As Salam...
Diam tak diam..dah nak habis bulan Syawal sekarang kita ni.. Oleh kerana sekarang ni dah ada Zara, makin kuranglah masa aku nak mengupdate blog aku ni..Mana taknya..siang malam mengulit anak dara sorang tu je.. tengah keje pun mengempeng juga..
Ok2..balik pada cita asal.. aku nak cerita pasal sambutan kami sekeluarga pada hari raya tahun ni.. Tahun ni tahun ketiga aku beraya bersama ChintaHati dan kami BERTIGA!!!. Yay....Alhamdulilah.... Syawal hari ni lebih bermakna dengan kehadiran Zara di sisi kami.
Tahun ni giliran raya di rumah ChintaHati...jadinya daripada raya pertama sampai raya ketiga kami sekeluarga berkampung di Lenga, Muor lah.. Tahun ni memang pusing habislah raya rumah sedara mara ChintaHati...
Raya ketiga baru balik ke rumah aku...kat rumah aku tak semeriah sebelum-sebelum ni. Ya lah...adik aku masih lagi terlantar di katil..Jadinya, keluarga aku tak beraya kemana-mana pun..hanya menunggu ketibaan sedara mara je bertandang ke rumah mak. Mak cakap...dari raya pertama smpailah sekarang ni..ada je yang datang beraya dan melawat adik. Alhamdulilah...terima kasih semua...
Bila teringat balik...tahun lepas merata adik ikut kami sekeluarga beraya. Lain benar perangainya...sebab sebelum ni dia memang susah sangat nak diajak berjalan bersama keluarga. Tahun lepas adik menemani kami beraya ....tahun ni kami pula yang menemani adik beraya di rumah.
Perancangan Allah SWT tiada siapa tahu...
Tahun ni tak ghairah sangat nak bergambar... Gambar dengan family aku langsung tak ada..Pelik beno rasanya.. tapi gambo anak dara aku ni berlambak sesangat...sampai hang handphone aku dibuatnya...
Dibawah ni jelah gambo yang aku nak kongsikan..kang aku letak gambo Zara berlambak-lambak handphone korang plak hang nak scroll...
~~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN~~

love,