Saturday, 6 April 2013

1st Checkup

As Salam~~~

Hari ini ChintaHati ajak jumpa doktor untuk checkup kandungan ni.Ye lah....lepas buat pregnancy test kat rumah hari tu belum penah lagi jumpa doktor untuk pengesahan dan pemeriksaan selanjutnya....

Pada mulanya aku nak check dekat Klinik Keluarga di Kota Tinggi, sebab doktornya perempuan dan aku memang dah ada kad di situ. Oleh kerana kekangan masa, terpaksalah juga cari klinik di Pasir Gudang ni... Nasib baiklah perasan kn satu klinik ni yang ada doktor perempuan. Nama klinik ni Poliklinik Yuslina.

Sesampai jew di sana, takda orang. Alhamdulilah...tak payahlah nak menunggu lama. Di kaunter terus bagi I/C untuk daftar. Selesai mendaftar tunggu sekejap di ruang menunggu. Tak lama kemudian, nama dipanggil. Masuk jew bilik doktor, doktor duduk di kerusi sambil tersenyum...(muda lagi doktor ni). Macam biasalah dia tanya kenapa. aku cakaplah nak cek kehamilan...Doktor tanya nak scan terus atau nak buat HCG Test dulu. Ikutkan aku nak scan terus...tapi ChintaHati suruh cek HCG Test dulu. Seorang isteri yang patuh, aku ikut jelah....

So, kami kena keluar dulu untuk buat HCG Test. Selepas selesai seorang pesakit keluar dari bilik doktor kami dipanggil balik. So, hasilnya???? memanglah positive kan. Lepastu, terus scan....Alhamdulilah, walaupun belum kelihatan jasadnya, kami dah nampak ketulan kecil. Doktor cakap itu kantung baby. Tersenyum CintaHati melihat warisnya sudah ada di rahim ku =)).

Doktor check last date period aku untuk tentukan due date delivery...Mula-mula doktor cakap usia kandungan aku dah 6 minggu 1 hari...Apa???? dah 6 minggu 1 hari...terperanjat kami dengar. Kami jangkakan kandungan ini berusia lingkungan 2-3 minggu sahaja. rupanya dah 1 bulan lebih. Erm...tak apalah.walaupun terperanjat kami masih tersenyum. Oh ya...tadi nak check due delivery kan??? Waris kami dijangka akan lahir di bumi Allah ini pada 28 November 2013. Semoga semuanya selamat....

Assalammualaikum waris Bonda n Abah. Kamu bertahan ya didalam rahim bonda sehingga tarikh kelahiran kamu. Bonda dan Abah akan menunggu kamu.

No comments:

Post a Comment