Sambungan Part 1~~~
9 April 2013
Bangun jew pagi aku terus ke toilet.. darah dah tak ada keluar. Aku mula berfikir positif semula. Mungkin semalam tu tu ketulan darah jew kot.....
Aku kejut ChintaHati untuk ke Poliklinik Yuslina, nak scan sama ada baby aku ada lagi atau tidak. ChintaHati bangun dan menurut sahaja kehendak aku. Sampai di Poliklinik, ChintaHati daftarkan nama dan kami pun menunggu. Bila nama dipanggail, kami masuk bilik Doctor.
Doctor :Ha! macam mana Rima?
Aku:Bleeding lagi doctor, tapi pg tadi ada ketulan keluar...
Doctor:Owh yeke...erm xpew saya check dulu..
Doctor scan perut aku...
Doctor:Rima saya dah tak nampak apa-apa lah...mungkin bendanya dah keluarlah...Tapi, awak tunggu lagi 2 minggu lah untuk saya pastikan sama ada benda tu ada lagi atau tidak...
Aku dan ChintaHati hanya memandang antara satu sama lain. Diam,lidah ini kelu.....
Sampai jew dirumah aku terus baring di katil...dalam hati masih berdoa agar baby aku masih ada lagi di rahim ini...Dalam pikir memikir tu aku tertido...
Bangun dari tido, aku nekad untuk pergi Hospital Penawar untk memastikan sama ada baby aku masih dalam rahim aku atau tidak. Aku hanya nak sebetul-betul kepastian...aku tak nak lagi orang memberi harapan pada aku...
Aku cakap dengan ChintaHati, dia mengizinkan aku untuk pergi seorang diri....Sampai di Hospital Penawar, aku daftar diri dan tunggu giliran untuk jumpa doctor. Sebelum tu aku kena buat urine test. Dalam 1 jam nama aku dipanggil...
Doctor scan...
Doctor:Rima, baby awak dah tak ada...dah kosong dalam ni..
Aku: Angguk kepala...sambil melihat monitor di depan aku.
Doctor:Tengok ni rahim awak....dah tak ada apa-apa. Semuanya dah keluar...
Aku hanya diam sahaja...Selepas scan aku diberi kaunseling.
Doctor:
-Rima kamu banyakkan bersabar ye...anggap lah ini dugaan dari Allah dan pasti ada hikmah disebaliknya!
-Rima ada kemungkinan baby dalam kandungan awak tak berapa sihat atau cacat..DIA lebih Mengetahui apa yg terbaik ... daripada bayi itu lahir nanti tidak sempurna.. jadi lebih baik Allah ambil dia kembali kepadaNYA!
-Rima sekarang awak dah tahu yang awak dah boleh mengandung secara semula jadi. Jadi awak patut bersyukur.
Aku hanya menganggukkn kepala. Air mata setitis demi setitis keluar.
Doctor suruh aku buat D&C atau cuci....Aku tidak boleh beri keputusan,Aku perlu berbincang dengan ChintaHati dulu. Setelah membuat bayaran dan mengambil ubat aku terus balik.
Dalam kereta aku maklumkan pada mak aku. Dengar suara mak..aku jadi kelu. Mak suruh aku bersabar dan cakap mungkin belum rezeki kami lagi. Waktu itu air mata seperti tidak boleh disekat. Dalam perjalanan ke rumah aku hanya melayan perasaan dan membiarkan air mata ini mengalir sahaja..
Sesampai sahaja dirumah, aku terus masuk bilik, ChintaHati terus dapatkan aku...Dia peluk dan tenangkan aku...Beberapa kali dia mencium dahi aku..menenangkan aku dalam pelukan dia. Aku hanya mampu menangis sahaja...menangis sampai tersedu2....
Tapi selepas ditenangkan dan diberi kata semangat oleh ChintaHati dan buddyz aku melalui WhatsApp aku mula menerima dugaan ini...Sikit-sikit aku menelan kepahitan nya.
#Terima kasih Ya Allah diatas anugerahmu, walaupun aku hanya mampu merasa seketika sahaja nikmatnya, sekurang-kurangnya aku dapat merasa nikmat dan perasaan seorang bonda.
#Terima kasih ChintaHati dan keluarga kerana selalu menjadi bahu untuk aku bersandar
#Terima kasih buddyz kerana selalu menceriakan dan memberi kata-kata semangat untuk aku.
Sesekali tumpah juga airmata ini apabila mengingatinya.... |
Assalam.. apa kabar.. takziah di atas kehilangan..
ReplyDeleteSy pun baru keguguran 2mggu lepas..mse tu baby usia 9minggu lebih..memang sedih..hanya Allah yg tahu..alhamdulillah suami kuat dan muhasabah balik..tenang sikit.. mudah2an lepas ni ada rezeki lagi insyaAllah..sama2lah kita berdoa..
Walaikummussalam...
DeleteTakziah untuk sis juga..
Alhamdulilah...kita mempunyai insan2 yang sentiasa menyokong disisi.
Mudah-mudahan ada rezeki lagi untuk kita..Amin~~~