Tuesday 30 April 2013

Online Shopping^.^

As Salam~~~

Maggie Shawl

Buku Jurnal Inspirasi Diri

Azalea Dress 25th Batch

 Keira Inner Neck

Ha....tengok kat atas tu..semua beli online dalam masa seminggu!!!..hahahahah. Semua barang yang dapat sangat memuaskan hati...Aku memang kerap bershopping online ni..yelah, kadang2 tak ada masa nak merayau kesemua tempat untuk shopping. Lagipun, kedai2 online yang aku shopping ni sangat mesra pelanggan , memberi feedback yang cepat dan barang sampai on time!!!. 

Di bawah ni aku kongsikan kelebihan dan keburukan bershopping online ni..jom cek..


Kebaikan :
1. Menjimatkan masa
Ia bukan sahaja menjimatkan duit , malah ia juga menjimatkan masa . Jadi kita tidak perlu bersesak-sesak di jalanraya mahupun di dalam pusat membeli-belah itu sendiri.

2. Lebih relexs dan tenang
Walaupun kita mengambil masa berjam-jam sekali pun untuk memilih barangan mana yang kita mahukan, tiada siapa pon yang akan pedulik dan membebel pada kita. Jadi kita dapat membeli dengan suasana yang lebih relex dan tenang.

3. Lebih murah & berbaloi
Ada sesetengah orang berpendapat. Membeli belah di alam maya lebih murah dan berbaloi. Ini kerana, kita tidak akan di kenakan sebarang tax dan extra charge. Jadi, tidak hairanlah mengapa ia menjadi pilihan orang ramai.

Keburukan :
1. Kabur dengan kualiti barang
Kadangkala, barang yang di jual di alam maya tidak tentu kualitinya. Ada kemungkinan juga kita sangkakan original tapi sebenarnya ia adalah barangan tiruan. Jadi, sukar untuk di tentukan apakah kualiti barang yang kita beli di alam maya.

2. Gambar vs Realiti
Ada kalanya kita akan tertipu dengan gambar-gambar barangan yang dijual. Mungkin kita akan mengalami situasi di mana barang yang kita langgani itu tidak secantik barang yang ada di dalam gambar yang kita lihat.

3. Tertipu dengan si penjual
Tidak di nafikan, ada kemungkinan jika kita tidak pandai memilih butik online, kemungkinan kita boleh tertipu dan ditipu dengan si penjual yang tidak bertanggungjawab. Pekara ini sering terjadi sebenarnya. Jadi hati-hati ya ketika membeli!

Ha....jangan tertipu ya. Tak semua kedai2 online ni pemiliknya bertanggungjawab. Jadi di bawah ni aku sediakan TIPS dan PANDUAN membeli online ni ...

1. Status Penjual  
Sila pastikan kita semak terlebih dahulu status penjual sama ada masih lagi aktif ataupun tidak lagi. Juga pastikan penjual memaparkan maklumat mereka seperti nama penjual, no telefon untuk dihubungi ataupun alamat tempat mereka berniaga. 

2. Komen-komen, Feedback ataupun Ulasan 
Sila baca komen-komen, feedback ataupun ulasan yang diberikan oleh pelanggan kepada penjual sebelum ini. Samada ianya ulasan yang memuaskan atau tidak. 

3. Pilih Dengan Bijak & Bandingkan Harga 
Buat pilihan dengan bijak & bandingkan harga sebelum membeli. Layari laman-laman web yang lain untuk tahu harga terkini barangan yang ingin kita beli

4. Tracking ID 
Setelah urusan membeli selesai, sila pastikan penjual memberi Tracking ID untuk rujukan . Ianya memudahkan untuk kita mengesan barangan.

5. Resit atau Bukti Pembayaran 
Akhir sekali sila simpan resit ataupun bukti pembayaran untuk kegunaan menebus kembali barangan yang kita beli jika terdapat kerosakan ataupun kesilapan.

SELAMAT BERSHOPPING ONLINE ^_^

love,

Monday 29 April 2013

KR:Kek Coklat Kukus Lapis Cheese + Topping Choc Ganache =)

As Salam ~~~


Yay...akhirnya dapat juga buatkan dessert untuk ChintaHati setelah sekian lama mixer itu tidak berpusing..hahahah

Ok....hari ni aku nak berkongsi satu resepi favaret kami...Aku suka coklat, ChintaHati suka Cheese..Bila digabungkan..nyum2 sangat!!! ..Ok jom tengok resepi nya ;)

*Mula2 siapkan adunan cheese dulu..

