As Salam,
Hari ni kandungan aku masuk minggu ke- 11. Jadinya..sepanjang minggu ini aku mempersiapkan diri untuk masuk Trimester 2.
Walaupun dah 11 minggu perut aku masih belum kelihatan lagi. Minggu ni alahan aku kurang sedikit, tetapi masih muntah2 dan sakit2 badan.
Minggu ni aku sibuk menolong ChintaHati menguruskan semula Rino Printing. Aku keluar berjumpa dengan suppliers, mengambil barang dan menguruskan tempahan pelanggan. Bila sampai di tempat2 suppliers mereka semua beri layanan yang special..rupa-rupanya ChintaHati dah beritahu mereka yang aku sedang mengandung sekarang. Macam2 yang mereka tanya dan beri. Alhamdulilah, walaupun kebanyakan suppliers aku bangsa Cina, tapi mereka semua rapat dan sentiasa menolong kami.
Dah alang-alang keluar jumpa suppliers di luar ni...aku pun menyinggah lah juga farmasi untuk cari supplement tambahan untuk Trimester 2 nanti. Kat bawah ni supplement yang aku beli mengikut nasihat doktor dan nurse ya...
1) IBERET FOLIC
* Iberet Folic ni adalah supplement yang terbaik dan paling mudah dimakan untuk ibu mengandung..kerana mengandungi kesemua vitamin yang di perlukan oleh anak dalam kandungan hanya dalam sebiji pil sahaja
*Dan menurut nurse yang aku rujuk...Iberet Folic adalah ranking pertama supplement yang paling cukup kandungan vitamin yang diperlukan oleh ibu dan anak dalam kandungan.
* Selepas Iberet Folic barulah diikiuti dengan ubat yang diberi di Klinik Kesihatan (Pil 4 serangkai). Dan seterusnya...adalah Obimin..Walaupun Obimin sama dengan Iberet Folic, tapi kandungan keempat2 vitamin dalam sebiji pil adalah rendah.
*Aku beli di Guardian ,harganya RM35.30 sekotak dan ada 30 biji pil pink ni =)
2) NEUROGAIN PB
* Neurogain Pb ni pulak adalah fungsinya untuk untuk perkembangan otak,mata dan pertumbuhan baby dalam kandungan. Selain itu, ia juga untuk kuatkan urat-urat saraf. Ini yang diberitahu oleh nurse yang bertauliah lah kan. Untuk kebaikan selanjutnya boleh lah tanya Encik Google =)
*Ini testimoni dari pengguna Neurogain Pb :
"My wife took NeuroGain for Pregnant & Breastfeeding when she was 3
months pregnant with the recommendation from our gynae and friends. We
are very happy with the results. Our baby girl, Kattie was born last
November 2007. She is very attentive and alert from the day she is born
until today. Comparing her with other babies of same age, she is
definately a fast learner . All our family and friends also commented
the same."
CP SohSingapore
*Neurogain PB ni aku beli di Farmasi Dillons dalam Giant Tampoi. Harga sebotol RM49.90 dan ada 30 biji.
Draft:
Date :10 September 2013 /4 Zulkaedah 1434H
Waris Ayah Bonda : 11 weeks 2 Days
love,
Setakat ni mkn obimin je lh
ReplyDelete.
Sis amalkan obimin kew???
DeleteSaya amalkan 2 supplement ni je lah...itupun mengikut nasihat gynae saya.