberikan antibiotic yang lain. Jika ianya bertambah parah (pesakit mendapat demam yang tinggi dan menggigil) pemeriksaan lanjut harus dilakukan di hospital

Pencegahan Kencing Kotor
  1. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. ~DONE~
  2. Terus buang air kecil jika terasa berbuat demikian.Menangguhkan pembuangan air kencing menggalakkan pembiakan bakteria. ~DONE~
  3. Menjaga kebersihan diri. ~DONE~
  4. Wanita hamil digalakkan memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas dan longgar. ~DONE~
  5. Buang air sebelum dan selepas berbuat seks bersama suami ~DONE~
  6. Tukar tuala wanita atau seluar dalam sekerap mungkin ~DONE~
  7. Kurangkan makan makanan manis atau air yang mengandungi kaffein ~DONE~
  8. Mengambil vitamin c,beta-ceratin,dan zinc untuk membantu melawan kuman. ~DONE~
Aku harap masalah ini dapat diatasi sebelum kelahiran Waris...dan berharap sangat yang masalah ini tidak memberi sebarang kesan pada kesihatan Waris di dalam rahim ni.. Insyaallah, Amin~~~


love,



Monday, 3 March 2014

Amalan Sunnah Ketika Menyambut Kelahiran Bayi

As Salam~~~

Selain menambah info untuk bersalin nanti...aku juga mencari ilmu-ilmu untuk menyambut kelahiran Waris nanti... Antara perkara yang aku menitik beratkan adalah perkara-perkara yang wajib dan sunnah yang perlu dilakukan untuk menyambut kelahiran Waris nanti. Di bawah ini aku kongsikan ilmu tentang perkara-perkara sunnah yang perlu dilakukan ketika menyambut kelahiran bayi =) 



 AMALAN SUNNAH KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI

1. AZAN DAN IQAMAT
Sejurus selepas kelahiran anak, si bapa atau walinya disunatkan untuk memperdengarkan bacaan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anak. 

:- Ini berdasarkan sepotong hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi menyatakan yang nabi berbuat demikian ketika kelahiran cucu baginda Al-Hasan bin Ali.

2. TAHNIK
Tahnik digalakkan selepas anak itu dilahirkan. Caranya ialah dengan mengunyah tamar, lalu diletakkan tamar yang sudah lumat dikunyah itu ke hujung jari, dimasukkan perlahan-lahan ke mulut anak, dan diratai tamar tadi ke seluruh bahagian dalam mulut anak tadi terutamanya di lelangit. Ketika ketiadaan tamar, bolehlah digantikan dengan apa jua makanan lembut yang manis.

:- Hikmahnya ialah untuk menguatkan urat mulut bayi serta menggalakkannya untuk minum susu ibu. Digalakkan tahnik itu dilakukan oleh orang yang soleh supaya berlaku aliran barakah. Pengulangan tahnik oleh beberapa orang di masa yang berbeza juga tidak menjadi halangan.

3. MENCUKUR RAMBUT
Sunat dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian ditimbang rambut tersebut dan disedekahkan nilai beratnya berbanding perak kepada faqir miskin. 

Satu perkara yang perlu diberi perhatian ketika menggunting rambut anak ialah larangan qaza’. Qaza’ bermaksud mencukur atau memendekkan sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian yang lain panjang. Contoh qaza’ ialah rambut punk.

:- Ada dua hikmah galakan mencukur rambut bayi. Pertamanya, untuk menguatkan kepala si anak, dengan cara membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan panca indera berhampiran. Keduanya, ialah hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling bantu-membantu kepada yang memerlukan.

4. MEMBERIKAN NAMA
Ibu dan bapa disunatkan memberikan nama anak sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh.

Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan makna yang baik. Antara cadangannya ialah berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:

Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.

Diharamkan memberi nama anak dengan nama hamba selain Allah, seperti Abdul Nabiy. Haram juga memberikan nama Allah tanpa didahulukan Abdul sebelumnya. Begitu juga memberikan nama yang buruk maknanya. Dimakruhkan memberi nama anak sempena orang Islam terkenal yang fasiq.

5. AQIQAH
Majoriti ulamak termasuk mazhab Shafie menggalakkannya (sunat). Majoriti ulamak menyatakan untuk anak lelaki, dua ekor kambing, sementara anak perempuan seekor kambing.

Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu. Sunat hukumnya aqiqah ini tertakluk kepada kemampuan. Sekiranya kemampuan itu sampai ketika usia dewasa, maka pahala galakan aqiqah akan tetap diperolehi.