Cream Cheese 

Bahan 2: 
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sudu besar tepung gandum

Cara2 : 
Satukan bahan-bahan dan blend hingga sebati.Letak tepi dulu

*Lepastu siapkan bancuhan adunan coklat pulak.Sebelum nak mulakan adunan kek coklat ni..bolehlah menenggek pengukus diatas dapur untuk panaskan airnya... 

 
Kek Coklat Kukus

Bahan2 :
Bahan A :
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair - aku tukar susu segar
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

Semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Bahan C :
4 biji telur -pukul guna garfu sahaja

Cara2 :
Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk aje.

*Bila kedua2 adunan dah siap bolehlah start mengukus.
Mula2 masukkan adunan kek coklat di dalam bekas plastik/loyang, suku bekas sahaja...kukus selama 15 minit 
Selepas itu masukkan adunan cheese semuanya ya...kukus lagi selama 10 minit.
Last sekali masukkan baki adunan kek coklat dan kukus lagi selama 15 minit atau sehingga masak... 

*Sementara tunggu kek masak..bolehlah buat choc ganache..

Topping Choc Ganache. 
 
Bahan2 :
200 grm coklat masakan 
100 ml susu cair @ 150 ml whipp. cream (guna salah satu)
1sdt butter

Cara2 :
1.Double boiler susu bersama coklat masakan.
2.Dah agak cair tu tutup api dan kacau2 lagi bg larut semua coklat..
3.Masukkan butter dan kacau sebati
4.Biarkan seketika... 

*Setelah kek sejuk dan diletakkan diatas pinggan..boleh lah tuang coklat ganache yang telah siap...dan boleh dihidangkan =)



SELAMAT MENCUBA!!!

#kalau ada yang xpaham boleh tanya =)

love,

Thursday 25 April 2013

Perebutan Kawasan!!!

As Salam~~~

Perebutan kawasan (dalam tudung saji jew sebenarnya) antara si cemok dan si cinonet....


kawasan sekarang di miliki oleh si cinonet!!!

kawasan direbut oleh si cemok

si cemok semakin mengganas merebut kawasan dan menendang-nendang si cinonet

si cinonet hampir terkeluar dari kawasan!!!

akhirnya!!! kawasan dikuasai oleh si cemok sekarang!!!

 # begitulah pengakhirannya....yang besar dan kuat lebih BERKUASA...hahahaha


love,

Wednesday 24 April 2013

Fenomena Gwiyomi ^.^

As Salam~~~

Hebat betul penangan lagu Gwiyomi dari korea sekarang ini. Lagu ni aku boleh terimalah...daripada lagu Gangnam Style dan Harlem Shake tu kan..Untuk lagu Gwiyomi ni pun masing2 nak buat parody di youtube. Tak terkecuali juga orang2 Malaysia...Ok, sebelum kita scroll kebawah melihat parody Gwiyomi ini.Kita tengok dulu serba sedikit tentang lagu Gwiyomi =) .
  • Maksud Gwiyomi : Gwiyomi / Kiyomi bermaksud comel 
  • Penyanyi Asal : Lagu asal dinyanyikan oleh penyanyi Korea bernama Hari dan pergerakkan jari dicipta oleh Jung Ilhoon ahli band boy Korea, BtoB . 
  • Maksud Lagu Gwiyomi Bahasa Inggeris :
Over a chocolate muffin
Waiting for a cup of savory milk
Oppa and I sit facing each other
And scribble on each other’s hands
Don’t look at other girls
No matter what they say
You’re mine (You’re mine)
Don’t even talk to other girls
I’m yours (I’m yours)
Please pinky promise me
That you’ll never leave me alone
1 plus 1 equals Kiyomi
2 plus 2 equals Kiyomi
3 plus 3 equals Kiyomi
Ki- Ki- Kiyomi, Ki- Ki- Kiyomi
4 plus 4 equals Kiyomi too
5 plus 5 equals Kiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Kiyomi
I’m Kiyomi
#Enjoy the video
 Gwiyomi Malaysia yang cute =)



Gwiyomi Korea & Thai yang cute =)



#untuk simpanan peribadi juga ni...nanti ada anak boleh nyanyi bersama..hahahah

love,

Tuesday 23 April 2013

Pakaian Longgar = Nampak Tua???

As Salam~~~

Aku tertarik untuk berkongsi satu pengalaman 'mereka' menegur cara aku berpakaian...

