Monday, 2 June 2014

Kelahiran Yang Di Tunggu

As Salam...

Lama sudah blog ni bersawang...Hari ni baru aku berpeluang untuk bercerita segala kisah aku bersama Waris Rino yang ditungu-tunggu...

Untuk pertama kalinya aku ingin kongsikan saat-saat aku melahirkan waris kami ini... 


1 April 2014
-Hari ni aku bekerja seperti biasa...Tapi selepas makan tengah hari tadi, aku sudah mula merasa sakit.Tapi aku tak ambik kisah sangat...aku anggap itu seperti braxton hicks sahaja.
-Tapi menjelang ke petang rasanya makin kerap...dan aku mula mengira masa setiap kali aku rasa sakit. Dalam kiraan aku, setiap 20 minit kontraksi itu akan terasa.
-Aku masih menahan sakit sendiri dan tidak memberitahu ChintaHati.
-Masuk je waktu Maghrib...kontraksi makin kerap datang...dalam perkiraan aku..setiap 15 minit dan lebih teratur.
-Pada waktu ini..aku dapat rasakan yang sakit ini memang bukan braxton hicks lagi, tapi ini memang kontraksi untuk bersalin. Aku mula beranikan diri untuk memberitahu ChintaHati.
-Dan....seperti yang dijangka!!! ChintaHati mula lah kelam kabut dan tak tentu arah.(Inilah sebab musabab kenapa aku tak nak beritahu awal).Mulalah dia kedepan kebelakang...pastu tanya, dah nak pegi hospital ke tak...nak makan apa..dah mandi belum..dah solat belum..dan macam-macam lagilah.
-Tapi...aku relax aja. Aku cakap, nanti...ni belum lagi. Kalau dah sakit sangat nanti baru aku bagi tahu nak ke hospital.
-Bila kontraksi tu makin kerap...dan aku pula dah tak senang duduk..barulah aku bagi tahu ChintaHati yang masanya dah tiba.
-Saat aku bersiap untuk ke hospital...ChintaHati sempat belikan aku burger untuk bekalan tenaga aku didalam dewan bersalin katanya.
-Sebelum aku berangkat ke hospital...sempat lagi aku mencium dua ekor anak bulus kesayangan aku., Sanggha dan Hart. Aku minta pada mereka untuk doakan keselamatan aku dan waris.
-Sepanjang perjalan ke hospital..ChintaHati menggenggam kemas tangan aku. Aku tahu ChintaHati cemas dalam melalui situasi ini...sama juga seperti aku.
-Sampai je Hospital Sultan Ismail...aku terus ke Kecemasan dan terus naik wad bersalin.
-Sebelum masuk bilik saringan aku sempat pesan pada ChintaHati untuk memberitahu keluarga aku dan Chintahati  mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.
-Oleh kerana waktu itu dah jam 11.30 malam, proses dibilik saringan itu agak cepat. Bila Doktor cek..bukaan pintu rahim aku dah 5cm. Aku diminta untuk tukar baju pink yang disediakan pihak hospital.

