Hari ni nak cerita macam mana aku adopt si Hart =). Hart adalah kucing yang istimewa.ISTIMEWA??? ya...sbb Hart mempunyai jari lebih dua di 2 kaki depan dan 2 kaki belakang. So maksudnya...Jari kaki depan Hart ada 7 dan jari kaki belakang Hart ada 6.Kucing normal ada 5 jari kaki depan dan 4 jari kaki belakang.
Hart diputuskan menjadi anak angkat Kami y k2 setelah CintaHati tertarik melihat betapa LIMITED nya dia ni.Aku pd mulanya tak berapa setuju sebab takut kasih sayang aku pada si Sanggha akan di kongsi2. Tapi setakat ini..Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar.
Hart lahir 18 January 2013. Masa kami ambil dari ibunya, dia belum cukup sebulan lagi...Pada perancangan awal kami nak ambik dia lepas putus susu.Tapi, oleh kerana ibunya dah tak hiraukan Hart lagi, terpaksalah kami ambil dan bela dia.Setiap hari aku akan bg dia susu menggunakan botol susu. Jenuh jugalah nak beri dia susu...sebab si Hart ni susah di pegang.
Nama Hart diberi daripada cerita cartoon Dinosur.Aku pun lupa tajuknya. Tapi persamaan Hart dan Dinosur tu adalah dia ni tidak dibesarkan oleh ibu kandungnya =). Hidup menumpang dengan ibu y tak sama spesis dengan nya. Lagi satu.....corak bulu Hart ada bentul LOVE=HEART.
Sekarang ni semua dah berjalan dengan lancar...Hart dah membesar dengan sempurna. Dah boleh bergurau dengan abang Sanggha =).
No comments:
Post a Comment