Aku telah usahakan perniagaan sendiri bersama ChintaHati sebelum kami berkahwin lagi...Pada ketika aku, aku seperti remaja lain yang suka berfesyen dan mengenakan pakaian yang melekat ditubuh dan ada diantaranya tidak cukup kain dan benang...Apatah lagi berhijab, jarang sekali untuk aku mengenakannya. Tapi selepas berkahwin, aku lebih mendalami Islam dan cara Islam yang sebenarnya...Alhamdulilah hidayah yang aku dapat tepat pada waktunya...Aku bersyukur dikurniakan suami yang sentiasa membimbing dan menjadi imam dalam setiap perkara yang aku lakukan...

Hampir setiap hari tugas aku berjumpa dengan supplier di luar. Kebanyakan supplier aku adalah mereka yang berbangsa Cina. Salah seorang supplier aku memang suka menegur cara berpakaian....Biasalah orang perempuan...bab2 fesyen ni memang selalu jadi perbualan...Tapi pada satu hari dia menegur pakaian yang aku kenakan..

Tan: Ayooooo...amoi kenapa pakai baju ini ma...Talak cantik wow..
Aku:Cantiklah ni... Apa yang tak cantiknya?()
Aku melihat atas bawah baju yang aku kenakan
Tan:Ye lah ma...baju banyak besar..nampak tua lor...
Aku:Ala Tan...baju macam ni lah saya kena pakai skrg...
Tan:Ape pasal pulak??? Itu abang marah kah kalau pakai baju kecik2???
Aku:Ya ma...Nanti dia yang dapat dosa...Lagi satu wa ikut cakap tuhan wa...
Tan:Owh...dia yang dpt ma...bukan lu..pakai baju kecik2 lah baru sexy, baru nampak muda...lu muda lagi ma..Itu olang #### (nama dirahsiakan) sudah tua pun pakai sexy2..lagi xpakai tudung ma....
Aku:Hahahaha...apalah lu ni... wa xboleh lah...wa ikut cakap tuhan wa......#### (nama dirahsiakan lagi :p) biarlah dia..itu urusan dia dengan tuhan ma... Nanti wa terangkan lu xpaham (Dalam hati:Kalau aku cerita pasal aurat pun bukan ko kisah)

Perbualan terhenti di situ sahaja.. ...Aku terus meneruskan kerja yang tertangguh sebab diskusi pendek itu...

Bagi aku, biarlah apa yang diorang cakap,pandang dan nilai kita..Asalkan Allah SWT tahu setiap niat dan  perkara yang aku buat. Sindiran seperti itu langsung tidak meninggalkan kesan pada aku. Malah aku lebih utuh mempertahankan cara berpakaian aku..walaupun di gelak dan di sindir berkali2..aku tetap tak akan berubah pada landasan yang aku pilih ini.

Walaupun kadang2 ada 'mereka' yang seagama dengan aku berkata perkara yang sama..aku hanya tersenyum dan berdoa agar mereka dapat hidayah suatu hari nanti.Amin~~~
(Aku dulu seperti mereka juga..tak layak rasanya diri ini untuk bersyarah seperti alim ulama)

Selepas perubahan aku mengenakan hijab dan berpakaian menutup aurat ini, aku dapat merasakan perbezaan yang ketara...Jiwa aku sentiasa damai dan aku rasa dihormati oleh ajnabi yang berada disekeliling aku. Tiada lagi siulan dan jelingan nakal daripada ajnabi...

Aku masih baru dalam mendalami dan memahami Islam yang sebenar benarnya...Aku sangat berharap aku akan terus istiqamah dalam landasan yang diredhaiNya...Tegurlah aku jika aku tergelincir di landasan ini....

Biarlah pakaian aku longgar dan besar,  orang cakap macam baju terbang, orang cakap tak cantik, orang cakap macam makcik2...asal aku tenteram dengan keadaan ini dan Allah SWT redha dengan aku...asal cantik dimata suami aku....itu sudah cukup...



#Terima Kasih Ya Rabb di atas kesempatan ini...
love,

Monday 22 April 2013

Memancing - Hobi ChintaHati

As Salam~~~

Ok....sambungan dari dating tadi..Masa otw nak balik rumah tu..tetiba ChintaHati berbunyi...

