As Salam....
Lama aku tak update blog ni. Dari sehari ke sehari aku tangguh untuk update blog...Ini semua kerana rutin harian aku sekeluarga berubah selepas adik aku ditimpa kemalangan. Oleh kerana komitment kerja dan keluarga, kami adik beradik bergilir-gilir melihat adik di Hospital Sultanah Aminah. Mak dan Along sahaja yang setia menemani adik setiap hari. Itu pun bukan di sebelah katil adik. Mak hanya akan masuk 10-15 minit dan keluar semula duduk di lobi hospital. Adik kini masih koma lagi dan berada di wad ICU, hanya 2 orang pelawat sahaja dibenarkan masuk pada satu-satu masa.
Untuk makluman, adik accident pada hari Khamis (9/1/2014), jam 2.00 pagi. Adik yang belajar di Kulai keluar awal pagi untuk menolong kawannya yang mengalami motor pancit di Skudai. Menurut rakan adik yang ada di tempat kejadian...adik menaiki motor 3 orang dan adik yang menunggang motor tersebut. Adik jatuh sendiri tanpa melibatkan kenderaan lain.. badan adik terhempas jauh dari tempat dia jatuh setelah melanggar divider. Kawan adik yang berada di tempat kejadian meminta pertolongan dari orang-orang yang lalu di situ. Tapi tiada satu kenderaan pun berhenti untuk menolong adik. Jadinya, kawan adik menelefon Along untuk meminta pertolongan. Pada awalnya, adik di bawa ke Hospital Kulai.. tetapi Along meminta pihak hospital untuk memindahkan adik ke Hospital Sultanah Aminah supaya memudahkan kami sekeluarga untuk menjaga adik.
Aku sampai HSA jam 11 tgh hari selepas budak praktikal datang untuk menjaga kedai aku. Sampai jew di wad kecemasan HSA aku nampak Mak dah nangis tak berhenti...Mak cakap adik dah masuk dewan bedah..keadaan adik kritikal.Ada darah beku dalam kepalanya, jantung dan peparunya sangat lemah...
Adik dibawa masuk ke dewan bedah jam 10.30 pagi dan di bawa keluar jam 4.30 petang. Kami dibenarkan melihat adik buat pertama kalinya pada jam 5.00 petang. Dalam jam 6.00 petang kami sekeluarga dipanggil oleh doktor pakar untuk diberitahu keadaan sebenar adik. Menurut doktor, keadaan adik pada waktu ini sangat kritikal..dalam erti kata lain, adik sedang nazak. 3 enjin utama badannya sangat lemah. Jantung dan peparu adik berdenyut dengan bantuan ubat dan mesin. Tempurung kepala sebelah kiri adik dikeluarkan dulu kerana tiada ruang untuk otak berdenyut. Doktor tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk adik pulih seperti keadaan asal. Jika adik sedar pun..kemungkinan adik akan lumpuh.... Kami sekeluarga terkesima dan hanya diam seribu bahasa...hanya air mata sahaja yang mengalir. Selepas keluar dari wad...mak menangis sepuas hati..Aku tak sampai hati nak lihat....jadinya aku terus turun bawah.
Hari ni dah seminggu adik di wad ICU, keadaan adik tidak banyak berubah...jantung dan peparunya masih bergantung pada mesin. Kadang-kadang nampak juga mulut adik mengecap-ngecap. Aku akan ambil tisu yang dibasahi air yassin dan basahkan mulut adik...sikit-sikit dia akan menelan air yang aku letakkan di bibir dia. Bila aku panggil nama dia...jari-jari dia akan bergerak sikit. Kadang-kadang juga, air mata dia akan mengalir...Aku tahu adik rasa kehadiran kami di sekelilingnya, tapi belum mampu untuk membuka mata lagi....
Tak banyak yang kami boleh buat...hanya doa yang tidak putus kami mohon dari Mu Ya Rabb..
Untuk Adik, Mohamad Nor Fitri Bin Abdul Harim;
Adik, kuatkan semangat yew, cepat sihat, cepat pulih seperti sedia kala.Kami semua rindukan adik. Kami semua akan jaga adik...Cepat-cepat bangun dari tidur yang panjang tu yew!!!

love,
No comments:
Post a Comment