Friday, 29 March 2013

Tanda-Tanda Awal Kehamilan

As Salam~~~

Bagi bakal ibu khususnya yang baru pertama kali mengalami kehamilan, tentu sekali ingin mengetahui apakah tanda-tanda kehamilan.


Berikut ada 10 tanda-tanda untuk memastikan hamil.

1. Puting/payudara lebih lembut
Jika Anda hamil, Anda akan mengenali bahwa payudara dan putingnya menjadi lebih lembut sekitar tiga minggu setelah mula hamil (ketika haid terlambat sekitar seminggu). Mungkin payudara terasa bengkak, serupa dengan ketika menjelang haid.

2. Muncul flek dan kram
Saat anda hamil, biasanya ditandai dengan munculnya cairan lendir (flek) berwarna pink di seluar dalam anda yang terjadi saat implantasi. Hal ini terjadi sekitar 8-10 hari menjelang ovulasi, sedikit lebih awal dibanding datangnya waktu haid. Kadangkala kita salah anggapnya sebagai haid, hanya waktunya lebih pendek daripada haid biasa. Kram juga sering berlakui di awal kehamilan. Menjelang kehamilan bulan kedua, kram seperti ini akan muncul. Kontraksi di rahim terjadi secara teratur, meningkat dengan olahraga, orgasme dan bahkan perubahan posisi.

3. Penggelapan areola
Pada kehamilan awal, Anda mungkin perasan kawasan areola (kawasan gelap yang mengelilingi puting payudara) mulai menjadi lebih gelap dan diameternya membesar. Anda mungkin juga akan mengecam bahwa vena di payudara menjadi lebih kelihatan karena penegangan payudara.

4. Lelah berlebihan
Jika anda hamil gejala yang paling umum dalam lapan hingga sepuluh minggu pertama adalah rasa lelah. Ketika hamil, tubuh mengalami perubahan metabolisme yang signifikan. Seluruh tubuh Anda perlu melakukan penyesuaian terhadap proses baru bertumbuhnya janin. bagi sebagian besar wanita, kelelahan akan hilang ketika usia kehamilan 12 minggu.

5. Rasa mual dan muntah
Jika Anda hamil, pada awal kehamilan, beberapa hari setelah pembuahan, mungkin akan mengalami morning sickness. Sebenarnya morning sickness ini nama yang salah, karena pada kenyataannya mual dan muntah bisa terjadi bila-bila masa saja: pagi, siang, malam.

6. Sering buang air kecil
Bila haid terlambat satu hingga dua minggu, mungkin keinginan buang air kecil menjadi lebih kerap daripada biasa. Ini kerana janin yang tumbuh di rahim menekan saluran kencing. Dengan itu menyebabkan air kencing tertekan kebawah menyebabkan anda tersa selalu ingin membuang air kecil.

7. Sukar Buang air besar
Kadangkala peroses membuang air besar menjadi sulit (sembelit). Ini lazim terjadi pada awal kehamilan. Hormon tambahan yang terbentuk pada masa kehamilan menyebabkan usus halus lebih lentur dan menjadi kurang efisien.

8. Suhu badan meningkat
Juga boleh dipastikan anda hamil jika suhu badan meningkat dikala kedatangan haid yang harusnya datang terlewat, dan tidak turun ke paras sebelum terjadi ovulasi. Semasa terjadinya pembenihan, ovum disenyawai di tiub falopian, dan memerlukankan sekitar seminggu untuk ke rahim, dimana ovum yang tersenyawa akan menempel di sana.

9. Haid tak datang
Ini pertanda awal kehamilan, apalagi jika haid anda biasanya teratur. Dikombinasikan dengan tanda-tanda positif di atas, kemungkinan besar anda memang hamil.

10. Ujian kehamilan
Jika Anda ingin memastikan kebenarannya, lakukan dengan test pack yang boleh dibeli bebas di di farmasi. Ujian urin (air kencing) biasanya menghasilkan keputusan yang hampir tepat untuk kehamilan usia 10-14 hari. Ingat, bagaimana pun ujian kehamilan yang boleh dilakukan di rumah itu belum tentu 100% tepat. Jika semua ujian yang anda lakukan hasilnya negatif, sementara anda merasa seperti hamil, lakukan ujian lagi.

