Thursday, 31 October 2013

Pengalaman Minum Air Gula

As Salam ~~~


Sebelum ni asyik dengar orang bercerita jew kan...Ha! sekarang ni aku pula yang kena. Pada mulanya aku ingat kena minum air gula ni sebab darah cair atau ada sejarah kencing manis jew. Tapi banyak lagi sebab kenapa kita kena minum air gula ni...Macam kes aku sebab berat naik lebih 2kg dalam masa 1 bulan.

Manalah tak naiknya...masa aku cek kandungan 4 bulan hari tu, aku baru dapat selera makan selepas 3 bulan kena morning sickness. Memang melantak jelah kerjanya...Lepastu part yang paling best, masa cek 4 bulan tu baru lepas sehari Hari Raya Aidil Adha. Memang naiklah kan berat aku ni..mana tak nya, melantak ketupat, rendang, ayam masak kacang,sup gear box lagi, pastu ada BBQ lagi...memang makan sakan lah aku  hari tu.

Masa cek 4 bulan tu, berat aku naik 3.1 kg...Jadinya aku kenalah minum air gula ni..... Proses untuk minum air gula ni mengambil masa 1 minggu juga. 5 hari berturut aku kena datang klinik untuk ambil tekanan darah sahaja,lepastu hari keenam cuti. Hari ketujuh baru kena minum air gula.

Sehari sebelum minum air gula, aku kena puasa dari jam 10 malam sehingga esok pagi. Kena datang jam 8 pagi untuk minum air gula ni...kalau tak, ujian tak boleh dilakukan. Sampai jew klinik, terus kena pergi bilik khas, masa aku sampai, dah ramai juga yang tengah minum dan menunggu giliran. Macam-macam gelagat aku tengok dirang minum air gula ni. Ada yang termuntah, ada yang tutup hidung, ada yang sampai nangis-nangis. Suspen jew kan...aku pun risau apa reaksi aku nanti,

Dalam 5 minit tunggu, nama aku kena panggil. Mula-mula kena ambil darah dulu, lepastu baru kena minum air gula. Mula-mula nak telan tu takut juga, terbayang-bayang orang cakap yang air gula ni sangat-sangat MENYEKSAKAN... Tapi, cepat-cepat aku tukar mind set aku. Tahan nafas, dan cuba seteguk...Owh...camni jew rasanya, macam air suam campur gula jew. Lepastu aku terus habiskan secawan air gula ni.Ah...lega..

Lepastu, aku ingatkan dah boleh makanlah kan...perut aku ni dah memulas-mulas kelaparan. Tapi, nurse cakap tunggu sampai jam 10 pagi. Ah!!!!....LAPO!!! . Tapi nak wat macam mana, kenalah menurut perintah.Aku pun melepak lah kat klinik ni menunggu jam 10 pagi. Tunggu punya tunggu...tetiba aku rasa macam nak muntah. Ha...berlari lah aku ke tandas. Kau....memancut-mancut aku muntah air gula. Lepastu, kepala aku dah lalok....Melepek jew lah aku kat ruangan menunggu ni.Tak lama lepastu, baru nurse datang untuk ambik darah kali kedua. Lama juga aku tunggu nama dipanggil. Lepas ambik darah jew...aku terus balik.

Balik terus pergi kedai makan, makan nasi lemak sebungkus dengan air milo ais...Ah...lega...Sampai rumah, aku terus tido sebab kepala lalok yang amat.

Harap lepasni tak dalah kena minum air gula lagi.... Pasal minum tu aku tak kisah sangat, tapi yang aku tak tahan 5 hari berturut kena datang klinik pastu kena menahan lapo..Ah..tak sanggup tak sanggup....


Date:31 Oktober 2013/ 26 Zulhijjah 1434 H
Waris Ayah Bonda : 18 weeks 3 days

 love,



2 comments:

  1. Seksa jugak kalau muntah2 lepas minum air gula kan.... Thanks 4 sharing ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. seksa lah juga...mcm bom nak meletup gitu...tapi utk ank..lynkn jelah..

      Delete