As Salam~~~
Mungkin dah terlalu lewat untuk mengucapkan Salam Ramadhan, tetapi ini saja masa yang aku ada =). Buat masa sekarang dan 2 bulan yang lepas aku sibuk menguruskan Rino Printing. Alhamdulilah...rezeki kami mencurah-curah sempena Ramadhan ini.
Walaupun sedikit..setiap hari ada sahaja yang membuat tempahan. Bersyukur sangat masih ada rezeki untuk kami.
Dalam masa 2 bulan aku tak membebel dalam blog ni juga adalah kerana aku banyak tumpukan pada program TTC dan keluarga...Hari Isnin hingga Jumaat aku sibuk uruskan Rino Printing, hari minggu pula melepak dengan keluarga...Macam tulah rutin sepanjang tidak berblog ni.
Tahun ini adalah tahun kedua aku dan suami berpuasa bersama, Alhamdulilah...walaupun masih berdua, aku sangat bersyukur. Sahur dan berbuka berdua...mengadap muka satu sama lain..Bila balik kampung, baru rasa kekecohan dengan kerenah anak-anak sedara.
Setiap kali beribadah dalam bulan Ramadhan ini aku sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah untuk aku dan suami. Di bulan yang paling mulia inilah aku berdoa bersungguh-sungguh.Ya lah..bulan Ramadhan ni adalah waktu yang sangat mudah untuk beribadah dengan khusuk tanpa ganguan dan mustajab doanya... Antara waktu aku selalu berdoa adalah setiap kali sujud akhir dan ketika berbuka puasa.
Aku harap ada keajaiban dan berita gembira di bulan Ramadhan yang mulia ini. Amin~~~
Insyaallah, selepas ini...aku akan rajin mengupdate blog ni...
SELAMAT BERPUASA =)
love,
No comments:
Post a Comment