Hubby:Bosanlah kalau terus balik kampung....nnt duduk rumah jew..Baby jom g mancing..
Wifey:Ha????...Nak mancing kat mana???
Hubby:Mancing kat kolam air masin yang abang g dgn Yus tu...
Wifey:Owh...tempatnya ok tak???
Hubby:Ok!!!!..Jomlah ...(nada memujuk)
Wifey:Erm...yelah2...
Hubby:Ok...kita balik rumah dulu ambik pancing dan barang.Tapi kena lalu Permas lah..sebb nk beli umpan...
Wifey:Ok alrite!

Lepastu teruslah kami ke Permas...sebenarnya, ni 1st time nak cari kedai pancing kat Permas ni.So, terpusing2 juga lah...Dah jabis 1 round aku suruh jew ChintaHati tanya orang...malas dah aku nk mencari. Lepastu jumpa sorang abang ni..dia pun bagilah arah ke kedai pancing tu....Sampai jew di kedai pancing tu..terus beli umpan dan balik rumah ambik pancing..

Misi mencari umpan.DONE!
 Lokasi kolam air masin ni terletak kat Senibong... namanya Kolam Memancing Pak Akob. Dekat kolam ni ikan besar2 tau..paling kecik pun 2 kg!. Sampai jew kat sana, ChintaHati survey dulu ramai orang kew tak..kalau ramai, katanya malas nak mancing..Lepas usha2 tak ramai sangat orang.So..ON!!!

Mula2 kenalah bayar dulu kan...ChintaHati nak stay 3 jam..Tapi malam tu ada game plak...yang sempat 2 jam jew..oklah daripada tak boleh langsung...Untuk 2 Jam RM32.00 jew...Sementara ChintaHati memancing aku duduk jelah kat pondok y disediakan...

Tunggu punya tunggu....takda ikan yang naik..Takda rezeki lah nampaknya hari ni... Takpelah ... sekurang2 nya dapat juga ChintaHati lepaskan gian dengan jorannya tu...




love,

Dating =)

As Salam~~~

Yay...selepas hampir 2 minggu berpantang akhirnya hari Sabtu lalu ChintaHati bawa jenjalan....Luas sikit pemandangan mata ni dapat keluar dari rumah...(lagi2 g shopeng =)  )

Tapi kami x merayau sangat...mula2 pg Jusco utk makan.Tetiba hari tu teringin nk makan fish n chip...Sampai jew Jusco terus ke Restoran The Manhattan Fish Market...Oleh kerana aku dah tahu nak makan apa, so just tengok2 jewlah menu tu kan..tapi...ChintaHati terpusing2 menu, tak tahu nak makan apa katanya..hahahah.Last2 pilih Grill Dory.

 
Oklah makan kat sini..menu yang dipamerkan sama dengan apa yang kita dapat...tu yang aku suka! Lepas mencekedarah kat sini..jenjalan jap kat Jusco ni..Pastu tbe2 ChintaHati cakap..

Hubby:Baby...baru abang teringat..ibu (mak sedara ChintaHati) suruh minum kelapa muda..tapi yang warna hijau lah.untuk cuci rahim..
Wifey:Owh...Baby ada baca juga..tapi yang Baby baca xboleh minum air kelapa muda masa awal kehamilan..nnt gugur.Maknanya ni terbalikkn jelah kn!!
Hubby:Ha....yelah tu.dah jom balik...kita cari air kelapa muda!!!
Wifey:Ala...kat dalam ni pun adalah...kat pintu masuk hujung tu...Jom!!!
Hubby:Yeke...ha..jom!!

Sesampai jew kat counter air kelapa tu..bukan main bederet lagi orang beratur...kat depan aku adalah 6 orang...So,beraturlah dengan tabahnya...Orang depan2 aku ni plk..bukan 1@2 yang diorang beli..ada sampai 6@7..jenuh menunggu...akhirnya sampai juga giliran aku...Di bawah ni lah rupanya air kelapa yang siap kopek aku beli...Puas minum satu biji kelapa..Tak payah campur gula..manis betul airnya...


Otw balik rumah..tetiba jew ChintaHati ajak g mancing...lor!!!. Sambungannya di sini  =)

love,

Saturday 20 April 2013

forum | ratuhati.com - perkongsian ilmu/pengalaman =)

As Salam~~~


Sebelum ni aku tak pernah search forum ratuhati.com ni...tapi semenjak pregnant dan miscarriage hari tu...asal aku search untuk cari maklumat jew mesti ada keluar link ratuhati.com ni...Dari situ aku mula membelek-belek apa yang ada dalam forum ni...Dari satu topic ke satu topic aku baca....Semua perkongsian dalam forum ni sangat bermanfaat!

