As Salam~~~
Hujung minggu lepas aku ada sampaikan hasrat aku pada Chintahati yang aku pernah berniat untuk buat bubur merah putih jika aku hamil. Pada mulanya aku nak buat pada Raya Haji akan datang..yelah,time ni kan ramai kengkawan balik kampung..Jadi, bolehlah aku bagi mereka dan berkongsi berita tentang kehamilan aku ini. Tetapi...ChintaHati tak bagi..dia kata, kalau dah berniat tu lebih baik diawalkan..yelah ibaratnya aku seperti sudah bernazar lah kan..
Ini pun dah kira lewatlah kan aku sempurnakan niat aku ini.Bukannya aku sengaja, aku masih terngiang-ngiang peristiwa tentang kejadian kandungan aku yang pertama. Jadi aku ambil keputusan untuk buat masuk 2nd Trimester ini.
Oleh kerana aku tak ada kepakaran untuk buat bubur merah putih ni..Aku serahkan lah pada Mak aku yang pakar masak tu.... Lepas dah siap masak, aku dengan ChintaHati pun agihkanlah pada jiran-jiran dan kenalan terdekat kami. Seperti yang aku jangka, mereka semua terkejut dengan berita kehamilan aku ini.
Alhamdulilah...terlaksana sudah niat aku. Moga semuanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T selepas ini. Amin~~~
Draft:
Date :30 September 2013 /24 Zulkaedah 1434H
Waris Ayah Bonda : 14 weeks
love,
No comments:
Post a Comment