As Salam~~~
Buat masa ini kandungan aku baru masuk minggu ke lapan atau 2 bulan... Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar pada AWALNYA... ya pada awalnya.. masuk minggu ke enam aku dah mula loya2 , sakit2 badan , sakit kepala dan boleh dikatakan satu badanlah sakit dan serba tak kena...
Kata orang, lain anak lain pembawanya... Masa kandungan pertama aku dulu langsung tidak ada rasa loya atau sakit satu badan ni...Kandungan kedua ini semua aku merasa. Alhamdulilah..ni lah 'nikmat' perempuan yang mengandung ini. Aku terima seadanya...
Ketika aku kena simptom2 ni ialah ketika awal raya..mau x sedih aku. Orang lain makan sedap2 aku dok menengok jew.. Nak lah juga rasa makanan tu...baru masuk, dah keluar balik. Tapi yang baiknya, aku ni loya takdalah sepanjang hari.. aku start loya dari waktu maghrib sampailah aku tertidur. Selagi tak tidur..selagi tu lah aku akan muntah2.
Bila ditanya oleh sedara2 yang lain, rupanya ada juga yang sama simptom dengan aku. Diorang pun ada yang start loya dari waktu maghrib.. So, aku ni tak pelik lah kan. Hahahahah..
Untuk kandungan kedua ini aku sangat bersyukur, kerana ChintaHati sangat memahami dan menjaga aku dengan penuh sabar dan kasih sayang. Setiap kali aku muntah2, dia ada di sisi untuk menenangkan dan memicit micit tengkuk dan badan aku ni r... Lepastu, malam2 rajin dia mengurut badan2 aku yang sengal2 ni r...
Alhamdulilah, aku merasai pengalaman ibu mengandung seperti perempuan2 di luar sana.
*Di sini aku sertakan artikel Kebaikan/Kelebihan Morning Sickness dan Cara Mengatasinya
Draft:
Date : 21 August 2013 /14 Syawal 1434H
Waris Ayah Bonda : 8 weeks 2 day
love,
Date : 21 August 2013 /14 Syawal 1434H
Waris Ayah Bonda : 8 weeks 2 day
love,
No comments:
Post a Comment