Thursday 12 December 2013

Ketahui Jantina Anak:Lelaki @ Perempuan???

As Salam~~~


Tajuk entry yang suspen jew kan....Kat sini aku akan kongsikan petua orang-orang dulu untuk mengetahui jantina anak dalam kandungan ni...Biasalah...dulukan tak da nak scan-scan ni, diorang pun akan buat andaian daripada pengalaman orang-orang yang terdahulu...

Jom kita tengok tanda-tanda hamil anak lelaki atau perempuan...


Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki

  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan

  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur

Kat bawah ni pula kalau ikut Kalender Cina



Bagi aku....ni cuma andaian jew..so janganlah percaya dan taksub sangat yew.. kalau nak tahu bebetul sebelum baby keluar..buat jew Scan 4D..Insyaallah,nampak jantina baby tu...(Inipun kira nasib juga...kadang-kadang babynya sembunyi tak nak bagi nampak dia punya tu...)

Tak kiralah anak itu lelaki atau perempuan..apa yang lagi penting, baby yang bakal lahir itu sihat dan sempurna..Insyaallah,Amin~~~

love,



No comments:

Post a Comment