Dari situ aku mula daftar diri di forum ratuhati.com ni...Disini aku berkongsi banyak perkara. Pada waktu sekarang ni aku banyak membaca dan berkongsi di topic KEGUGURAN. Di situ aku dapat mendapat semangat semula selepas membaca kisah2 perkongsian mereka yang senasib dengan aku....Aku mula membina semangat dan berfikiran positif dalam menempuhi dugaan kehilangan waris...

Di forum ratuhati.com ini juga kami berkongsi tentang ilmu2 pemakanan, perbidanan, pengalaman peribadi dll.Walaupun kami semua di ratuhati.com ini sekadar memberi pandangan dan pengalaman yang kami lalui..tetapi dari pengalaman2 inilah yang menjadi rujukan untuk kami semua di forumhati.com.

#mood:TTC =)
love,

Friday 19 April 2013

Makanan Baru Sanggha

As Salam~~~

Pada awalnya Sanggha makan brand ProDiet perisa Tuna...Tapi selepas kena tahan wad masa tu (disyaki batu karang) tapi time tu doctor hanya spesifikasikan dia terkena jangkitan kuman di pundi kencing .

Menurut kata doctor yang merawat Sanggha, makanan kucing yang dijual di pasaraya semuanya kandungan garam dan pewarna adalah tinggi. Risiko untuk terkena jankitan batu karang juga adalah tinggi. Lagi2 kalau tak minum banyak air. Walaupun harganya murah..ia membahayakan anak2 bulus...kalau dah terkena batu karang..mau kos perubatan nak keluarkan batu karang tu rm400!!!

So, selepas keluar wad hari tu...dengan rasminya Sanggha kena tukar makanan. Pada awalnya aku hanya bagi dia makan Royal Canin Urinary S/O (seperti yang disyorkan oleh doctor) jelah...tapi hampeh...takdanya dia nak sentuh makanan tu. Dia sanggup tahan lapar..lepastu curi2 makan makanan anak2 bulus jalanan (makanan ni aku letak kat depan kedai untuk anak2 bulus jalanan makan). Lepastu... pergi lagi Vet tanya ada makanan lain tak untuk si Sanggha ni makan...penyelesaiannya adalah campuran Royal Canin Exigent. Royal Canin Exigent ini baunya kuat dan mendatangkan selera makan untuk anak2 bulus...

Mula2 beli pek kecik dululah, 400g = RM19. Sampai rumah terus campur dengan yang Urinary punya..goncang2 letak kat bekas dia...Lepastu panggil si gemuk ni makan..wah!!! berjaya.Sanggha makan dengan sungguh2...hilang kusut kepala aku nak memikir makanan apa yang budak gemuk ni patut makan.

Lepas dah habis pek kecik tu...kena lah beli lagi..ChintaHati sarankan beli yang besar jew..lagi jimat katanya. Beli lah yang 2kg punya....so total makanan Sanggha untuk 2 paket 2kg RM120. Ha...ambik ko!!! dulu beli 1.5kg =RM14. Sekarang berdouble2 kosnya...Takpalah...yang penting Sanggha sihat =)

+

love,

Monday 15 April 2013

Family Day Hjh Subidah Binti Daeng Makti

As Salam~~~

Hari Kejadian:13-14 April 2013
Tempat Kejadian:Chalet Kampung Nelayan, Teluk Ramunia

Family Day untuk Big family ini telah lama dirancang dan beberapa kali gagal untuk berkumpul. Pada waktu ini juga tidak semua dapat dikumpulkan...Walau pun tidak semua berkumpul...semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan memuaskan hati semua yang hadir...

Hjh Subidah adalah nenek aku belah mak.Jadi...Family Day ni adalah berkumpulnya adik beradik mak aku dan keturunannya. Mak aku ada 4 orang adik beradik.Ada sorang abang (Pak Long), sorang akak (Mak Ngah) dan adik perempuan (Mak Usu). Pada hari tu...hanya mak usu dan keturunanya sahaja yang tak dapat join atas sebab jarak dan masalah2 lain....Keturunan Pak Long pula hanya anak sulung (Kak Amy) dan anak bongsu (Fatin) jew yang joint. Pak Long tak dapat joint sebab masalah kesihatan...

