Sebelum ni aku dah senaraikan list keperluan untuk baby kan... Sekarang ni aku nak kongsikan senarai barang-barang yang perlu di bawa ke hospital pula..Persiapan barang-barang ini hendaklah disiapkan seawal 7 bulan.Kalau boleh lepas dah siap packing barang-barang ni terus jew letak dalam kereta.Yelah...mana tahu terberanak awal...Kita kan merancang, tapi Allah S.W.T yang menentukannya...
Ok, jom tengok senarai yang perlu di packing..
BARANG UNTUK BONDA
1)Kad Lawatan Hospital/Buku Pink/Buku Merah
2)Kad Pengenalan
3)Handphone
4)Charger Handphone
5)Baju/Blouse (Yang Boleh Buka Di Hadapan-untuk memudahkan penyusuan)
6)Kain Batik
7)Tudung
8)Stokin Tebal
9)Nursing Bra
10)Panties
11)Toiletries (Ubat Gigi,Berus Gigi,Pencuci Muka,Cecair Mandian)
12)Tuala Mandi & Tuala Muka
13)Maternity Pad
14)Selipar
15)Baju Sejuk (Sweater)
16)Air Selusuh
17)Air Zam-Zam
18)Minyak Angin
19)Makanan&Minuman (Air 3in1,Air Masak,Biskut,Kurma)
20)Termos
21)Bag Plastik untuk Baju Kotor
22)Minyak Angin
23)Majalah
BARANG UNTUK BABY
1)Lampin Pakai Buang(Size Newborn)
2)Baju dan Seluar
3)Barut
4)Bedung
5)Sarung Tangan&Sarung Kaki (Mittens&Booties)
6)Tuala Mandi
7)Minyak Telon
8)Wet Tissue
9)Toiletries
10)Hooded Blanket/Selimut
11)Topi
Daripada pemerhatian aku semasa di bilik saringan Hospital Sultan Ismail, Johor. Bila si isteri dah nak masuk dewan bersalin, nurse akan minta si suami 1 lampin pakai buang, 1 baju lengan panjang dan hooded blanket untuk dibawa masuk ke dalam dewan bersalin. Jadinya...untuk 3 barang ni..aku akan asingkan dalam bag lain untuk memudahkan ChintaHati nanti....
**Ingat yew mommy to be..dah siap packing terus simpan dalam kereta tau ... =)
love,
No comments:
Post a Comment