Showing posts with label Fitri. Show all posts
Showing posts with label Fitri. Show all posts

Friday, 14 February 2014

Adik Dah Balik Rumah...

As Salam~~~

Hari Ahad (02/02/14) minggu lepas, Doktor HDKT beritahu kat mak yang adik dah boleh bawak balik rumah. Doktor cakap...kalau adik duduk kat wad ni pun akan memudaratkan kesihatan adik...sebab adik duduk dalam wad lelaki yang pesakitnya bermacam-macam penyakit. Walaupun adik masih koma lagi..tetapi adik tidak lagi memerlukan mesin dan ubat sokongan....Jadinya, mak setuju untuk membawa adik balik rumah. 

Sebelum mak bawak adik balik rumah, mak kena beli tilam dan mesin untuk sedut lendir dibahagian leher adik yang ditebuk. Dengan bantuan Nurse di HDKT, mak beli mesin dan tilam di sana sahaja. Mesin sedut lendir , RM650 dan tilam yang membantu peredaran darah RM450. Sebelum membawa adik balik, mak diajar cara menggunakan mesin sedut lendir tu. 

Hari Khamis (06/02/14) , Adik di bawa keluar dari HDKT. Oleh kerana kami adik beradik bekerja..mak meminta tolong dengan Pak Andak (adik arwah abah). Lagi pun...Pak Andak ada van, jadinya selesa sikitlah mak dan adik dalam perjalanan untuk balik rumah.

Hujung minggu lepas (08-09/02/14), aku pulang ke kampung. Masuk jew rumah...terus nampak adik terbaring kat katil... Mak selimutkan adik dengan baju dan kain pelikat arwah abah. Keadaan adik betul-betul mengingatkan aku pada arwah abah ketika sakit.


Mak cakap, adik dah ada perubahan...bila dipanggil..dia akan angkat kening dan mengangguk kepala. Aku harap perubahan adik yang sedikit ini memberi kami harapan untuk melihat adik terus kuatkan semangat untuk pulih seperti sedia kala. 

Aku cuba juga berbual dengan adik... bila ditanya "nak air ke tak"..dia akan mengangguk kepala...bila dah banyak aku suapkan air...aku akan tanya, "nak lagi tak airnya.." dia akan menggeleng kepala... Aku tersenyum melihat perubahan yang dia beri. 

ChintaHati dan Abang Ijal(suami Kak Teh) akan menolong mak untuk menyalinkan pampers adik. Walaupun badan adik semakin kurus...tapi mak tak larat untuk menukar pampers adik...yelah..jasad yang tidak bergerakkn..mestilah berat. Aku pun tak larat nak mengangkat badan adik. 

Hari Ahad lepas, adik dimandikan setelah sebulan lebih terbaring di katil. ChintaHati dan Abang Ijal yang memandikan adik. Seperti memandikan baby..begitulah keadaan adik. Walaupun adik tak membuka mata dan dalam keadaan tidak sedarkan diri, nampak di muka adik yang dia selesa dimandikan.

Di rumah, kami bergilir-gilir teman adik disebelah katil. Ajak adik berborak dan perdengarkan adik dengan bacaan Al-Quran. Buat masa ni...adik hanya makan bubur yang di blender halus dan susu yang dibeli di farmasi sahaja. Mak akan campurkan Air Zam Zam sebagai salah satu ikhtiar untuk adik sembuh.

Sepanjang aku di kampung, jiran-jiran dan kawan-kawan adik ramai juga yang datang melawat adik. Alhamdulilah....masih ramai yang mengingati dan menyayangi adik. Kami cuma berharap doa kalian tidak pernah putus untuk adik sembuh seperti biasa...

Semoga kami sekeluarga sentiasa diberi kekuatan untuk menempuhi dugaan yang satu ini. Amin~~~


love,



Sunday, 26 January 2014

Keadaan Terkini Adik...

As Salam....

Hari ini, genap 18 hari adik tidak sedarkan diri setelah kemalangan. Mak dan Along setiap hari akan berulang alik ke HSA untuk menemani adik. Ada perubahan sikit pada adik... tangan adik sebelah kiri dah bergerak-gerak sikit. Mulut dan mata adik pun ada gerak-gerak sikit. Bila dipanggil, adik kadang-kadang akan memberi respons...

16 January 2014, leher adik ditebuk untuk mengantikan tube yang dimasukkan kedalam peparunya melalui mulut. Kata doktor, kalau tak tebuk leher adik...mulut adik akan herot dan gigi adik akan rosak disebabkan tiub yang disumbatkan dimulutnya. Adik dilatih untuk bernafas sendiri berselang seli dengan bantuan mesin selang setiap 2 jam. Kepala adik yang ditanggalkan tempurungnya masih bengkak....Badan adik semakin kurus...


