Sunday, 26 January 2014

Keadaan Terkini Adik...

As Salam....

Hari ini, genap 18 hari adik tidak sedarkan diri setelah kemalangan. Mak dan Along setiap hari akan berulang alik ke HSA untuk menemani adik. Ada perubahan sikit pada adik... tangan adik sebelah kiri dah bergerak-gerak sikit. Mulut dan mata adik pun ada gerak-gerak sikit. Bila dipanggil, adik kadang-kadang akan memberi respons...

16 January 2014, leher adik ditebuk untuk mengantikan tube yang dimasukkan kedalam peparunya melalui mulut. Kata doktor, kalau tak tebuk leher adik...mulut adik akan herot dan gigi adik akan rosak disebabkan tiub yang disumbatkan dimulutnya. Adik dilatih untuk bernafas sendiri berselang seli dengan bantuan mesin selang setiap 2 jam. Kepala adik yang ditanggalkan tempurungnya masih bengkak....Badan adik semakin kurus...


24 January 2014, Alhamdulilah...jantung dan peparu adik dah boleh berfungsi tanpa bantuan mesin. Adik dikeluarkan dari Wad ICU dan dipindahkan ke Wad Timur ,Tingkat 4, HSA. Di Wad ini, pesakit hanya 11 orang sahaja....dan sebahagiannya masih tidak sedarkan diri seperti adik. Walaupun adik masih tidak sedarkan diri...kami sekeluarga bersyukur kerana adik dalam keadaan stabil...


Pada waktu dan ketika ini...hanya kekuatan semangat adik yang akan menentukan bila dia akan sedar.  Kami sekeluarga sentiasa mendoakan agar adik dikuatkan semangat, sihat dan sembuh seperti sedia kala.

Adik...bangunlah...Kami semua rindukan adik.

love,



1 comment:

  1. Semoga cept sembuh demi kuaga....kuaga pemangkun semangat...

    ReplyDelete