As Salam~~~
Oleh kerana PRU13 ni sudah hampir...mesti ada yang tertanya2 macam mana nak mengundi kan..lagi2 pengundi kali pertama, macam aku ni lah kan....Ok, kat bawah ni ada gambar grafik yang sebenar supaya ianya dapat dijadikan panduan lebih jelas kepada semua pengundi. Pada tahun ini, cara undi adalah diperbaharui dengan penggunaan dakwat kekal di hujung jari anda.
Panduan cara mengundi PRU13 oleh SPR
1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.
2. serahkan MyKad/Dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.
3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.
4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.
5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.
6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
7. Keluar segera dari tempat Mengundi.
SELAMAT MENGUNDI!!!
#semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda =)
love,
No comments:
Post a Comment