Sepanjang dua hari di sana....Antara aktiviti yang dijalankan , Rebut Kerusi, Belon Air Berpasangan, Tiup Belon Sampai Pecah, Lumba Lari (Kanak-Kanak), Pakaian Beragam (Kanak-Kanak), Bola Pantai, Cari Harta Karun, Teka Kata, dan Bowling Kelapa dan Oh Som (Mak n Mak Ngah)

Di bawah adalah gambar2 yang sempat dirakam =)

#Perjumpaan keluarga pada waktu ini sangat membantu aku untuk memulihkan semangat setelah peristiwa kehilangan waris...

love,

Friday 12 April 2013

1st Check Up Selepas Keguguran...

As Salam~~~


Sepatutnya aku kena jumpa doctor semula pada 22 April ni...Tapi pagi ni tiba2 jew demam panas...Masa pergi HSI selepas keguguran masa tu  doctor suruh datang jika demam panas atau ada lelehan busuk keluar...jika ada tanda2 seperti itu doctor cakap mungkin ada isi yang tertinggal di dalam atau ada jangkitan kuman.Ok..ingat saja pesan doctor tu aku mula tak senang duduk...macam2 aku pikir...

Aku terus call ChintaHati...
(Pada waktu ini ChintaHati pergi memancing kolam laut masin dengan jiran sebelah kedai.Katanya nak hilangkan tension..Ye lah...kesian juga tengok dia.Banyak dia kena uruskan dan hadap dalam minggu ni..mana nak jaga aku yang sakit,nak jaga anak2 bulus, nak jaga kedai, nak jaga customer dan sekarang ni atok pulak sakit.Oleh kerana tak nak tambah tekanan dia aku lepaskan dia sekejap...)Tapi dia pergi salah time pula. Aku tetiba jew kena demam panas.....Nasib baiklah time aku call (10.30 am) tu dia dah nak habis mancing...So, tak payahlah aku nak tunggu berkurun sangat kat rumah ni.

Sampai jew ChintaHati dirumah dia tunjuk hasil tangkapannya..Wah!!! Ikan Siakap besor..(adalah dalam 3kg) . Walaupun aku happy dengan hasil tangkapannya..aku tak boleh nak tunjukkan reaksi aku. Badan aku ketika itu sangat lemah dan kepala tersangatlah berat...Aku tahu dia memahami aku...

Pada mulanya ChintaHati hanya mahu aku ke Poliklinik Yuslina sahaja. Tapi aku menolak..bagi aku biarlah terus ke HSI..sebab HSI dah handle kes aku. Aku tahu ChintaHati penat menunggu...Tapi bersabarlah untuk ujian yang satu ini...

Sampai sahaja di HSI, aku terus ke Bilik Saringan daftar diri. ChintaHati awal2 lagi dah kena suruh tunggu di bahagian pelawat. Hanya aku sahaja yang akan masuk untuk pemeriksaan...masuk sahaja di dalam Bilik Saringan..keadaan berbeza daripada hari Isnin aku pergi tempoh hari. Hari ni tempat menunggu kosong, hanya aku sahaja yang duduk untuk dipanggil dan diperiksa...

Baru sahaja duduk...doctor dah panggil untuk check up...Aku baring diatas katil yang disediakan. Nurse cek suhu dan tekanan darah. Tak lama kemudian doctor datang..doctor lelaki???argh!!! kenapa doctor lelaki pula ni..tadi bukan doctor perempuan kew yang nak check aku. Oleh kerana tiada pilihan...aku hanya mengikut sahaja apa yang diarahkan...(muka tension gila kot time ni!!!)

Dalam waktu pemeriksaan dibuat, seorang lagi doctor dipanggil...Ok....doctor lelaki lagi!!! Dalam bilik tempat pemeriksaan aku berlaku sikit pertelagahan...Ceritanya begini, kan aku datang ni sebab demam panas dan nak cek sama ada dalam rahim ni dah kosong atau masih ada sisa2 yang tertinggal..Doctor tu tanya masa ketulan tu keluar aku ada datang HSI dan dapat report bertulis x?Aku cakaplah tak ada..Aku cakap masa ketulan tu keluar aku dah datang HSI tapi doctor yang jaga shift malam masa tu suruh aku balik tanpa check aku....

