Friday, 3 May 2013

Panduan Mengundi Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13)

As Salam~~~

 Oleh kerana PRU13 ni sudah hampir...mesti ada yang tertanya2 macam mana nak mengundi kan..lagi2 pengundi kali pertama, macam aku ni lah kan....Ok, kat bawah ni ada gambar grafik yang sebenar supaya ianya dapat dijadikan panduan lebih jelas kepada semua pengundi. Pada tahun ini, cara undi adalah diperbaharui dengan penggunaan dakwat kekal di hujung jari anda.

 
Panduan cara mengundi PRU13 oleh SPR
1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.

2. serahkan MyKad/Dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.

3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.

4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.
 
5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.

6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

7. Keluar segera dari tempat Mengundi.
 
SELAMAT MENGUNDI!!!
 
 #semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda =)

love,

Dating 1st May =)

As Salam~~~

Yay..cuti lagi!!!! Oleh kerana 1st May 2013 jatuh pada hari Rabu iaitu di tengah2 hari dalam minggu kerja....jadi kami tidak berniat untuk balik ke kampung untuk bercuti. Jadinya cuti kami hari ini di habiskan berdua di bandar sahaja. Kebetulan pulak, Iron Man 3 baru sahaja keluar...kami pun berpakat untuk dating+tengok wayang =)


Sebenarnya kami tidaklah dating berdua..kawan kami, Pian dan isterinya joint bersama....Pada awalnya memanglah kami nak tengok wayang berempat...tapi sekali sampai Jusco Tebrau...dia punya beratur nak beli tiket tu berjela2...sampai terkeluar-keluar dari kawasan que beli tiket...Lepastu..tengok tiket yang ada hanya pukul 6.15pm (kami sampai jam 2.00pm). Kalau ikut kepala aku...aku on je lah kan jam 6.15pm tu....tapi si Pian ada game bola plak petang tu....Kesimpulannya, kami berempat tak jadilah tengok wayang...

Kami pun meneruskan misi JJCM di Chicken Rice Shop...Ni semua sebab si ChintaHati nak sangat makan Nasi Ayam Sodap Belado yang asyik didengar di iklan radio Hot Fm tu...Aku, Pian ngan Ain (Isteri Pian) follow jew lah....

Ok....ChintaHati, Pian  dan Ain oder menu yang sama...menu baru tu lah kan..aku jew oder Dim Sum...makanan sampai jew..semua mencekedarah macam apa...sekali jauh panggang dari api rasanya...ChintaHati "Baby kurang sedaplah...Baby masak lagi sedap" hahahaha. Aku rasa pun memang kurang sedaplah ayam dia....Mungkin sbb kurang pedas kot...Dim Sum yang aku makan pun kurang sedap...Tak pelah..sekurang2nya..dah rasa jugalah Nasi Ayam Sodap Belado ni kan....nnt tak dalah teringat2 bila iklan kat radio tu berbunyi kan...


Lepas makan, Pian dan Ain balik....aku ngan ChintaHati masih merayap2 lagi kat Jusco ni r..Lepastu ChintaHati ajak aku pg tempat wayang balik..tengok tiket Iron Man 3 still ada lagi atau tak..time tu jam kul 6.00pm, kami tengok kul 8.15pm ada lagi...so pi lah beratur nak beli tiket...sampai giliran kami, tiket kul 8.15pm dah habis...ChintaHati beli tiket kul 9.15pm...jenuh ko nak ngabiskan masa kat Jusco ni...

Sementara tunggu nak tengok wayang ni..kami berpusing2 lah lagi di Jusco ni...Terjumpa lah plak The Big Bean Best Comfort tgh buat sales...Belek punya belek...tersangkut plak 1...mulanya memanglah nak beli yang sarung leather..namun mengenangkan ada 2 ekor budak bulu dirumah tu r...tak jadilah kami nak beli big bean sarung leather..


Lepas dah letak Big Bean tu dalam kereta...kami mengisi perut lagi...aku makan yee mee black paper hot plate..ChintaHati makan papa roti jew...



Akhirnya waktu yang di tunggu sampai...dapat juga masuk panggung tengok Iron man 3.... 
Cerita yang best dan TERBAIK!!!


love,