Showing posts with label Mengidam. Show all posts
Showing posts with label Mengidam. Show all posts

Wednesday, 18 December 2013

Mengidam #6 (Pisang Goreng Keju)

As Salam~~~


 Ha...nampak!..mengidam lagi....Teringinnya pisang goreng keju ni adalah berpunca daripada kawan aku si Sidah ni r...ada ke patut dia upload picture pisang goreng keju yang gebus-gebus tu  kat wall FB. Lepastu...yang paling tak boleh blah...aku pulak ter tengok picture tu jam 1.30pg. Tak ke menaya tekak dan perut pada waktu dan ketika itu....Jadinya, terpaksalah aku menahan sehingga keesokan harinya...

 Ha...tengok! sape yang tak kecur tengok picture macam ni memalam buta kan...

Macam biasalah kan...cakaplah dengan ChintaHati nak makan pisang goreng keju ni..Lepastu Sidah pun dah bg arah tuju nak kedai tu. Seperti yang dihajatkan..kami pun pergilah mencari di kampung Pasir Putih...Masuk jew kampung Pasir Putih tu terus nampak kedai nya....Ramai juga yang menunggu...famous amous betul mak cik ni...

Pisang goreng yang ditabur coklat rice, susu pekat manis, serbuk coklat dan keju..nyum2..

 Alhamdulilah...dapat merasa juga =)


Date:18 Disember 2013/ 15 Safar 1435H
Waris Ayah Bonda: 25 weeks 2 days

love,



Monday, 16 December 2013

KR:Puding Roti Bakar + Sos Kastard =)

As Salam...


 Terlaksana juga keinginan nak makan puding roti dengan sos kastard time pregy ni.... Oleh kerana aku malas nak cari kat mana-mana tempat yang jual puding ni..jadinya, aku pun buatlah sendiri...

Kat bawah ni aku kongsikan resepi dan cara-caranya ya.. 


Bahan-Bahan Puding
8 keping roti
2 biji telur
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar butter/marjerin (dicairkan)
2 sudu besar kismis
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh esen vanilla
500 ml susu segar

Cara-cara


1. Masukkan telur,gula pasir,susu segar,marjerin dan serbuk kayu manis, esen vanilla, 1 sudu besar kismis dalam satu bekas. Gaul rata semua bahan-bahan diatas.(Aku guna garfu jew....tak payah guna mixer)


2. Masukkan roti yang telah dipotong atau di racik/dikoyak-koyakkan.(Aku suka belah dua,kalau korang nak koyak-koyakkan pun boleh..)
3.Rendam bahan-bahan diatas 5-10 minit.

4. Masukkan bahan-bahan tadi dalam loyang atau mangkuk kaca tahan panas. 
5. Baki kismis 1 sudu besar lagi tabur diatas roti.
6. Bakar 180'C dalam 30 minit.

7.Tadaaaaa... siap dah 

Bahan-Bahan Sos Kastard
1 tin susu cair
1/4 tin air masak (daripada tin susu)
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar tepung kastard

Cara-Cara
1.Masukkan semua bahan-bahan didalam satu periuk
2.Kacau dulu sehingga sebati (Kalau tak dikacau sebati nanti tepung castardnya berketul-ketul)
3.Masak di atas api sederhana.
4.Kacau sehingga mendapat kepekatan yang diingini..

Lepastu bolehlah dihidangkan...Tersangatlah senang nak buat resepi ni... 
Jangan lupa untuk mencuba =)


love,



Wednesday, 11 December 2013

Mengidam #5 (Pizza Hut:Cheesy Bites Trio Tempura King Prawn)

As Salam~~~

Daripada bulan lepas ayik tengok iklan Pizza Hut yang baru tu....Bila tengok iklan jew..telan air liur  ni r....Bila dah tak tahan sangat menahan..aku pun suarakan lah isi hati ni kat ChintaHati.Nasib baiklah ChintaHati ikut jew keinginan aku ni... Jadinya, hari Sabtu lepas tertunailah keinginan aku yang sekian lamanya tertangguh....

Sampai jew Jusco,terus pergi Pizza Hut.... Kami oder untuk set 2 orang Cheesy Bites Trio.. Oleh kerana aku tak minum air bikarbonat ..air Mountain Dew tu aku tukar Twister. Lepastu, ChintaHati tambah Roasted Drummets.


Mengikut tekak aku lah kan...daripada 3 jenis cheese yang dihidangkan ni..aku paling suka bahagian yang isi dalamnya keju campuran warna kuning dan putih daripada isi yang dalamnya putih jew...

Seperti biasa...walaupun kami makan ber "tiga" ....kami tetap tak dapat habiskan makanan yang ber set ni. Jadinya kami pun tapawlah sepotong pizza dan 2 ketul drummet yang tak habis ni...

Alhamdulilah...tertunai keinginan nak makan Pizza Hut ni...

