As Salam~~~
Detik cemas dan perististiwa pahit ini berlaku 8 April 2013..
Rentetan kisah keguguran aku:-
7 April 2013
Selepas makan tengah hari, ChintaHati ajak pegi Tanjung Leman untuk picnic + memancing. Aku pun ok jew..sebab akak n abang ipar aku akan follow sekali. Lepastu aku pun ajak mak aku sekali. Sebab mak aku teringin nak tengok menantu-menantunya memancing. Lepastu kami semua terus siap-siap. Aku macam biasalah, time nak siap-siap ni pergilah toilet buang air kecil dan basuh muka segala. Time buang air kecil tu aku tak rasa apa..tapi, bila nak pakai spender jew nampak mcm tompokan darah. Aku panggil ChintaHati, dia cakap tak ada apa-apa kot.Sebab sebelum ni pun ada keluar spotting darah macam tu. So abaikan jew...tukar jewlah spender dan kami teruskan perancangan kami ke Tanjung Leman. Tapi sebenarnya dalam hati aku dah tak berapa sedap...aku dapat rasakan ada sesuatu yang terjadi....
Sampai jew di Tanjung Leman aku ajak ChintaHati pergi toilet, sebab aku dapat rasakan ada aliran dibawah situ.....Masa di toilet, aku pun mencangkung....lepastu darah banyak gila keluar. Aku dah tak sedap hati. Aku ajak ChintaHati pergi klinik waktu itu juga, Tapi dia menolak..dia kata tunggu lagi sekejap. Aku pun iyakan saja...Kali kedua aku ke toilet lagi, darah makin banyak keluar. Time tu aku memang betul-betuk tak sedap hati dan mula menangis... ChintaHati terus ajak aku ke klinik...Mak aku pun ikut sekali.
Memandangkan klinik di Kota Tinggi tiada kemudahan scan, aku terus ke hospital. Sampai di hospital, macam biasalah, terus ke wad kecemasa. Daftar diri dan tunggu sehingga nama dipanggil. Sampai jew nama aku dipanggil aku kena buat urine test dan cek tekanan darah. Tunggu lagi sehingga doktor pula buat check up. Dalam 1 jam tunggu baru doctor panggil. Doctor cek kandungan aku melalui scan...
Doctor:Bleeding biasa di peringkat awal kehamilan, awak jangan risau sangat lah...tapi biar saya check dulu..
Aku:Owh yeke...tapi darah nya banyak keluar
Doctor scan perut aku...
Doctor:Ni baby awak...dia masih ada lagi dalam rahim awak..
Aku:Alhamdulilah....
Doctor:Tapi kandungan awak ni, saya spesifikasikan sebagai kandungan terancam. Baby ni mungkin akan membesar atau mungkin gugur...
(Aku terdiam dan hanya mampu berdoa sahaja)
Doctor:Awak boleh balik berehat...
Aku keluar dan ceritakan pada ChintaHati....dia memberikan kata-kata semangat. ChintaHati cakap sambil memegang perut aku.Baby abah kuatkan..bertahan yew...Terharu dengar.Tapi aku pun berharap benda yang sama.
8 April 2013
Bangun tidur pagi tu tidak seperti sebelum ini, aku tak berasa lapar...Aku masih dapat rasakan aliran darah keluar. Aku kejut ChintaHati ajak dia ke klinik tempat aku buat 1st check up pregnancy. Sampai jew klinik tu...tak ramai pesakit yang ada. Aku tunggu sekejap sahaja sebelum nama aku dipanggil. Doctor terus buat scan...
Doctor:Rima, kandungan awak ada lagi..tapi saya nampak dia mengecut...degupan jantungnya pun tak ada.
Aku:Ye kew doctor....Tapi semalam saya pergi hospital kota tinggi, doktornya cakap baby saya ada lagi...
Doctor:Dia cakap tak baby nya hidup lagi kew tak?
Aku:Tak...doctor tu cuma cakap babynya ada lagi jew...
Doctor:Mungkin doktor tu tak ada kepakaran kot...tak apalah, saya buat surat untuk awak rujuk ke HSI.
(Aku hanya mengangguk kepala...lidah kelu untuk berbicara lagi)
Sampai jew HSI, terus ke wad kecemasan...prosedurnya sama seperti di HKT. Selepas 2 jam di wad kecemasan aku kena transfer ke Bilik Saringan. Di Bilik Saringan aku tengok ramai ibu2 yang menunggu turn untuk melahirkan anak.Dalam hati aku berdoa agar aku juga diberi kesempatan untuk merasa keadaan seperti itu.
Setelah menunggu selama 3 jam, baru nama aku dipanggil untuk di periksa. Doctor di HSI melakukan perkara yang sama seperti seperti di HKT dan Poliklinik Yuslina. Doktor terangkan benda yang sama, kandungan aku terancam!!!! .
Selepas pemeriksaan itu, aku kena tunggu lagi 1 jam untuk menungu report dan ambil ubat. Nama aku dipanggil, "Rima, kandungan awak terancam, nanti kami akan beri awak ubat kuatkan rahim. Selepas 2 minggu awak kena datang sini semuala untuk check balik kandungan awak sama ada dia masih size begitu atau membesar. Tapi.. lepas balik ni jika awak demam panas atau ada cairan busuk keluar atau ada ketulan darah keluar....awak terus datang ke sini dan tak perlu tunggu sehingga 2 minggu. Kalau ada ketulan yang keluar awak kutip dan bawa kepada kami".Aku hanya mengangguk kn kepala tanda paham.
Sampai sahaja dirumah, aku terus baring dan tido. Tido aku tak lena kerana perut aku seperti dicucuk. Sakitnya lebih sakit dari kena senggugut. Aku terjaga kerana tidak dapat menahan sakit..Jam di dinding tepat jam 2 pagi....Aku terus ke toilet...aku dapat rasakan ada benda nak keluar...bila aku meneran sahaja ada seketul benda keluar, seperti daging....aku yakin itu baby aku...aku panggil ChintaHati, kami hanya terdiam dan memandang antara satu sama lain...ChintaHati kutip ketulan daging itu dan masukkan dalam bekas seperti yang disuruh nurse tadi.
Walaupun waktu tu dah pukul 3 pagi ChintaHati terus suruh aku bersiap untuk ke HSI semula. Aku hanya menurut kata, bersiap dalam keadaan acuh x acuh...aku yakin baby aku dah tak ada...tapi ChintaHati tetap berfikiran positif. Sampai di HSI, kami terus ke Bilik Saringan...Doctor tak buat apa-apa. Hanya suruh datang semula selepas 2 minggu. Aku pun tak paham dengan hospital kerajaan ni...tadi cakap kalau ada ketulan keluar kena terus datang. Bila dah datang dia hanya cakap tunggu sehingga semuanya keluar..kalau ada darah tak berhenti keluar atau demam panas baru datang balik. Kami hanya menurut sahaja....
Sampai dirumah aku terus tido. Walaupun perut aku memulas-mulas lagi aku kejamkan mata dan paksa diri untuk tido. Dalam harapan apa yang aku lalui sepanjang hari ini adalah mimpi....
sambungan di Part 2
love,
No comments:
Post a Comment