6. KHITAN / SUNAT
Di dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi anak lelaki. Imam Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan. Mengenai waktu berkhitan, digalakkan untuk melakukannya sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran. Akan tetapi ianya boleh dilaksanakan sehinggalah ke umur mukallaf. Berkhitan mempunya hikmah yang pelbagai, antaranya ialah sebagai tanda keseriusan Islam terhadap kesuci
an anak.


love,



Cara Meneran Semasa Bersalin

As Salam~~~

Hari ni genap kandungan aku 36 minggu (9 bulan). Ini bermakna...bila-bila masa sahaja aku akan bersalin. Jadinya...semakin keraplah aku membaca info-info untuk bersalin nanti.. Kat bawah ni aku kongsikan cara meneran ketika hendak bersalin nanti...

CARA MENERAN SEMASA BERSALIN

1. Angkat kepala dagu cecah dada.

2. Mata pandang perut

3. Tangan pegang bahagian kaki yang berhampiran buku lali

4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat

5. Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung, kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina

6.Tarik nafas sedalam yg boleh dan teran macam nak buang air besar tanpa blow nafas anda..teran sekuat yg terdaya selama yg boleh n curi nafas then sambung teran..tiap kontraksi try 3kali...time kontraksi je push sbb time tu bby pun gerak sama so jgn buang ms ada kontraksi terus push mcm cara2 td..xde kontraksi,relax...

7. Baca bismilah dan selawat

 Tips tambahan: Kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.Bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan =) 

Date:3 March 2014/ 1 J'Awal 1435H
Waris Ayah Bonda: 36 weeks


love,



Friday, 21 February 2014

Sarung Tilam Waris Dah Siap ;)

As Salam~~~

Minggu lepas aku dan ChintaHati balik kampung...tetahu jew sarung tilam dan bantal Waris dah siap. Uda siap buatkan extra bantal mucuk untuk Waris lagi...Untunglah awak Waris..belum keluar dah dapat hadiah.... 

Untuk sarung tilam ni kainnya aku beli kat Jakel Bandar Baru Uda. Mulanya.....aku nak kain warna merah polka dot. Tapi....cari punya cari...tak jumpa pula. So, dengan dukacitanya terpaksalah aku ikut pilihan ChintaHati untuk memilih corak jalur-jalur dan biru polka dot ni. 

Tapi... bila dah siap, cantik pula tengok...kira ok lah kan daripada tak da.... (ayat nak sedapkan hati sendiri...)


Date:21 February 2014/ 21 R'Akhir 1435H
Waris Ayah Bonda: 34 weeks 4 days


love,



Saturday, 15 February 2014

Sticker Label Untuk Robok Waris ;)

As Salam~~~

Ni namanya kerja orang yang terlebih rajin...hahahah. Sebenarnya, sesaja jew aku buatkan sticker label ni untuk ditampal di robok Waris nanti. Sticker ni bukan sahaja untuk penyeri robok Waris...tetapi juga untuk memudahkan aku dan ChintaHati malah orang lain untuk ambil barang dekat robok Waris nanti...Nanti takdalah tercari-carikan barangnya kan.....

   **Robok=Almari Pakaian

Date:15 February 2014/ 15 R'Akhir 1435H
Waris Ayah Bonda: 33 weeks 5 days


 love,



Thursday, 13 February 2014

Bag Waris & Bonda ke Hospital dah Siap !!!

As Salam...

Akhirnya....siap juga aku packing semua barang-barang keperluan aku dan Waris untuk ke hospital. Pada awalnya...memanglah berkobar-kobar nak siapkan. Tapi banyak sangat kekangan...jadinya, minggu lepas baru siap semua.

Alhamdulilah...semuanya dah siap. Lepasni aku dah bolehlah tarik nafas panjang-panjang. ChintaHati pun dah boleh tarik nafas lega...kalau tak, dia pun bising..sebab tak siapkan lagi barang-barang nak bawak pergi hospital. Yalah...anak pertama, semuanya kalut dan excited semacam =) . 

Aku siapkan 3 bag...bag Waris, bag aku dan bag keperluan lain. Nampak macam banyakkan....tapi bagi aku, biar lebih..jangan nanti kat hospital memacam tak cukup....

Buku pink, IC, Handphone dan Power bank memang aku dah siap-siap letak dalam hand bag. Jadinya..takdalah dalam gambar ni .....



 Lepasni boleh lah persiapkan mental dan fizikal pula ;)

Date:13 February 2014/ 13 R'Akhir 1435H
Waris Ayah Bonda: 33 weeks 3 days


love,



Thursday, 6 February 2014

Teknik Pernafasan Ketika Hendak Bersalin

As Salam~~~

 Untuk menambahkan persediaan dan keyakinan diri untuk bersalin nanti, aku mengambil tahu dan mempelajari teknik pernafasan ketika hendak bersalin nanti. Sebenarnya masa kelas keibu bapaan masa tu Nurse ada ajar....tapi tak dalah secara terperinci. Jadinya kenalah rajinkan diri ini meng Google ilmu ini...