Date:11 Disember 2013/ 8 Safar 1434H
Waris Ayah Bonda: 24 weeks 2 days


love,



Wednesday, 9 October 2013

Mangidam #4 (Pretzel Auntie Anne's)

As Salam~~~

Cherita Jumaat Lepas.

Tetiba jew tengah-tengah malam ni terbayang pretzel Auntie Anne's... Tengok jam dah 12.00 mlm. Memang tak dapat lah kalau aku mintak dengan ChintaHati waktu-waktu gini ni kan..

Tapi aku suarakan juga keinginan aku ni pada dia...Seperti yang aku jangka, dia kata esok lah kita cari..Memalam buta gini mana ada yang bukak.

Seperti yang dijanji, selepas kami siap mengemas rumah, kami terus sahaja menuju ke KSL City. Kalau di Johor Bahru ni, ada 2 jew cawangan Auntie Anne's ni, satu di KSL City, satu lagi di Plaza Pelangi.

Sampai jew di KSL City, kami pun pusing-pusing lah cari kedai Auntie Anne's ni. Oleh kerana malas nak memusing jejauh sangat, kami terus pergi tanya kat kaunter pertanyaan. Lepas dah dapat panduan dari akak yang jaga kaunter pertanyaan tu..kami pun terus jelah menuju ke Auntie Anne's ni..

Bila nampak jew logo Auntie Anne's kat tiang tu..senyum lebar lah aku kan...Lepastu aku terus beratur... macam biasa, aku oder Pretzel Almond. Aku oder 3, 2 untuk aku, 1 untuk ChintaHati. Bagi aku, perisa Almond paling sedap...sebab dapat sos caramel sekali.Kalau makan memang cair lah dalam mulut...

 Dapat jew pretzel ni, kami terus balik kampung...

Jadinya, aku makan dalam kereta lah...


Alhamdulilah... hilang ngencis aku. Dapat jew pretzel ni terus lena tido...hahaha


Date:7 Oktober 2013/ 2 Zulhijjah 1434H
Waris Ayah Bonda: 15 weeks

 
 love,



Thursday, 3 October 2013

#DRAFT 12: Mengidam #3 (Cendol + Rojak Manis)

As Salam~~~

Semalam tengok rancangan TV  " Best in The World" yang di hoskan oleh Razif. Biasalah, tengah mengandung ni semua makanan nampak sedap.. tapi satu yang aku tertarik dalam rancangan semalam bila dia makan Rojak Manis dengan Cendol. Aku pun mulalah ngencis. Lepastu, kepala otak ni pun mulalah ligat ingat lokasi makan mana yang aku boleh cari 2 makanan ni sekaligus.

Dan dengan sekelip mata aku teringat gerai makan di Kampung Baru, Sg Mas. Gerai Mama Jelly ni memang dah TOP dekat situ....menu diorang memang special dan limited, ada Mee Rebus, Laksa Johor, Rojak Petis, Rojak Manis, Soto Nasi dan Soto Mee. Minuman special, Cendol dan Air Kelapa lah... air lain pun ada jual juga. Tapi, setiap kali aku datang sini..aku memang akan oder Cendol dan Laksa Johor. Cuma hari ni lah...aku oder Cendol dan Rojak Manis.

Oleh kerana hari ni aku balik kampung, jadi tak da hal ChintaHati menurut keinginan aku ni. Perjalanan dari Pasir Gudang ke Bukit Waha melalui Highway Desaru memang akan melalui gerai ni...Jadinya, aku memang langkah kanan lah. Sampai jew gerai aku pun terus oderlah menu aku tukan..Chintahati macam biasa, menu dia Mee Rebus dan Cendol Pulut. 

Alhamdulilah...hilang ngencis aku. Tapi dalam rancangan "Best in The World" , Rojak Manis dia ada letak sambal sotong..yang kat sini takdalah. Tu jelah yang aku kecewa sikit..tapi time makan tu, aku tetap bayangkan yang aku makan ni rasanya sama dengan Rojak Manis Taman Titiwangsa dalam rancangan tu!!! hahahaha..

Lepas dah selesai makan, aku bungkus 2 Laksa Johor lagi... Menu wajib lah katakan.. tak dapat makan kat situ aku tapau lah..





Draft:
Date :28 September 2013 /22 Zulkaedah 1434H
Waris Ayah Bonda : 13 weeks5 Days


 love,



#DRAFT 10 : Mengidam #2 (Sambal Ikan Bilis Atok & Putu Bambu Air Hitam)

As Salam~~~

Hujung minggu lepas aku dan keluarga ChintaHati turun ke Muar sebab ada walimatul urus sepupu ChintaHati. Kendurinya hari Sabtu..jadi kami bertolak dari Pasir Gudang hari Jumaat malam. Kononnya nak gerak awal..tapi terpaksa siapkan tempahan customer last2 minute. Jadinya, keluarga ChintaHati dari Bukit Waha gerak dululah tanpa kami...

