Thursday, 4 April 2013

Cara Sujud Syukur

As Salam..



Sujud syukur dilakukan kerana mendapat nikmat yang besar, seperti mendapat jodoh, mendapat zuriat,mendapat kerja dan sebagainya.
Senang saja cara perlaksanaannya...



Rukunnya 


1 Niat 

2 Takbiratulihram 

3 Sujud 

4 Memberi salam 


Syarat-syaratnya 
Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat : 
a. Suci dari hadath besar dan kecil 
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat 
c. Menghadap ke kiblat 
d. Menutup aurat 


Cara-cara melakukannya. 

Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA 
Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR ) 
Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat 

Bacaan dalam sujud 
1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR (3x)

2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut) 

A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU 


Cara sujud syukur daripad UAI :




# Semoga perkongsian ini boleh dimanfaatkan bersama =)



No comments:

Post a Comment