2 April 2014
-Tepat jam 12.15 pagi...aku dibawa masuk ke dewan bersalin. Nurse beri penerangan yang sebentar nanti doktor akan masuk untuk cek aku dan memecahkan air ketuban..Pada waktu dan ketika ini, baru aku rasa debaran untuk melahirkan waris sulung ini.
-Bila doktor masuk...pintu rahim aku di cek lagi, masih 5cm lagi bukaan nya. Doktor meminta kebenaran untuk memecahkan air ketuban. Doktor pesan, selepas ini aku akan lebih kerap merasa sakit.
-Dalam jam 1.00 pagi, selepas selesai mendaftar.... ChintaHati dibenarkan masuk ke dalam dewan bersalin untuk menemani aku.
-Sepanjang ChintaHati menemani aku, tidak putus-putus kata semangat yang diberi dan menenangkan aku..dia juga mengingatkan aku teknik-teknik pernafasan ketika kotraksi berlaku.
-Kontraksi semakin kerap berlaku dan kesakitan yang aku tanggung hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui.Sepanjang menahan kesakitan kontraksi in..mulut aku tak berhenti membaca doa Nabi Yunus dan berdoa agar Allah SWT memudahkan segala urusan aku.
-ChintaHati mengusap rambut dan memberi aku air masak yang disediakan pihak hospital diselang selikan dengan air selusuh yang dibuat oleh ChintaHati.
-Jam 9.30 pagi pintu rahim aku di cek entah keberapa kalinya..pintu rahim sudah terbuka 9cm...aku meminta pada nurse untuk meneran kerana sudah tak tertanggung sakit yang aku alami ini.
-Nurse memberi kebenaran untuk aku meneran tanpa menunggu bukaan pintu rahim terbuka sehingga 10cm. Dengan bantuan ChintaHati dan 5 orang nurse yang ada dalam dewan bersalin, aku meneran dengan sekuat hati..
-2 kali cubaan aku untuk mengeluarkan waris gagal...aku seperti sudah tidak cukup nafas dan ingin berputus asa sahaja...tetapi ChintaHati memberi kata semangat dan mengingatkan aku teknik untuk meneran yang betul. Aku bersemangat semula...Untuk kali k3 aku meneran sekuat hati dan.....
Alhamdullilah , tepat 10.03 pagi....dewan bersalin bergema dengan tangisan waris kami...aku dan ChintaHati berpandangan dan menitiskan air mata...
-Nurse angkat waris dan letakkan atas badan aku...Nurse suruh aku melihat jantina waris dan menyebutnya..
-"GIRL"...itu jawapan aku...dan ChintaHati terus memanggilnya "ZARA"...
-Zara dibawa keluar untuk diazan dan diiqamah oleh ChintaHati...sayup-sayup kedengaran suara ChintaHati..sekali lagi menitis air mata aku.
-Zara di timbang dan dipakaikan baju tanpa dimandikan....berat anak bonda 3.32kg. Semangat juga kamu ya...
-Ketika uri aku dikeluarkan..dan proses jahitan dijalankan.mata aku tak berkelip memandang Zara disebelah aku. Walaupun rambut dan dimuka Zara masih ada sisa-sisa darah lagi, aku peluk dan cium dia bertalu-talu...Bau syurga...wangi anak bonda.
-Setelah selesai proses jahitan..aku terus diminta untuk menyusukan Zara..Alhamdulilah,  Zara sudah pandai menghisap. Nurse pun menegur yang Zara anak yang pandai....
-Setelah selesai semua urusan di dewan bersalin, aku dipindahkan di wad bersalin...Along orang pertama yang melihat Zara. Along sempat tahnik kan Zara dengan bekalan kurma yang aku bawa...
-Waktu melawat 2 petang, ChintaHati datang dengan mak, Kak Teh dan Abang Ijal. Riuh sekejap katil aku dipenuhi dengan keluarga...
-Oleh kerana aku dan Zara tiada masalah, kami dibenarkan pulang pada sebelah petangnya.
-Alhamdulilah ya Allah...besar sungguh nikmat yang hambamu rasai ini...


Dear Zara, Bidadari Abah dan Bonda;
Alhamdulilah...
Kamu dilahirkan  2.4.14 pada jam 10.03 pagi..
Berat kamu 3.32 kg
Bersih kulit kamu sayang...
Wangi bau badan kamu sayang..bau syurga..
Tangan kecik kamu menggenggam erat jari Abah dan Bonda
Kami tahu, kamu takut dilahirkan di dunia ini...
Kamu tak keseorangan sayang...selepas ini Abah dan Bonda akan menjaga,melindungi dan mendidik kamu sebagai muslimah sejati.
Terima kasih ya Allah untuk kelahiran waris sulung kami...
Terima kasih bidadari Abah dan Bonda kerana melengkapkan kehidupan kami...


love,



No comments:

Post a Comment