Hari Sabtu tu macam biasalah, walimatul urusnya berjalan dengan meriah dan penuh dengan tetamu. Kami semua melepak dirumah sepupu ChintaHati dari pagi sampai lah petang. Sepanjang aku kat situ, seingat aku 3 kali jugalah aku makan nasi..itu tak termasuk cumil-cumilan lagi. Tetiba jew lauk ikan keli masak cekur jadi peberet aku ari tu...Pada belah petangnya,sebelum balik rumah Atok... semua sedara-sedara ChintaHati tolong mengemas apa2 yang patut.

Malam tu kat rumah Atok aku adalah request nak sambal ikan bilis yang Atok masak... Time tu, Atok dah tido. Aku hanya cakap2 kosong jelah dengan Kak Ayu(Kakak ChintaHati). Tetiba jew.. pagi sabtu tu Atok kejut aku suruh sarap..katanya sambal dah siap..Lor....terharu kot. Aku cakap kosong jew malam tadi...tetiba dah siap pagi ni... Atok cerita, Atok Bapak sanggup pegi kedai cari cili padi, lepastu kat kedai tak ada Atok pergi petik kat belakang rumah...Alhamdulilah..merasa juga aku sambal yang Atok buat. Sedap sangat kot sambal yang Atok buat ni..sekejap jew dah habis..tak sempat aku nak ambil gambar..

Dah siap sarap semua..aku pun melepak-lepak lah dalam bilik sambil berbual-bual dengan Kak Ema(Biras Aku). Tetiba pula tekak ni terasa nak Putu Bambu. Yang aku ngidam ni bukan Putu Bambu jual kat pasor-pasor lambak tu tau...aku nak Putu Bambu yang jual kat Air Hitam tu r...

Aku pun suarakanlah hasrat ni kat ChintaHati, nasib baiklah perjalanan nak pergi ngantor sepupu ChintaHati ke rumah lelaki nanti lalu sana. So, ChintaHati kata NO PROBLEM!!!!.

Sampai dekat kedai Putu Bambu Special ni, baru jam 2 petang...tapi, orang dah ramai beratur. ChintaHati pun beratur lah juga...Kat kedai ni ada 2 tempat masak Putu Bambu, 1 kat bahagian depan, 1 kat bahagian tepi. Dah 2 tempat pun masih ramai yang beratur...nampak sangat Putu Bambu ni memang sedap kan... Kat sini ada juga gerai2 lain yang jual Putu Bambu ni..tapi, kalau nak kenal kedai Putu Bambu Special ni ...pekerjanya pakai uniform warna oren. 1 polisterine ada 6 ketul, harganya RM2.50.

Alhamdulilah...dapat juga aku makan Putu Bambu Special ni... bau daun pandan yang digunakan tu memang semerbak, lepastu tepungnya yang lembut dan gula melaka nya yang tak kedekut tu memang meletuplah kat mulut. Sedapnya rasa Putu Bambu tu sampai tengah menaip ni pun aku terbayang lagi...ngencis kejap..




Draft:
Date :16 September 2013 /10 Zulkaedah 1434H
Waris Ayah Bonda : 12 weeks



 love,



#DRAFT 8 : Mengidam #1 (Bubur Nasi Sentosa)

As Salam~~~

Hari ni genap usia Waris 10 minggu...Alhamdulilh semuanya ok, cuma aku masih belum ada selera makan lagi. Lagi-lagi di siang hari...memang meneguk susu dan makan buah-buahan jelah. Nasi cuma makan 3, 4 suap jew...itupun kalau di suap ChintaHati, kalau tak....memang tak makan nasi lah aku...Kalau malam barulah boleh makan macam biasa..

Buat masa ni aku belum nak mengidam yang pelik-pelik lagilah.. Cuma 1 hari tu jew tetiba teringin nak makan bubur nasi kat Sentosa. Aku dah bagi tahu ChintaHati petang tu nak makan..tapi oleh kerana ChintaHati ada latihan gym waktu malam hari.....jadinya aku kena tunggulah sampai latihan dia siap. Masa ChintaHati balik dari gym aku dah tido dah...TAPI....oleh kerana teringin sangat nak makan bubur nasi tu...bangun jugalah aku siapkan diri. Kami gerak dari Pasir Gudang jam 11 malam... 

Sampai2 jew, terus oder.... Kalu kat Bubur Nasi No 1 Sentosa ni, layanannya memang cepat.. air tak sampai lagi bubur dah sampai. Aku terus ngap lah kan...tak payah nak tunggu-tunggu air ni. Ah...nikmat gila kot time tu...dahlah memang lapo pastu campur dengan teringin..memang cepat jelah aku habiskan bubur semangkuk ni...


Selamat sudah hajat aku nak makan Bubur Nasi No 1 Sentosa ni...lepas ni tak tahu lah teringin nak makan apa pulak...Waris tak mau minta yang bukan-buka yew sayang =)


Draft:
Date :2 September 2013 /26 Syawal 1434H
Waris Ayah Bonda : 10 weeks

 love,