As Salam~~~
Aku tertarik untuk berkongsi satu pengalaman 'mereka' menegur cara aku berpakaian...
Aku telah usahakan perniagaan sendiri bersama ChintaHati sebelum kami berkahwin lagi...Pada ketika aku, aku seperti remaja lain yang suka berfesyen dan mengenakan pakaian yang melekat ditubuh dan ada diantaranya tidak cukup kain dan benang...Apatah lagi berhijab, jarang sekali untuk aku mengenakannya. Tapi selepas berkahwin, aku lebih mendalami Islam dan cara Islam yang sebenarnya...Alhamdulilah hidayah yang aku dapat tepat pada waktunya...Aku bersyukur dikurniakan suami yang sentiasa membimbing dan menjadi imam dalam setiap perkara yang aku lakukan...
Hampir setiap hari tugas aku berjumpa dengan supplier di luar.
Kebanyakan supplier aku adalah mereka yang berbangsa Cina. Salah seorang supplier aku memang suka menegur cara berpakaian....Biasalah orang perempuan...bab2 fesyen ni memang selalu jadi perbualan...Tapi pada satu hari dia menegur pakaian yang aku kenakan..
Tan: Ayooooo...amoi kenapa pakai baju ini ma...Talak cantik wow..
Aku:Cantiklah ni... Apa yang tak cantiknya?()
Aku melihat atas bawah baju yang aku kenakan
Tan:Ye lah ma...baju banyak besar..nampak tua lor...
Aku:Ala Tan...baju macam ni lah saya kena pakai skrg...
Tan:Ape pasal pulak??? Itu abang marah kah kalau pakai baju kecik2???
Aku:Ya ma...Nanti dia yang dapat dosa...Lagi satu wa ikut cakap tuhan wa...
Tan:Owh...dia yang dpt ma...bukan lu..pakai baju kecik2 lah baru sexy, baru nampak muda...lu muda lagi ma..Itu olang #### (nama dirahsiakan) sudah tua pun pakai sexy2..lagi xpakai tudung ma....
Aku:Hahahaha...apalah lu ni... wa xboleh lah...wa ikut cakap tuhan wa......#### (nama dirahsiakan lagi :p) biarlah dia..itu urusan dia dengan tuhan ma... Nanti wa terangkan lu xpaham (Dalam hati:Kalau aku cerita pasal aurat pun bukan ko kisah)
Perbualan terhenti di situ sahaja.. ...Aku terus meneruskan kerja yang tertangguh sebab diskusi pendek itu...
Bagi aku, biarlah apa yang diorang cakap,pandang dan nilai kita..Asalkan Allah SWT tahu setiap niat dan perkara yang aku buat. Sindiran seperti itu langsung tidak meninggalkan kesan pada aku. Malah aku lebih utuh mempertahankan cara berpakaian aku..walaupun di gelak dan di sindir berkali2..aku tetap tak akan berubah pada landasan yang aku pilih ini.
Walaupun kadang2 ada 'mereka' yang seagama dengan aku berkata perkara yang sama..aku hanya tersenyum dan berdoa agar mereka dapat hidayah suatu hari nanti.Amin~~~
(Aku dulu seperti mereka juga..tak layak rasanya diri ini untuk bersyarah seperti alim ulama)
Selepas perubahan aku mengenakan hijab dan berpakaian menutup aurat ini, aku dapat merasakan perbezaan yang ketara...Jiwa aku sentiasa damai dan aku rasa dihormati oleh ajnabi yang berada disekeliling aku. Tiada lagi siulan dan jelingan nakal daripada ajnabi...
Aku masih baru dalam mendalami dan memahami Islam yang sebenar benarnya...Aku sangat berharap aku akan terus istiqamah dalam landasan yang diredhaiNya...Tegurlah aku jika aku tergelincir di landasan ini....
Biarlah pakaian aku longgar dan besar, orang cakap macam baju terbang, orang cakap tak cantik, orang cakap macam makcik2...asal aku tenteram dengan keadaan ini dan Allah SWT redha dengan aku...asal cantik dimata suami aku....itu sudah cukup...
#Terima Kasih Ya Rabb di atas kesempatan ini...
love,
No comments:
Post a Comment