Ok, kat bawah ni aku kongsikan teknik nya ya...

1. Masa kita rasa start nak sakit. ( awal-awal la )
Time ni kita tarik nafas dalam-dalam ikut hidung, then keluarkan nafas ikut mulut.

2. Then bila dah rasa kontraksi makin kerap and semakin sakit
Time tu cuba tarik nafas pendek and cepat then lepas. Pendek-pendek je. Tarik nafas pendek ikut mulut, lepas pun ikut mulut.

3. Bila rasa macam nak meneran tetapi belum tiba masanya lagi.
Time ni tarik nafas 2 kali terus ikut hidung, then keluarkan ikut mulut. Tarik nafas and hembuskan tu pendek-pendek je. Ala-ala ‘sniff’, ‘sniff’, ‘fuhhhh’. Bila takde rasa nak meneran, hembuskan nafas yang lembut and macam biasa.

4. Bila tiba masa meneran
Time ni cara pernafasan dia adalah tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, sebab oksigen masuk lagi banyak ikut mulut compare ikut hidung.. Then baru push sambil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya baby tak tersekat dan betul-betul keluar.

Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik nafas semula. Ini bagi mengelakkan bayi masuk ke dalam semula. Time meneran tu dua-dua tangan pegang pada buku lali then masa meneran tu, kita tengok perut kita masa angkat kepala dan dagu cecah dada. Ini untuk elakkan dari kita angkat punggung.
  
Posisi suami ketika saat-saat isteri nak meneran pula:-

Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)

#Lepasni dah bolehlah berlatih teknik pernafasan ni.. harap semuanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T.Insyaallah, Amin~~~

Date:6 February 2014/ 6 R'Akhir 1435H
Waris Ayah Bonda: 32 weeks 3 days

love,



Cara Suami Buatkan Air Selusuh Untuk Memudahkan Isteri Ketika Bersalin.

As Salam~~~

Bila dah masuk 3rd Trimester ni...makin ligat kepala ni memikirkan persediaan untuk bersalin nanti. Antara persediaan yang aku buat ialah meminta ChintaHati menyediakan air selusuh... Ok, kat bawah ni aku bagi info dan cara-cara untuk buat air selusuh...

Apa itu Air Selusuh
Air Selusuh merupakan air untuk memudahkan dan melancarkan wanita ketika waktu hendak bersalin.

Apakah Hukumnya?
Jika air itu digunakan sebagai IKHTIAR atau lebih jelas sebagai ubat maka hukumnya HARUS dengan syarat air itu tidak bercanggah dengan Islam seperti dibacakan pada air itu ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa. Jika air itu bercampur dengan jampi-jampi karut yang menyesatkan maka hukumnya menjadi HARAM.

Apakah Dalilnya?
Firman Allah :

'Kami turunkan ayat-ayat Al-Quran adalah untuk digunakan sebagai penawar dan pembawa rahmat kepada orang-orang beriman'
-Surah Al-Isra', Juzuk 15-

Bahan-Bahan
Air Kosong (Lebih bagus jika gunakan Air Zam Zam...)
:- Oleh kerana Mak baru balik Umrah, rezeki aku lah dapat buat air selusuh ni guna Air Zam Zam =) 

 Kaedah Pengubatan
Suami tercinta haruslah membaca rangkaian ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa dibawah ini...Sebaiknya minum air ini ketika saat nak bersalin....Boleh juga disapu pada perut isteri, sebaiknya selepas Asar sambil berdoa agar dipermudahkan urusan bersalin..Insyaallah~~~

Ayat Al-Quran dan Doa-Doa yang perlu Di Baca

1)Surah Al-Fatihah

2)Selawat Syifa
Ya Allah, berilah rahmat keatas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberikan kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

3)Surah Al-Hashr : Ayat 21-24

4)Doa Selusuh

Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

 5)Surah Al-Insyiqaq : Ayat 4-5

 dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya menjadi kosong (4)
dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh (5)

6)Surah An-Nazi'at : Ayat 46
Pada hari ketika mereka melihat kiamat itu(kerana suasanya hebat), mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar sahaja) tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari. 


7)Doa Selusuh (Ulang)


8)Doa Pemudah

"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin "


**Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk mommy to be di luar sana ;)


Date:3 February 2014/ 3 R'Akhir 1435H
Waris Ayah Bonda: 32 weeks
 



love,