Wednesday 31 July 2013

Penjaga Sementara =)

As Salam~~~

Hari ni sebenarnya dah masuk 2 minggu aku dan ChintaHati menjadi penjaga pada budak si Tom ni. Tom ni kucing nenek aku, buat sementara waktu ini nenek aku teman sepupu aku sebab suami sepupu kena outstation. Kalau di biar di kampung, mak aku cakap nanti tak ada orang yang rajin nak bagi si Tom ni makan.Jadi aku dan ChintaHati lah calon yang sesuai untuk jadi penjaga sementara budak bulat ni...

Aku tak kisah jew, boleh juga jadi peneman si Hart dan Sangha. Pada awalnya, si Tom ni memanglah jangkal di Teratak Rino ni...tapi dah masuk 3/4 hari dah ok..Minggu k2 ni pulak dah pandai mintak makan bila lapor..kalau tak, sampai kena paksa makan, baru nak makan....

Alhamdulilah, keadaan terkawal setakat ni. Cuma kadang2 si Sangha jew lah yang masih x kamceng dgn si Tom ni. Si Hart suka sangat bila si Tom ada. Asyik bergurau jew keja mereka...






love,

Duit Raya ^.^

As Salam~~~

Tahun ni tahun ke 2 aku dan ChintaHati memberi duit raya....Tahun ni aku lebih advance sikit, tukar duit raya awal dari tahun lepas...Tahun lepas punyalah lambat aku p tukar duit raya..sampai pegi ke 4 bank, semua duit dah habis...hampeh betul.

Hari ni, hari kedua bank baru bukak untuk penukaran duit raya. Ok lah kan...Tadi pun aku pergi CIMB Pasir Gudang tinggal duit RM1 dan RM5 jew, tupun aku dapat no giliran 1079, naik kaunter tengok baru no giliran 1028.. Sudahnya aku pergi Bank Islam, beratur jew..tak payah ambik no giliran pun. Lagipun semua note duit ada... Agak lama jugalah beratur tu.. Tiba giliran aku, baru  aku paham kenapa lambat...orang yang jaga counter tu kira duit sampai 3/4 kali untuk setiap duit  y diberi dan diambil...patutlah kan...

Ni lah penukaran yang aku buat... Siap beli sampul JDT lagi...hahahaha



#Lepasni masukkan duit dalam sampul lah....


 love,

Friday 26 July 2013

Iftar bersama Pian, Ain & Alisya =)

As Salam~~~

16 , Ramadhan
Tempat : Restoran Anjung Senibong

Berbuka puasa bersama yang tidak dirancang. Pada awalnya ChintaHati nak berbuka Pizza Hutt..aku pun suruhlah ajak si Pian ni..sebb dah lama sangat tak gomol ank dia ni r... Lepastu telefonlah si Pian ni ajak berbuka di Pizza, dia cakap tak makan Pizza plak.. Dah kena tukar menu dan tempat. Tetiba Pian telefon balik cakap nak makan ikan siakap. Oleh kerana jam dah pukul 6 petang dan masa tidak mengizinkan mencari tempat2 seafood lain, aku pun terus booking jewlah kat Restoran anjung Senibong ni r....

Telefon , terus oder untuk set 4 orang makan. Nilah antara menu yang diberi :
1) Ikan Siakap 3 Rasa
2) Sayur Kailan Ikan Masin
3) Sotong Goreng Tepung
4) Kerang Masak Sambal
5) Tomyam Seafood 
6) Air laici

Sampai2 jew dah pukul 7. Duduk tak lama pun..pastu makanan di hidang. Service kat sini cepat. Makanannya pun sedap.... lagi2 ketam bangkang masak black paper.  

Selesai makan, aku pun bayarlah..harga kat sini berpatutan, macam menu yang aku makan utk 4 orang ni cuma RM84.80 jew..

Lepas berbuka, kami terus solat maghrib di masjid yang ada kat Kampung Senibong tu r... Kat sini semua lengkap. Senang, tak payah nak menjajau cari tempat solat lepas berbuka.




love,

Wednesday 24 July 2013

Salam Ramadhan

As Salam~~~

Mungkin dah terlalu lewat untuk mengucapkan Salam Ramadhan, tetapi ini saja masa yang aku ada =). Buat masa sekarang dan 2 bulan yang lepas aku sibuk menguruskan Rino Printing. Alhamdulilah...rezeki kami mencurah-curah sempena Ramadhan ini.

Walaupun sedikit..setiap hari ada sahaja yang membuat tempahan. Bersyukur sangat masih ada rezeki untuk kami. 

Dalam masa 2 bulan aku tak membebel dalam blog ni juga adalah kerana aku banyak tumpukan pada program TTC dan keluarga...Hari Isnin hingga Jumaat aku sibuk uruskan Rino Printing, hari minggu pula melepak dengan keluarga...Macam tulah rutin sepanjang tidak berblog ni.

Tahun ini adalah tahun kedua aku dan suami berpuasa bersama, Alhamdulilah...walaupun masih berdua, aku sangat bersyukur. Sahur dan berbuka berdua...mengadap muka satu sama lain..Bila balik kampung, baru rasa kekecohan dengan kerenah anak-anak sedara. 

Setiap kali beribadah dalam bulan Ramadhan ini aku sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah untuk aku dan suami. Di bulan yang paling mulia inilah aku berdoa bersungguh-sungguh.Ya lah..bulan Ramadhan ni adalah waktu yang sangat mudah untuk beribadah dengan khusuk tanpa ganguan dan mustajab doanya... Antara waktu aku selalu berdoa adalah setiap kali sujud akhir dan ketika berbuka puasa.
Aku harap ada keajaiban dan berita gembira di bulan Ramadhan yang mulia ini. Amin~~~

Insyaallah, selepas ini...aku akan rajin mengupdate blog ni...

SELAMAT BERPUASA  =)
love,