As Salam~~~
Akhirnya..... Alhamdulilah, buat juga aku buku merah ni. Pada awalnya aku nak buat buku merah ni di Klinik Kesihatan kat kampung aku jew..ya lah, kat kampung ni tak ramai orang kan. Tak dalah penat nak menunggu. Tapi bila dipikir2 balik, nanti asal ada appointment jew mestilah aku kena balik kampung... so, rasa tak sanggup lah pulak. Jadi keputusannya, aku buat buku merah ni di tempat aku menetap je lah...
Kononnya, nak pg buat buku hari Isnin yang lepas. Lepastu, ChintaHati pergi rumah mak cik dia. Terkeluarlah pulak time berbual tu yang aku ni tengah mengandung. Dan2, makcik dia suruh buat buku merah ni hari Khamis, saing dengan anak dan jiran dia sekali. Oleh kerana aku ni tak tahu prosedur nak buat buku merah, aku pun iya kan jelah, paling kurang pun nanti jiran makcik ChintaHati yang dah ngandung anak ke 3 boleh lah jd guide aku ngan anak makcik ChintaHati nanti.
Sebenarnya, janji nak pegi klinik hari ni jam 7 pagi. Tapi aku rasa macam terlalu awal sangat. Ialah, klinik kan bukak jam 8 pagi. Aku pun tak dalah beriya sangat siap awal2. Lepastu, makcik ChintaHati dah call2 suruh cepat, time tu baru pukul 7.30 pagi. Last2 dia pergi dulu. Jadinya, ChintaHati lah yang menghantar aku pg klinik hari ni. Sampai jew kat KK Masai ni, terperanjat aku tengok orang dah ramai. padahal time tu baru kul 8 pagi kot...Memang patutlah mak cik ChintaHati suruh pergi kul 7, hahaha. Padan muka aku.
Pada mulanya aku ingat ChintaHati nak ngantor aku pastu balik, sbb aku dah inform kat dia yang nak buat buku merah ni makan masa dan lambat siapnya. Tapi dia nak juga teman...so, aku ok jew =)
Kat bawah ni aku listkan prosedur untuk buat buku merah di Klinik Kesihatan Masai ;
1)Ambil No di kaunter, satu slip No letak ic pastu letak di bakul yang disediakan, satu lagi slip No pegang untuk rujukan sendiri.
2) Tunggu sehingga nama dipanggil, Nurse akan panggil nama dikaunter depan tadi untuk isi maklumat ringkas di buku merah.
3)Lepas siap bagi keterangan diri, kena pergi makmal. Di makmal, kena beli botol untuk isi urine, RM1. Buat ujian urine dan kena ambil darah.Darah kena ambil 2 bekas, 1 bekas untuk buat ujian HIV di makmal situ juga. 1 bekas kena bawa ke makmal lagi satu untuk ujian lain pula. Lepastu tunggu kat situ untuk tahu keputusan HIV sama ada positive/negative. Lepas nama dipanggil, bawa lagi satu botol darah ke makmal di bahagian farmasi pulak.
4)Di makmal kat bahagian farmasi, kena ambil no giliran lain. Kena tunggu lagi sehingga keputusan diperolehi. Nanti dapat sekeping kertas keputusan darah kena pergi bilik No 6.
5)Di bilik No 6, kena tunggu giliran lagi.....disini, prosedurnya adalah mengisi maklumat2 ringkas di dalam buku merah. Nurse akan tanya sejarah kesihatan kita dan keluarga. Kat sini juga kita kena beli sampul untuk buku merah tu , RM2 jew... Lepas selesai, ke bilik No 7 pulak....
6) Di bilik No 7, pemeriksaan dilakukan oleh Nurse juga. Di bilik ni, pemeriksaan dilakukan dengan lebih terperinci. Nurse akan check payudara dan keadaan perut. Lepastu, nurse akan bagi maklumat dan nasihat tambahan untuk kesihatan semasa kehamilan. Di sini juga nurse akan tentukan next appointment kita. Next appointment aku kena datang 5 September. Sepatutnya selepas check di bilik ni dah boleh balik.Tetapi....
7)Oleh kerana time ni aku kena batuk berkahak, aku terus diusulkan ke bilik Doktor. Menunggu lagi~~~~~Tak lama menunggu, aku kena panggil. Doktor yang check aku, Doktor lelaki India. Tapi ok lah, tak garang, berlembut jew dengan pesakit. Lepas dah tanya serba sedikit pasal kandungan dan keadaan kesihatan aku, Doktor terus suruh baring untuk scan perut... Time ni aku suka, yalah...dapat tengok Waris kan.... Ok, perkembangan Waris aku Alhamdulilah, membesar seperti sepatutnya. Doktor tunjuk kat aku yang Waris dah ada heart beat, kaki dan tali pusat dah terbentuk.... Alhamdulilah ya Allah.
8)Lepas selesai jumpa Doktor, tunggu lagi untuk buat appointment baru dengan Nurse pulak. Oleh kerana tadi Doktor dah scan dan check semuanya, jadinya next appointment aku 19 September ni. Hohohoho.. lagi sebulan baru ngadap ni semua sekali lagi....
9) Last sekali.....pergilah ambil ubat di farmasi.
Alhamdulilah, selesai semuanya... Balik rumah dengan kelaparan. Mana tak nya, dari jam 8 pagi hingga jam 12 tengah hari baru selesai!!! lain kali nak datang kena bawak bekalan lebih sikit. Kesian Waris lapo menunggu Bonda siap checkup semua ya...
Draft:
Date : 22 August 2013 /14 Syawal 1434H
Waris Ayah Bonda : 8 weeks 3 day
Date : 22 August 2013 /14 Syawal 1434H
Waris Ayah Bonda : 8 weeks 3 day
No comments:
Post a Comment