As Salam~~~
Hari ini aku nak berkongsi satu amalan untuk ibu hamil. Selain pemakanan, sebagai umat Islam amalan keagamaan juga penting untuk perkembangan anak di dalam perut. Ilmu ini aku dapat dari Tokuban78's Blog
Gambar Hiasan:Pak Cik Google |
Doa ini selalu di baca oleh Siti Aminah semasa mengandungkan Baginda
Rasulullah saw. Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, selain membaca
surah-surah yang tertentu daripada Al-Quran untuk kandungannya, maka
molek benar lah dia membaca doa ini setiap hari sebagai pelindung kepada
kandungan. Agar kandungan selamat di dalam jagaan Allah Taala sehingga
lahir ke dunia.
Doa ini telah diijazahkan kepada saya oleh Tok Sayyid Padang Kala
hafizohullah. Dengan suka hati, saya ijazahkan pula doa ini kepada
sesiapa sahaja yang suka dan gemar mengamalkan doa yang amat baik ini.
Kata guru saya, doa ini jika sentiasa diwiridkan oleh si ibu, selain
selamat anak dalam kandungannya insyaallah juga akan memudahkan proses
bersalinnya nanti. Boleh juga di doakan untuk keselamatan anak-anak kita
yang berada di kejauhan. maklumlah mereka ini bukannya sentiasa berada
di depan mata kita. sebagai ibubapa sudah tentu akan ada rasa khuatir
akan keselamatan anak-anak. Inilah doanya di baca 3 kali sambil tangan
memegang perut :
ٲﻋﻴﺬﮦ ﺒﺎﻠﻮﺍﺤﺪ ﺍﻠﺼﻤﺪ ﻤﻦ ﺸﺮ ﻜﻞ ﺬﻱ ﺣﺎﺴﺪ
“Uu i’zuhu bilwahidisshomadi min syarri kulli zi hasidin”
ertinya: Aku melindunginya dengan Tuhan yang maha esa yang menjadi tempat tumpuan segala makhluk daripada kejahatan tiap-tiap pendengki.
#semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua
No comments:
Post a Comment