Bagaimana pun dengan tanda-tanda awal yang dinyatakan, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor bagi mempastikan dan mengesahkan status anda samada hamil atau tidak. Jika anda sah hamil, doktor akan memberi panduan selanjutnya bagi anda menjaga dan mengurus diri dan kandungan anda sepanjang anda hamil dan persediaan untuk anda bersalin nanti.


#kebanyakkan tanda2 ni dah ada kat aku...tapi buat pregnancy test -ve.erm....xpe2 tunggu lagi beberapa hari baru cek lagi.

Thursday, 28 March 2013

Hart ^-^

Hari ni nak cerita macam mana aku adopt si Hart =).  Hart adalah kucing yang istimewa.ISTIMEWA??? ya...sbb Hart mempunyai jari lebih dua di 2 kaki depan dan 2 kaki belakang. So maksudnya...Jari kaki depan Hart ada 7 dan jari kaki belakang Hart ada 6.Kucing normal ada 5 jari kaki depan dan 4 jari kaki belakang.
Hart diputuskan menjadi anak angkat Kami y k2 setelah CintaHati tertarik melihat betapa LIMITED nya dia ni.Aku pd mulanya tak berapa setuju sebab takut kasih sayang aku pada si Sanggha akan di kongsi2. Tapi setakat ini..Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar.
Hart lahir 18 January 2013. Masa kami ambil dari ibunya, dia belum cukup sebulan lagi...Pada perancangan awal kami nak ambik dia lepas putus susu.Tapi, oleh kerana ibunya dah tak hiraukan Hart lagi, terpaksalah kami ambil dan bela dia.Setiap hari aku akan bg dia susu menggunakan botol susu. Jenuh jugalah  nak beri dia susu...sebab si Hart ni susah di pegang.
Nama Hart diberi daripada cerita cartoon Dinosur.Aku pun lupa tajuknya. Tapi persamaan Hart dan Dinosur tu adalah dia ni tidak dibesarkan oleh ibu kandungnya =). Hidup menumpang dengan ibu y tak sama spesis dengan nya. Lagi satu.....corak bulu Hart ada bentul LOVE=HEART.

Sekarang ni semua dah berjalan dengan lancar...Hart dah membesar dengan sempurna. Dah boleh bergurau dengan abang Sanggha =).

Tuesday, 26 March 2013

Sanggha =)

Untuk entry k2 ini adalah perkenalan tentang anak bulus aku y pertama. Sanggha bukanlah kucing pertama y aku bela. Tapi boleh dikatakan Sanggha adalah kucing pertama y KAMI bela. KAMI adalah >>> Aku dan CintaHati.

Sanggha bukanlah kucing yang dibeli di vet dengan ratusan ringgit. Dia adalah kucing yang kami kutip di kedai makan seawal jam 2.00 pg. Saat yang aku tak boleh lupakan...Waktu kami dah nak berangkat pulang, dia datang dari arah dapur sambil menguap panjang.....melihat keletahnya menghiburkan kami. Bila tanya tokey kedai tiada siapa yang membelanya. Dengan rasminya kami ambil sebagai anak angkat kami y pertama =).


Ramai yang tanya kenapa nama kucing kami Sanggha. Kalau nk diceritakan mmg panjang lah kan...Lepastu ada y cakap nama India lah, nama Korea lah dll. Tapi sebenarnya nama Sanggha adalah daripada cerita Two. Brothers.Cerita yang sangat menyentuh hati dan penuh emosi. Lepas tgk cerita ni jew kami terus bincang...nnt ada kucing nak bg nama Sanggha =).

So....time jumpa dia di kedai makan terus jew panggil dia Sanggha...

Tadaaaaa...Akhirnya =)

Alhamdulilah, setelah sekian lama asyik tertunda jew nak buat blog ni. Hari ini tercipta juga blog untuk catatan perjalanan hidup beta =) . Perjalan hidup ini termasuklah tentang suami, keluarga, 2 ekor anak bulus dan ketaksuban saya menchoba resepi baru. Ok, ini saja untuk 1st entry =) .