Ok! disinilah bermulanya pertelagahan tersebut...Doctor y 2nd check aku marah doctor y 1st check aku kerana berlakunya kecuaian.. (kesian doctor y 1st tu..dia pun tak tahu apa2...sepatutnya yang kena marah doctor yang shift malam tu!!! ) Sepatutnya, time aku datang masa ketulan keluar tu.... diorang terus kena check aku. Tapi doctor shift malam tu tak buat....Kan bengong tu.Aku yang tak tahu apa2 hanya diam jewlah..lagipun diorang membebel-bebel dalam bahasa yang aku kurang paham...

Ok, berbalik kepada pemeriksaan aku....selepas diseluk dan di scan. Alhamdulilah..rahim aku dah clear dan tak ada sisa2 yang tertinggal.So.......tak payahlah aku nak buat D&C atau cuci seperti yang disuruh oleh Hospital Penawar.

Selesai sahaja check..kenalah tunggu untuk ambik slip ubat dan report bertulis di Bilik Saringan . Adalah aku tunggu dalam 1/2 jam...Dah dapat jew report tu terus aku dan ChintaHati keluar dari Bilik Saringan dan cari Farmasi untuk ambil ubat. Kat sini pun kena tunggu hampir 1/2 jam juga....Akhirnya,sampai juga giliran kami ambil ubat...

Ubat antibiotik dan paracetamol 2 papan untuk dihabiskan..

#dalam perjalanan balik baru teringat bill hospital belum dibayar lagi...hahaha. Terpaksalah Chintahati berpatah balik untuk lunaskan bayaran....

love,

Thursday 11 April 2013

Hari Vaksin dan Dewormed Anak-Anak Bulus...

As Salam~~~

Kad Kesihatan Anak2 Bulus

Gelagat Anak2 Bulus di Vet

Hari ni semua anak2 bulus ada appointment di Vet. Pada kebiasaannya memang akulah yang bawa mereka ni. Oleh kerana keadaan aku yang tidak mengizinkan dan masih dalam pantang lagi...ChintaHati lah terpaksa bawa mereka ni semua ke Vet.

Untuk tidak mengganggu urusan kerja, ChintaHati bawa mereka pada waktu pagi...lepas jew diorang sarap dan membuang segala, semua kena angkut masuk kereta.

Di rumah aku hanya menunggu sambil beronline dan mendengar zikir2 penenag jiwa di youtube.....

Tak lama kemudian ChintaHati balik sambil mengendong anak2 bulus...Mula lah dia bercerita...
"Baby,  si Sanggha dan si Hart ni senang jew nak cocok dan beri makan ubat...tapi si Tom ni bukan main susah lagi..."

Ye lah....si Sanggha dan si Hart memang dah lali kena cocok2 dan bagi ubat segala ni...Lagi2 si Sanggha ....dah bertahun dia jalani rutin cocok dan makan ubat ni...Doktor Fauzan pun dia dah kenal...si Tom kan baru 1st time datang... sebab tu lah dia susah sikit nak diuruskan...

Buat pengetahuan, si Tom aku baru addopt dia minggu ni..tak sempat lagi aku nak tulis entry pasal dia...Yelah sehari dua ni kan aku bz menguruskan perihal diri aku dan waris...Nanti aku akan buat satu entry bagaimana si Tom ni kami addopt...

Sesampai jew anak2 bulus ni di rumah...semua tombang..mungkin ubat vaksin dah memberi kesan...Sampai lah sekarang ni sudah jam 7.30 petang tak bangun2....Aku hanya biarkan saja...Kesian tengok si Tom dan si Hart..bila dipegang sikit badannya..mereka merengek..mungkin sakit di bius tak hilang lagi..si Sanggha tak pulak...sebab si Sanggha hanya injection 3 serangkai dan makan ubat cacing jew....Lagi satu Sanggha kan besar..mungkin badannya kebal sedikit daripada si kecik-si kecik ini...


Sanggha

Hart



Tom




Wednesday 10 April 2013

Pengurusan Janin yang Gugur...

As Salam~~~

Ketika entry ini ditulis ChintaHati telah selesai menanam waris kami .....ya! kami tahu walaupun ia hanya segumpal daging...kami tetap memanggilnya waris, anak abah dan bonda...

Pagi tadi selepas bangun dari tidur, aku terpandang bekas yang mengandungi waris....aku duduk dan termenung seketika....Apa yang perlu aku lakukan pada waris ni...Aku tak tergamak nak membuangnya di tong sampah atau flush di dalam tandas....

Aku terus ambil phone dan terus mengGoogle...Alhamdulilah aku jumpa satu entry yang boleh membantu aku...

Daripada ustazlove.com aku jumpa jawapan daripada persoalan aku...

