Wednesday, 6 November 2013

Bila dan Tujuan Sebenar Ujian Ultrasound Dilakukan.

As Salam~~


Sebelum ni ramai yang beranggapan bahawa ujian ultrasound ketika hamil dilakukan adalah untuk melihat jantina anak di dalam kandungan. Oleh itu, di sini aku sertakan artikel bila dan tujuan sebenar ujian ultrasound ketika hamil ini perlu dilakukan.

UJIAN IMBASAN BUKAN SEKADAR TAHU JANTINA BAYI.
Tujuan utama ujian imbasan dilakukan adalah untuk meneliti kesihatan janin. Ujian ini dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tempoh kehamilan. Bagaimanapun, dua ujian imbasan sudah memadai jika tiada apa-apa masalah berbangkit. Ujian ini digalakkan untuk dilakukan sebelum minggu ke-12 dan minggu ke-18 hingga ke-24. 

Imbasan awal ( 5-10 minggu )

Mengesahkan usia janin setelah ujian air kencing dibuat. 
Mengesan punca kesakitan dibahagian pelvik dan seterusnya mengesahkan jika terjadinya kandungan luar rahim

Imbasan Tengkuk ( 11 hingga 13 Minggu )
Tempoh masa yang sesuai untuk mengukur translusen nukal dan tulang hidung. Gelombang bunyi yang timbul pada nukal dan keadaan tulang hidung boleh mengesahkan samaada bayi mengalami sindrom down atau sebaliknya.

Imbasan Anamoli Teliti ( 18-24 minggu )

Meliputi imbasan kepala, otak, muka, tulang belakang, jantung, dada, abdomen, buah pinggang, tangan dan kaki. Ketika ini masalah spina bifida, bibir sumbing dan jantung berlubang dapat dikesan.

Imbasan Kesihatan Keseluruhan ( 30-40 minggu )
Pada peringkat ini ujian imbasan dilakukan bagi meneliti kedudukan bayi, placenta, menilai pertumbuhan bayi, isipadu air ketuban dan sebagainya.
Waktu terbaik ujian adalah pada minggu 30 - 32 kerana kebanyakkan masalah perkembangan bayi berlaku semasa trimster ke 3.Waallahualam....

SUMBER : MINGGUAN WANITA BIL.1559


# Jadinya, lepas ni bolehlah kita menyusun jadual dan buat appointment dengan klinik berhampiran untuk buat ujian ultrasound seperti yang dijadualkan diatas. Jika boleh...pergilah bersama suami. Di klinik nanti  bolehlah suami melihat dan mengetahui sendiri bagaimana keadaan zuriatnya di dalam kandungan kita =) . 


 love,



No comments:

Post a Comment