Tuesday 17 June 2014

Zara : Checkup 2 Bulan

As Salam,

2 Jun 2014
Hari ni genap umur Zara 2 bulan...Seperti bulan yang lepas Zara ada check up di klinik lagi. Aku masih check up Zara di Klinik Kesihatan Waha lagi. Macam biasalah proses check up Zara ni... Timbang ----> Kaunseling dengan Nurse ------> Injection.

Hari ni Zara happy semacam..masa timbang dan ukur panjang dia bebual dengan Nurse lagi.Berat Zara 5.3kg dan panjangnya 57cm.

Masa kaunseling dengan nurse aku ada ajukan masalah Zara yang kerap berak. Dalam satu hari tu kadang-kadang sampai 5 kali. Nurse cakap tak perlu risau...sebab kekerapan bayi berak tidak sama. Tak kisah pun Zara berak berapa kali dalam sehari..yang penting Zara tidak menunjukkan reaksi yang dia sakit atau meragam. Nurse juga suruh aku makan berpantang lagi...yalahkan, apa yang aku makan semua salur kat Zara juga. Jadinya..pemakanan aku sangat penting untuk kualiti susu yang akan aku berikan pada Zara.

Lagi satu masalah yang aku ajukan pada Nurse pasal tompokan putih yang ada di pipi Zara. Nurse cakap mungkin ruam susu. Nurse suruh aku pergi klinik beli krim untuk hilangkan tompokan pada pipi Zara.

Dan...macam biasalahkan, masa kena injection Zara tak menangis pun..cuma buat rengekan manja masa ubat ditekan.

Ok..ini sahaja cerita untuk check up Zara 2 bulan ni...

love,



Tuesday 10 June 2014

Zara : Checkup Sebulan

As Salam...



 2 May 2014
Alhamdulilah..hari ni genap sebulan Zara dilahirkan. Hari ni ChintaHati tak kerja sebab nak teman aku pergi checkup Zara. Untuk pemeriksaan bulan yang pertama ni aku buat di Klinik Kesihatan Waha..

Masa sampai klinik aku ingat Zara je yang buat pemeriksaan...sekali aku pun kena juga.Aku kena buat ujian air kencing dan tekanan darah dulu..Selesai je pemeriksaan aku..Barulah buat pemeriksaan Zara. Untuk pertama kalinya...Zara kena timbang dan ukur ketinggian dulu....Hari ni berat Zara 4.4kg dan panjang Zara 54cm.

Selepas tu...aku diberi kaunseling untuk penyusuan ibu dan perancang keluarga. Untuk penyusuan ibu..aku memang tak ada masalah..sebab air susu aku sentiasa cukup untuk Zara dan aku memang tak nak campurkan dengan susu formula sehingga Zara usia 2 tahun. Tapi...masuk bab merancang keluarga ni aku bermasalah sikit. Aku masih belum fikir untuk ambil kaedah apa untuk merancang ni...Nurse sarankan aku ambil pil dulu. Selepas sebulan baru pikir nak tukar ke injection ataupun alat.

Selepas sesi kaunseling selesai, Zara kena buat pemeriksaan dengan Doktor pula.. Selepas dah tanggalkan baju lagi sekali..Doktor pun ceklah semua badan Zara. Doktor cakap...Zara tak ada masalah dan aktif.

Dan untuk yang terakhirnya pada hari ni...masa untuk suntikan!!!. Yay....Zara tak nangis, kuat rupanya anak bonda ni..

Selesai semua...kami pun baliklah rumah...

love,



Thursday 5 June 2014

7 Hari Kelahiran Zara

As Salam...

8 April 2014
Seperti yang aku dan ChintaHati kehendaki..hari ini, kami akan lakukan  perkara sunah pada hari k7 dalam menyambut kelahiran bidadari kami yang telah ditetapkan dalam Islam.

Seawal pagi lagi...Imam Alwi dah datang ke rumah untuk menyembelihkan kambing aqiqah Zara. Oleh kerana hari k7 kelahiran Zara jatuh pada hari Selasa...jadinya semua orang bekerjalahkan.... Abah pun hanya datang tolong sekejap sahaja...tolong pegang kambing semasa sembelih. Selepas itu..terpaksalah ChintaHati melapah kambing Zara sorang-sorang.
 Sementara ChintaHati uruskan kambing aqiqah Zara, aku di dalam rumah bersiap sedia untuk proses mengkhatankan Zara.Oleh kerana anak-anak akak aku yang lain menggunakan khidmat Wak Ayu untuk mengkhatan anak mereka..jadinya, aku pun turut menggunakan khidmat Wak Ayu sahaja. Wak Ayu hanya minta sepit kuku baru yang tajam,kunyit hidup dan minyak gamat sahaja untuk proses khatankan Zara. Alhamdulilah..Zara hanya menangis sekejap sahaja selepas dikhatankan...Proses kahatankan Zara ni sekejap saja..tak sampai 10 minit pun.