Katanya;
Dalam menguruskan jenazah janin ni, maka ada beberapa perkara yg perlu diberikan perhatian.



1. Ada tanda2 kehidupan pada bayi tersebut.


Jika wujud tanda2 seperti janin itu bernafas.. atau bergerak2 sedikit sebelum meninggal dsb, maka hendaklah disempurnakan seperti mana jenazah biasa iaitu perlu dimandikan, dikafankan, disembahyangkan (disembahyangi) dan ditanam.



2. Tiada tanda2 kehidupan, tetapi sudah membentuk lembaga manusia.


Dalam keadaan ini, jika telah membentuk tubuh manusia (ada 2 kaki, 2 tangan, jari jemari, muka, hidung dsb), maka hendaklah dimandikan, dikafankan dan terus dikebumikan tanpa perlu disembahyangkan.



3. Tiada tanda kehidupan dan tak membentuk lembaga manusia.


Dalam keadaan ini, mungkin ianya sekadar berbentuk ketulan daging dsb.. maka yang perlu dilakukan hanyalah membersihkannya daripada darah dan kekotoran (membasuhnya), kemudian dibungkus dan ditanam.. sama mcm basuh uri gak.. tak perlu nak letak paku ke, pensel ke, kalkulator ke..

Jadi...aku dalam kategori ke 3.Aku hanya perlu bungkus dan tanam sahaja waris seperti yang diberitahu. Aku ambil kain dan mula mengambil waris perlahan-lahan dan masukkan kedalam kain. Selepas itu aku bungkuska dalam plastic supaya senang ChintaHati nak memegang dan menanamnya...

Waris abah dan bonda...
 
#semoga ilmu ini bermanfaat untuk dikongsi bersama....

love,

Berpantang selepas Keguguran...Perlu kew???

As Salam~~~

Walaupun masih dalam mood melayan jiwa selepas peristiwa pahit kelmarin...aku perlu kuatkan semangat untuk menempuhi hari-hari yang seterusnya...

Sebenarnya semalam ChintaHati sudah ajak aku balik kampung, dia suruh aku berehat di kampung.Lagi pun ada mak dan keluarga yang boleh jaga aku di sana. Tapi aku tak nak....bagi aku, dalam keadaan begini biarlah aku bersama dia sahaja.

Semalam mak call suruh balik kampung, berpantang di rumah katanya...Lepastu kawan2 aku dan kakak aku pun ada text suruh berpantang...Pagi ini abang Long aku pulak telefon suruh berpantang.....

Pantang??? Ye lah...aku dah keguguran... perlulah berpantang. Oleh kerana tiada rujukan secara terus... aku pun mula mengGoogle cara-cara berpantang selepas keguguran....Banyak juga maklumat yang aku dapat..

Aku dikategorikan sebagai Gugur Ugut atau Threatened Abortion.Untuk bacaan penuh tentang kategori dan bagaimana keguguran boleh berlaku dan bagaiman cara berpantang bolehlah ke blog Bidan Bersalin..

Di bawah ini aku hanya akan menulis yang berkaitan dengan aku jelah...maknannya kes keguguran dalam tempoh kehamilan 6 minggu.....

Tempoh Berpantang :
Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan , ibu keguguran pantang selama 2 minggu dan pantang jimak selama 30 hari. Ini adalah kerana angin gugur telah sedia ada untuk menyerang atas kesilapan berpantang.

Makanan Berpantang :
Dari segi pemakanan, ibu keguguran mesti mengelakkan makanan berangin, seperti ubi keledek, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung.

Selain itu dipantangkan juga makanan yang sejuk serta menjalar seperti, labu, kangkung, kacang panjang dan timun.

Buah-buahan sejuk seperti ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka,cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu. 

Turut ditegah mengambil ikan berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.

Air Batu/Ice atau air sejuk juga tidak boleh diambil.

Kesan Langgar Pantang :
Bentan urat, demam yang susah turun, rambut gugur, mudah sayu, pekang, alahan kuit dan cuaca serta mudah letih.

Antara lainnya aku juga dinasihatkan agar tidak mengangkat beban y berat dan buat kerja yang lasak....

Dinasihatkan juga untuk pakai stokin agar badan tak dimasuki angin<<< petua orang tua.Aku hanya mengikut sahaja....

Mari Berpantang!!!

Peneman aku ketika menulis entry ini =)

#semoga ilmu ini bermanfaat untuk dikongsi bersama =)

love,