24 January 2014, Alhamdulilah...jantung dan peparu adik dah boleh berfungsi tanpa bantuan mesin. Adik dikeluarkan dari Wad ICU dan dipindahkan ke Wad Timur ,Tingkat 4, HSA. Di Wad ini, pesakit hanya 11 orang sahaja....dan sebahagiannya masih tidak sedarkan diri seperti adik. Walaupun adik masih tidak sedarkan diri...kami sekeluarga bersyukur kerana adik dalam keadaan stabil...


Pada waktu dan ketika ini...hanya kekuatan semangat adik yang akan menentukan bila dia akan sedar.  Kami sekeluarga sentiasa mendoakan agar adik dikuatkan semangat, sihat dan sembuh seperti sedia kala.

Adik...bangunlah...Kami semua rindukan adik.

love,



Thursday, 16 January 2014

Musibah Awal Tahun Baru 2014 :'(

As Salam....

Lama aku tak update blog ni. Dari sehari ke sehari aku tangguh untuk update blog...Ini semua kerana rutin harian aku sekeluarga berubah selepas adik aku ditimpa kemalangan. Oleh kerana komitment kerja dan keluarga, kami adik beradik bergilir-gilir melihat adik di Hospital Sultanah Aminah. Mak dan Along sahaja yang setia menemani adik setiap hari. Itu pun bukan di sebelah katil adik. Mak hanya akan masuk 10-15 minit dan keluar semula duduk di lobi hospital. Adik kini masih koma lagi dan berada di wad ICU, hanya 2 orang pelawat sahaja dibenarkan masuk pada satu-satu masa.

Untuk makluman, adik accident pada hari Khamis (9/1/2014), jam 2.00 pagi. Adik yang belajar di Kulai keluar awal pagi untuk menolong kawannya yang mengalami motor pancit di Skudai. Menurut rakan adik yang ada di tempat kejadian...adik menaiki motor 3 orang dan adik yang menunggang motor tersebut. Adik jatuh sendiri tanpa melibatkan kenderaan lain.. badan adik terhempas jauh dari tempat dia jatuh setelah melanggar divider. Kawan adik yang berada di tempat kejadian meminta pertolongan dari orang-orang yang lalu di situ. Tapi tiada satu kenderaan pun berhenti untuk menolong adik. Jadinya, kawan adik menelefon Along untuk meminta pertolongan. Pada awalnya, adik di bawa ke  Hospital Kulai.. tetapi Along meminta pihak hospital untuk memindahkan adik ke Hospital Sultanah Aminah supaya memudahkan kami sekeluarga untuk menjaga adik. 

Aku sampai HSA jam 11 tgh hari selepas budak praktikal datang untuk menjaga kedai aku. Sampai jew di wad kecemasan HSA aku nampak Mak dah nangis tak berhenti...Mak cakap adik dah masuk dewan bedah..keadaan adik kritikal.Ada darah beku dalam kepalanya, jantung dan peparunya sangat lemah...

Adik dibawa masuk ke dewan bedah jam 10.30 pagi dan di bawa keluar jam 4.30 petang. Kami dibenarkan melihat adik buat pertama kalinya pada jam 5.00 petang. Dalam jam 6.00 petang kami sekeluarga dipanggil oleh doktor pakar untuk diberitahu keadaan sebenar adik. Menurut doktor, keadaan adik pada waktu ini sangat kritikal..dalam erti kata lain, adik sedang nazak. 3 enjin utama badannya sangat lemah. Jantung dan peparu adik berdenyut dengan bantuan ubat dan mesin. Tempurung kepala sebelah kiri adik dikeluarkan dulu kerana tiada ruang untuk otak berdenyut. Doktor tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk adik pulih seperti keadaan asal. Jika adik sedar pun..kemungkinan adik akan lumpuh.... Kami sekeluarga terkesima dan hanya diam seribu bahasa...hanya air mata sahaja yang mengalir. Selepas keluar dari wad...mak menangis sepuas hati..Aku tak sampai hati nak lihat....jadinya aku terus turun bawah.

Hari ni dah seminggu adik di wad ICU, keadaan adik tidak banyak berubah...jantung dan peparunya masih bergantung pada mesin. Kadang-kadang nampak juga mulut adik mengecap-ngecap. Aku akan ambil tisu yang dibasahi air yassin dan basahkan mulut adik...sikit-sikit dia akan menelan air yang aku letakkan di bibir dia. Bila aku panggil nama dia...jari-jari dia akan bergerak sikit. Kadang-kadang juga, air mata dia akan mengalir...Aku tahu adik rasa kehadiran kami di sekelilingnya, tapi belum mampu untuk membuka mata lagi....

Tak banyak yang kami boleh buat...hanya doa yang tidak putus kami mohon dari Mu Ya Rabb..

Untuk Adik, Mohamad Nor Fitri Bin Abdul Harim;


Adik, kuatkan semangat yew, cepat sihat, cepat pulih seperti sedia kala.Kami semua rindukan adik. Kami semua akan jaga adik...Cepat-cepat bangun dari tidur yang panjang tu yew!!!

love,