Pada sebelah petangnya...barulah aku dan ChintaHati mencukur rambut Zara. Selepas susu kan Zara, aku bedungkan Zara untuk memudahkan proses untuk bercukur nanti... Oleh kerana Zara behave sangat...ChintaHati ambil masa tak sampai 1 jam pun untuk cukurkan rambut Zara sampai licin.


 Alhamdulilah...selesai sudah tanggungjawab Abah dan Bonda untuk hari k7 kelahiran Bidadari kami ini..

Dear Zara, Bidadari Abah dan Bonda;
Alhamdulilah...
Hari ni selesai sudah tanggungjawab Abah dan Bonda untuk lakukan perkara Sunah hari k7 kelahiran kamu sayang...
Abah dan Bonda harap segala hikmah untuk perkara sunah yang dilakukan ini terkesan pada kamu sayang...
Semoga kamu menjadi seorang yang sentiasa bersyukur dengan setiap kurniaan Allah SWT (Hikmah Aqiqah)
Semoga kamu menjadi anak yang pembersih, dijauhkan dari penyakit dan dapat mengawal syahwat kamu.(Hikmah Khatan)
Semoga kamu menjadi anak yang cerdas otaknya dan tajam penglihatannya. Semoga kamu juga menjadi seorang insan yang ringan tangannya untuk menderma.(Hikmah Bercukur)


love,



Wednesday 4 June 2014

Newborn Photo Shoot Zara


As Salam,

7 April 2014
 Esok hari k7 kelahiran Zara...Jadinya esok juga lah Zara akan dicukurkan. Oleh yang demikian...Aku dan ChintaHati nak buat photo shoot untuk Zara sebelum dibotakkan...

Sebenarnya aku tak rancang pun nak buat newborn photo shoot ni...tapi kak Uda aku yang sarankan aku buat untuk simpan kenangan sebelum Zara dibotakkan esok. Jadinya...persiapan pun ala kadar jelah...

Aku buat dengan kak Uda dan ChintaHati jew..pakai camera handphone je pun..Yang penting, ada gambarnya untuk di simpan kenangan ye dak...

Ok..jom layan gambar Zara kat bawah ni =)



love,



Monday 2 June 2014

Kelahiran Yang Di Tunggu

As Salam...

Lama sudah blog ni bersawang...Hari ni baru aku berpeluang untuk bercerita segala kisah aku bersama Waris Rino yang ditungu-tunggu...

Untuk pertama kalinya aku ingin kongsikan saat-saat aku melahirkan waris kami ini... 


1 April 2014
-Hari ni aku bekerja seperti biasa...Tapi selepas makan tengah hari tadi, aku sudah mula merasa sakit.Tapi aku tak ambik kisah sangat...aku anggap itu seperti braxton hicks sahaja.
-Tapi menjelang ke petang rasanya makin kerap...dan aku mula mengira masa setiap kali aku rasa sakit. Dalam kiraan aku, setiap 20 minit kontraksi itu akan terasa.
-Aku masih menahan sakit sendiri dan tidak memberitahu ChintaHati.
-Masuk je waktu Maghrib...kontraksi makin kerap datang...dalam perkiraan aku..setiap 15 minit dan lebih teratur.
-Pada waktu ini..aku dapat rasakan yang sakit ini memang bukan braxton hicks lagi, tapi ini memang kontraksi untuk bersalin. Aku mula beranikan diri untuk memberitahu ChintaHati.
-Dan....seperti yang dijangka!!! ChintaHati mula lah kelam kabut dan tak tentu arah.(Inilah sebab musabab kenapa aku tak nak beritahu awal).Mulalah dia kedepan kebelakang...pastu tanya, dah nak pegi hospital ke tak...nak makan apa..dah mandi belum..dah solat belum..dan macam-macam lagilah.
-Tapi...aku relax aja. Aku cakap, nanti...ni belum lagi. Kalau dah sakit sangat nanti baru aku bagi tahu nak ke hospital.
-Bila kontraksi tu makin kerap...dan aku pula dah tak senang duduk..barulah aku bagi tahu ChintaHati yang masanya dah tiba.
-Saat aku bersiap untuk ke hospital...ChintaHati sempat belikan aku burger untuk bekalan tenaga aku didalam dewan bersalin katanya.
-Sebelum aku berangkat ke hospital...sempat lagi aku mencium dua ekor anak bulus kesayangan aku., Sanggha dan Hart. Aku minta pada mereka untuk doakan keselamatan aku dan waris.
-Sepanjang perjalan ke hospital..ChintaHati menggenggam kemas tangan aku. Aku tahu ChintaHati cemas dalam melalui situasi ini...sama juga seperti aku.
-Sampai je Hospital Sultan Ismail...aku terus ke Kecemasan dan terus naik wad bersalin.
-Sebelum masuk bilik saringan aku sempat pesan pada ChintaHati untuk memberitahu keluarga aku dan Chintahati  mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.
-Oleh kerana waktu itu dah jam 11.30 malam, proses dibilik saringan itu agak cepat. Bila Doktor cek..bukaan pintu rahim aku dah 5cm. Aku diminta untuk tukar baju pink yang disediakan pihak hospital.

