As Salam~~~
Dua minggu lepas checkup di KK Masai untuk 5 bulan ++ . Macambiasalah..lepas ambil no giliran, tunggu nama di panggil..Masa di makmal untuk cek urine dan HB...terkantoi di situ yew..HB aku rendah..9.8g/dl jew. Lepastu macam biasalah..kenalah dengar nasihat Nurse sebab risiko dan bahaya HB rendah pada baby dan ibu..
Kat bawah ni senarai risiko/kesan Hb rendah dan kepentingan Hb ketika hamil.
Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit
Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL DAN KESAN PADA BAYI JIKA HB RENDAH:
Kandungan Kurang Dari 5 Bulan
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.
Kandungan 5 Bulan ke 7 Bulan
Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu
Kandungan 7 Bulan Ke Atas
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. Jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.
Lepas Nurse dah beri penjelasan panjang lebar ni..Nurse suruh aku tambah quantity vitamin yang aku makan. Pada awalnya..aku makan Iberet Folic sahaja, oleh kerana vitamin ni tak dapat nak menampung untuk kepekatan Hb aku..Nurse suruh makan pil 2 biji pil Iron yang dibekalkan KK.
Selain dibekalkan dengan pil iron ni...Nurse ada bagi senarai makanan yang tinggi kandungan iron. Di bawah ni aku kongsikan senarai makanan mengikut kumpulan makanan...
Sebelum dapat list ni...orang-orang tua selalu suruh makan kerang untuk pekatkan darah kan...Jadinya, lepas dah ada senarai ni..bolehlah aku tukar-tukar menu untuk mengatasi Hb rendah ni.. Tak dalah hari-hari aku kena makan kerang jew kan....(Loya tekak kalau hari-hari kena makan kerang)
#SEMOGA PERKONGSIAN INI DAPAT MEMBANTU MOMMY TO BE DI LUAR SANA =)
#SEMOGA PERKONGSIAN INI DAPAT MEMBANTU MOMMY TO BE DI LUAR SANA =)
love,
Alhamdulillah..setuju dengan tulisan puan.saya juga mempunyai masalah hb rendah ketika prgnant anak sulung..
ReplyDelete