As Salam...
Hari Sabtu lepas, setelah tertangguh 2 minggu..kami telah selamat mengadakan Kenduri Doa Selamat untuk aku dan Kak Teh yang sedang mengandung ini. Pada kebiasaannya setiap kali rumah nak buat kenduri..mak yang akan sibuk menguruskan itu dan ini, memilih menu untuk dijamu pada tetamu. Tapi untuk kenduri kali ini, kami adik beradik yang uruskan...kami tak nak susahkan mak yang sedang jaga adik di hospital.
Kebiasaannya, bila genap usia kandungan 7 bulan..orang akan buat majlis Lenggang Perut. Tapi kami sekeluarga tak mengamalkan adat ini. Bagi kami, amalan yang di tuntut oleh Islam lagi penting dari mengikut adat yang ada unsur-unsur yang bercanggah dengan Islam.
Kenduri doa selamat ini juga di sekalikan dengan bacaan tahlil dan doa selamat untuk adik...Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin, diikuti dengan bacaan tahlil dan doa selamat.
Untuk majlis doa selamat 7 bulan ini, Cik Bedah yang mengetuai majlis bacaan ini mengarahkan aku dan Kak Teh untuk turut serta dalam majlis...ini kerana, bila ada doa untuk kami, kami di disuruh berniat di dalam hati agar kandungan ini selamat dan di permudahkan segala urusan untuk melahirkan kandungan nanti.
Semoga majlis kami ini dirahmati dan diterima oleh Mu Ya Rabb...
Date:20 January 2014/ 18 R'Awal 1435H
Waris Ayah Bonda: 30 weeks
No comments:
Post a Comment