2 April 2014
-Tepat jam 12.15 pagi...aku dibawa masuk ke dewan bersalin. Nurse beri penerangan yang sebentar nanti doktor akan masuk untuk cek aku dan memecahkan air ketuban..Pada waktu dan ketika ini, baru aku rasa debaran untuk melahirkan waris sulung ini.
-Bila doktor masuk...pintu rahim aku di cek lagi, masih 5cm lagi bukaan nya. Doktor meminta kebenaran untuk memecahkan air ketuban. Doktor pesan, selepas ini aku akan lebih kerap merasa sakit.
-Dalam jam 1.00 pagi, selepas selesai mendaftar.... ChintaHati dibenarkan masuk ke dalam dewan bersalin untuk menemani aku.
-Sepanjang ChintaHati menemani aku, tidak putus-putus kata semangat yang diberi dan menenangkan aku..dia juga mengingatkan aku teknik-teknik pernafasan ketika kotraksi berlaku.
-Kontraksi semakin kerap berlaku dan kesakitan yang aku tanggung hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui.Sepanjang menahan kesakitan kontraksi in..mulut aku tak berhenti membaca doa Nabi Yunus dan berdoa agar Allah SWT memudahkan segala urusan aku.
-ChintaHati mengusap rambut dan memberi aku air masak yang disediakan pihak hospital diselang selikan dengan air selusuh yang dibuat oleh ChintaHati.
-Jam 9.30 pagi pintu rahim aku di cek entah keberapa kalinya..pintu rahim sudah terbuka 9cm...aku meminta pada nurse untuk meneran kerana sudah tak tertanggung sakit yang aku alami ini.
-Nurse memberi kebenaran untuk aku meneran tanpa menunggu bukaan pintu rahim terbuka sehingga 10cm. Dengan bantuan ChintaHati dan 5 orang nurse yang ada dalam dewan bersalin, aku meneran dengan sekuat hati..
-2 kali cubaan aku untuk mengeluarkan waris gagal...aku seperti sudah tidak cukup nafas dan ingin berputus asa sahaja...tetapi ChintaHati memberi kata semangat dan mengingatkan aku teknik untuk meneran yang betul. Aku bersemangat semula...Untuk kali k3 aku meneran sekuat hati dan.....
Alhamdullilah , tepat 10.03 pagi....dewan bersalin bergema dengan tangisan waris kami...aku dan ChintaHati berpandangan dan menitiskan air mata...
-Nurse angkat waris dan letakkan atas badan aku...Nurse suruh aku melihat jantina waris dan menyebutnya..
-"GIRL"...itu jawapan aku...dan ChintaHati terus memanggilnya "ZARA"...
-Zara dibawa keluar untuk diazan dan diiqamah oleh ChintaHati...sayup-sayup kedengaran suara ChintaHati..sekali lagi menitis air mata aku.
-Zara di timbang dan dipakaikan baju tanpa dimandikan....berat anak bonda 3.32kg. Semangat juga kamu ya...
-Ketika uri aku dikeluarkan..dan proses jahitan dijalankan.mata aku tak berkelip memandang Zara disebelah aku. Walaupun rambut dan dimuka Zara masih ada sisa-sisa darah lagi, aku peluk dan cium dia bertalu-talu...Bau syurga...wangi anak bonda.
-Setelah selesai proses jahitan..aku terus diminta untuk menyusukan Zara..Alhamdulilah,  Zara sudah pandai menghisap. Nurse pun menegur yang Zara anak yang pandai....
-Setelah selesai semua urusan di dewan bersalin, aku dipindahkan di wad bersalin...Along orang pertama yang melihat Zara. Along sempat tahnik kan Zara dengan bekalan kurma yang aku bawa...
-Waktu melawat 2 petang, ChintaHati datang dengan mak, Kak Teh dan Abang Ijal. Riuh sekejap katil aku dipenuhi dengan keluarga...
-Oleh kerana aku dan Zara tiada masalah, kami dibenarkan pulang pada sebelah petangnya.
-Alhamdulilah ya Allah...besar sungguh nikmat yang hambamu rasai ini...


Dear Zara, Bidadari Abah dan Bonda;
Alhamdulilah...
Kamu dilahirkan  2.4.14 pada jam 10.03 pagi..
Berat kamu 3.32 kg
Bersih kulit kamu sayang...
Wangi bau badan kamu sayang..bau syurga..
Tangan kecik kamu menggenggam erat jari Abah dan Bonda
Kami tahu, kamu takut dilahirkan di dunia ini...
Kamu tak keseorangan sayang...selepas ini Abah dan Bonda akan menjaga,melindungi dan mendidik kamu sebagai muslimah sejati.
Terima kasih ya Allah untuk kelahiran waris sulung kami...
Terima kasih bidadari Abah dan Bonda kerana melengkapkan kehidupan kami...


love,