Thursday, 3 October 2013

#DRAFT 2 : 1st Checkup - 2nd Pregnancy

As Salam~~~

Setelah yakin yang aku positive pregnant, aku terus teringat Dr Hasmah, personal doktor yang merawat aku. Katanya, jika aku pregnant, cepat2 datang hospital untuk mendapatkan rawatan kuatkan rahim aku. Jadinya...malam semalam aku pun beritahu ChintaHati pesanan Dr Hasmah ni. ChintaHati tak berapa setuju, katanya..biarlah lama sikit baru cek doktor. Aku pun cakaplah elok2 dengan dia...Kn doktor dah cakap kalau 2 @ 3 hari tahu positive pregnant jew terus jumpa dia..ni bukan nak cek biasa jew..ni kan  nak buat tindakan awal untuk kuatkan rahim. Penerangan aku agak sedikit tegas padanya...ya lah, aku nak dia paham dan support apa yang aku buat. Aku harap sangat kandungan kedua aku ini dapat membesar dalam rahim ini.

Jadinya, sekarang ni aku baru balik dari hospital. Alhamdulilah... Dr Hasmah sahkan aku mmg positive pregnant!!!!!!! . Dekat hospital tadi aku tak check UPT lagi, terus jew scan. Pada awalnya dia nak scan melalui Miss V, tapi...oleh kerana baru awal pregnancy dia pun takut nak scan melalui Miss V.  Jadinya scan jewlah kat perut aku ni r....Daripada mata kasar aku ni mmg xnmpklah lah kan. Tapi time Dr letak jew alat pengesan tu kat perut aku ni..terus jew dia nampak dan tunjuk kat kitaorang..wah..... Excited gila kot!!! Dr Hasmah cakap perut aku kecik, tu yang senang nampak...hahahhaha 

Lepas dah scan tu... dia pun bagilah penerangan serba sedikit. Dr sahkan aku positive, ada nampak 1 kantung kat rahim aku. 1 kantung untuk 1 baby katanya... masa Dr bg penerangan, aku ngn Chintahati senyum2 kambing jew.. tak banyak mencelah..ya lah, excited kot!! sampai dah tak terkata apa2... Untuk appointment kali ini, aku dibekalkan dengan ubat folic acid dan duphaston sahaja. Untuk next appointment baru di beri injection. Mula dr hari ni, Dr Hasmah akan pantau kandungan aku sehingga habis trimester pertama. Aku dijadualkan untuk buat checkup dengan Dr Hasmah seminggu sekali. Ini adalah kerana aku ada history miscariage, so..hadap jelah...

Selesai sesi check dan penerangan kami tunggu untuk bayar bil dan ambil ubat.. Sementara aku menunggu nak ambil ubat, ChintaHati buat bayaran zakat fitrah untuk kami.

Alhamdulilah..urusan hari ini dipermudahkan. Terima kasih Ya Allah...

Tunggu giliran =)

Kawasan menunggu dan pintu bilik Dr Hasmah

Bill dan Ubat ^.^

Draft:
Date : 25 July 2013 / 16 Ramadhan 1434H
Waris Ayah Bonda:4 weeks 3 day
DPO : 18


   love,




2 comments:

  1. Salam..nk tny..awak check up dkt penawar..dorg ade bg buku check up x kt kite mcm buku merah gov?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikummussalam... tak da. dia bg kad jew...Untuk Hospital Penawar ni saya checkup msa awal kandungan jew.. untuk checkup setiap bulan saya ke KK ...

      Delete