As Salam~~~
Alhamdulilah...sekarang sudah masuk 3rd trimester kandungan aku ni. Dan seperti biasa...perasaan debor untuk menanti kelahiran sulung aku ini selalu je hadir...Untuk hilangkannya, aku selalu lah meng google pasal minggu-minggu terakhir kandungan agar aku lebih sedia untuk menghadapi saat kelahiran nanti.
Salah satu ilmu yang aku nak kongsikan adalah pasal urutan perineum ini. Bagi aku, semua mommy to be harus tahu ilmu urutan perineum ini untuk mengelakkan episiotomi iaitu kena gunting dan jahit selepas bersalin.
Ini lah namanya episiotomi...tempat yang akan di gunting...
Doktor kata, kemungkinan dapat jahitan itu sangat tinggi kalau time duk
teran tu kita terangkat bontot atau kepala baby besar, jadinya nanti kena
gunting dan yang seumpama dengannya.Untuk mengelakkan episiotomi ni kita bolehlah buat urutan perineum.
Pertama kali melakukannya memang akan rasa sakit.
Kalau rasa sakit... buat setakat yang mampu je lah ea. Nanti dah hari-hari buat kita tak
rasa sakit lagi.
Yup! first time buat tu memang sakit. Seelokknya buatlah selepas mandi
sebab bahagian perineum lebih lembut dan selesa bila disentuh.
Ok, di bawah ni aku kongsikan secara ringkas urutan perineum.
Apakah 'Perineum'?
Kawasan di antara faraj dan dubur
Berapa kerapkah koyakan perineum itu berlaku?
Antara 40-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan
Bagaimana untuk mengelakkan ianya berlaku?
-Lakukan 'Perineal Massage'
-Menggunakan 1 atau 2 jari
-Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum tarikh jangka.
Bolehkah suami menolong?
Sudah Tentu!
Adakah apa-apa risiko kepada kandungan?
-Tidak ada
-Senang dilakukan
-Tidak menyakitkan
-Tidak perlu bayaran
Tatacara mengurut perineum
1)Basuh tangan dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri ditempat yang selesa dengan cara mencangkung
2)Sapukan minyak zaitun, Jangan gunakan minyak baby, minyak galian atau petroleum jelly.
3)Letakkan 1 atau 2 jari lebih kurang 1-1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu kearah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.
4)Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.
5)Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.
6)Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1 minggu anda akan terasa lebih regangan.
**Untuk urutan perineum ni aku gunakan VCO Tanamera.
**Mengenangkan yang episiotomi ni lagi menyeramkan..jadinya, tak boleh malas-malas...semoaga aku diberikan semangat dan kerajinan untuk lakukan urutan perineum...Sekurang-kurangnya, aku dah usaha..yang lain aku serahkan pada Allah S.W.T...
Semoga semuanya dipermudahkan nanti..Insyaallah..Amin~~~
Date:30 January 2014/ 28 R'Awal 1435H
Waris Ayah Bonda: 31 weeks 3 days
love,
Tq 4 sharing.sgt terang n jelas
ReplyDeleteMyk kelapa dra safe to use kan.
Alhamdulilah...sama-sama.
DeleteAah sangat safe..skrg guna sbg minyak rambut Zara pula =)