Thursday, 3 October 2013

#DRAFT 10 : Mengidam #2 (Sambal Ikan Bilis Atok & Putu Bambu Air Hitam)

As Salam~~~

Hujung minggu lepas aku dan keluarga ChintaHati turun ke Muar sebab ada walimatul urus sepupu ChintaHati. Kendurinya hari Sabtu..jadi kami bertolak dari Pasir Gudang hari Jumaat malam. Kononnya nak gerak awal..tapi terpaksa siapkan tempahan customer last2 minute. Jadinya, keluarga ChintaHati dari Bukit Waha gerak dululah tanpa kami...

Hari Sabtu tu macam biasalah, walimatul urusnya berjalan dengan meriah dan penuh dengan tetamu. Kami semua melepak dirumah sepupu ChintaHati dari pagi sampai lah petang. Sepanjang aku kat situ, seingat aku 3 kali jugalah aku makan nasi..itu tak termasuk cumil-cumilan lagi. Tetiba jew lauk ikan keli masak cekur jadi peberet aku ari tu...Pada belah petangnya,sebelum balik rumah Atok... semua sedara-sedara ChintaHati tolong mengemas apa2 yang patut.

Malam tu kat rumah Atok aku adalah request nak sambal ikan bilis yang Atok masak... Time tu, Atok dah tido. Aku hanya cakap2 kosong jelah dengan Kak Ayu(Kakak ChintaHati). Tetiba jew.. pagi sabtu tu Atok kejut aku suruh sarap..katanya sambal dah siap..Lor....terharu kot. Aku cakap kosong jew malam tadi...tetiba dah siap pagi ni... Atok cerita, Atok Bapak sanggup pegi kedai cari cili padi, lepastu kat kedai tak ada Atok pergi petik kat belakang rumah...Alhamdulilah..merasa juga aku sambal yang Atok buat. Sedap sangat kot sambal yang Atok buat ni..sekejap jew dah habis..tak sempat aku nak ambil gambar..

Dah siap sarap semua..aku pun melepak-lepak lah dalam bilik sambil berbual-bual dengan Kak Ema(Biras Aku). Tetiba pula tekak ni terasa nak Putu Bambu. Yang aku ngidam ni bukan Putu Bambu jual kat pasor-pasor lambak tu tau...aku nak Putu Bambu yang jual kat Air Hitam tu r...

Aku pun suarakanlah hasrat ni kat ChintaHati, nasib baiklah perjalanan nak pergi ngantor sepupu ChintaHati ke rumah lelaki nanti lalu sana. So, ChintaHati kata NO PROBLEM!!!!.

Sampai dekat kedai Putu Bambu Special ni, baru jam 2 petang...tapi, orang dah ramai beratur. ChintaHati pun beratur lah juga...Kat kedai ni ada 2 tempat masak Putu Bambu, 1 kat bahagian depan, 1 kat bahagian tepi. Dah 2 tempat pun masih ramai yang beratur...nampak sangat Putu Bambu ni memang sedap kan... Kat sini ada juga gerai2 lain yang jual Putu Bambu ni..tapi, kalau nak kenal kedai Putu Bambu Special ni ...pekerjanya pakai uniform warna oren. 1 polisterine ada 6 ketul, harganya RM2.50.

Alhamdulilah...dapat juga aku makan Putu Bambu Special ni... bau daun pandan yang digunakan tu memang semerbak, lepastu tepungnya yang lembut dan gula melaka nya yang tak kedekut tu memang meletuplah kat mulut. Sedapnya rasa Putu Bambu tu sampai tengah menaip ni pun aku terbayang lagi...ngencis kejap..




Draft:
Date :16 September 2013 /10 Zulkaedah 1434H
Waris Ayah Bonda : 12 weeks



 love,



No comments:

Post a Comment